Bas Ipoh Ke Kuala Perlis Jadual & Harga Tiket
Bas Ipoh ke Kuala Perlis. Kuala Perlis merupakan sebuah pekan di Perlis tetapi sering menjadi tumpuan kerana di sinilah letaknya jeti untuk ferry ke Langkawi.
Selain itu terdapat pelbagai tempat menarik yang wajib dilawati ketika pergi bercuti di Kuala Perlis. Antaranya ialah Masjid Terapung Al Hussain serta Muzium Kota Kayang.
Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk pergi ke Kuala Perlis dari Ipoh, Perak. Pilihan paling digemari dan popular dalam kalangan penumpang ialah menggunakan bas ekspres.
Book Tiket Bas Online >> DI SINI
Cara ini senang, mudah serta menawarkan harga tiket yang berpatutan.
Untuk pengetahuan penumpang, tiada servis kereta api atau kapal terbang terus dari Ipoh ke Kuala Perlis.
Perkhidmatan kereta api akan tamat di Arau. Oleh itu, penumpang perlu menggunakan cara lain untuk sampai ke Kuala Perlis.
Lagi- lagi, penumpang boleh menikmati pemandangan yang cantik ketika dalam perjalanan bas. Segala maklumat lanjut mengenai perjalanan ini boleh didapati di bawah ini.
Senarai Bas Ke Kuala Perlis
Sebenarnya agak banyak juga bas ekspress yang ke Kuala Perlis dari Ipoh. Ini antara syarikat bas yang popular untuk laluan ini.
- Cepat Express
- Kesatuan Express
- Maraliner
Banyak lagi bas yang lain tapi yang ini sering jadi pilihan ramai. Mungkin kerana kekerapan yang tinggi berbanding bas yang lain untuk ke destinasi tersebut.
Jadual Bas
Ketiga-tiga bas dinyatakan di atas akan menawarkan servis bas bagi laluan perjalanan Ipoh-Kuala Perlis untuk setiap hari.
Sejumlah 8 trip bas disediakan per hari. Syarikat Cepat Express hanya menawarkan satu trip bas per hari. Bas syarikat ini hanya akan bertolak pada pukul 2.45 pagi.
Selain itu, syarikat Kesatuan Express manawarkan sejumlah 4 trip bas per hari bagi destinasi ini. Bas pertama dan bas terakhir akan beroperasi pada pukul 2 pagi dan 8.35 malam.
Manakala, syarikat Maraliner menyediakan sebanyak 3 trip bas bagi laluan Ipoh- Kuala Perlis, di mana bas pertama dan terakhir akan mula bertolak pada pukul 9 pagi dan 9 malam.
Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 291km. Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 4 jam 30 minit.
Perjalanan boleh menjadi lama bergantung pada keadaan trafik. Jangan risau, operator bas akan berhenti di tempat R&R agar para penumpang boleh berehat, pergi ke tandas serta membeli makanan.
Harga Tiket Bas
Harga tiket bas ditawarkan bagi laluan perjalanan ini bergantung pada jenis operator bas serta jenis kemudahan disediakan dalam bas untuk para penumpang.
Berikut merupakan tambang bas bagi syarikat berlainan. Untuk makluman anda, harga ini boleh berubah bergantung pada musim promosi serta perayaan.
Oleh itu, dinasihatkan agar para penumpang sentiasa menyemak harga tiket di laman web penempahan tiket untuk mendapatkan maklumat tepat.
- Cepat Express- RM 33.40
- Kesatuan Express- RM 30
- Maraliner- RM 28.10
Cara Book Tiket Online
Tiket bas boleh dibeli secara manual dari Terminal Bas Amanjaya, Ipoh. Namun, kini semakin ramai penumpang yang menggunakan platform penempahan tiket untuk menempah dan membeli tiket.
Segala kerja boleh dilakukan dengan mudah di online dari mana-mana sahaja. Antara laman web penempahan tiket yang popular ialah BusOnlineTicket.com dan Easybook.com.
Setelah selesai melakukan penempahan, penumpang boleh melakukan pembayaran menggunakan mana- mana cara sahaja. Antara opsyen ditawarkan ialah Alipay, kad kredit, kad debit, perbankan online melaui FPX dan Visapay.
Penumpang mempunyai peluang untuk merancang perjalanan dengan memilih jenis syarikat, masa perjalanan dan tarikh yang sesuai di laman web penempahan tiket.
Pilihan ini menjadi terhad jika anda membeli tiket secara manual dari terminal bas.
Jika anda ingin membaca maklumat pelancongan atau tempat menarik di Kuala Perlis, layari website rasmi Majlis Perbandaran Kangar.
Harap sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual bas dari Ipoh ke Kuala Perlis ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam di negara kita.