Jadual & Harga Tiket Bas Ke Genting Highland Dari KL Sentral
Bas ke Genting Highland dari KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur dari RM10.00 tetapi harga ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa.
Jika anda hendak menaiki bas ke Genting Highland, lebih mudah untuk mendapatkan bas dari KL Sentral dan juga dari TBS.
Penumpang boleh beli tiket bas online >> DI SINI
Penumpang yang hendak ke TBS boleh naik LRT, Taxi atau Grab.
Rasanya naik LRT lebih baik untuk elak trafik jam. Anda boleh ke TBS dengan menaiki LRT Ampang Line dan turun di Bandar Tasik Selatan.
Seterusnyna boleh berjalan kaki ke TBS dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.
Mesti ramai yang berminat ke Genting Highland untuk menikmati udara sejuk, mencuba aktiviti-aktiviti menarik seperti Flying Fox, Genting Cable Car, Indoor Theme Park dan Video Games Park, indoor dan Out Door Theme Park, Snow World dan banyak lagi.
Anda pasti tidak akan kecewa untuk berkunjung ke Genting Highland semasa cuti-cuti ini. Untuk beli tiket bas anda boleh book lebih awal melalui online.
Harga Tiket Bas Ke Genting Highland
Untuk ke Genting Highland guna bas tidaklah susah mana. Biasanya ramai yang ambil bas ke sana dari KL Sentral.
Seperti yang sudah disebut tadi anda boleh dapatkan bas (direct) dari TBS terminal bas paling popular di Kuala Lumpur ke sana atau untuk ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia dan dari terminal-terminal bas yang lain.
Dari TBS anda naik Aerobus yang bertolak setiap jam ke Genting Highland.
Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas.
Sampai di Genting Highland penumpang bas akan diturunkan di Awana Bus Terminal. Untuk perjalanan seterusnya ke atas dari Awana Bus Terminal anda boleh naik cable car.
Harga tiket bas ialah RM10.00 sahaja dari TBS ke Genting Highland.
Tentu anda setuju bahawa harga ini tidaklah membebankan sangat. Kalau naik teksi atau perkhidmatan Grab lebih mahal lagi.
Menaiki bas adalah pilihan yang paling murah dan praktikal jika tidak memandu sendiri ke Genting Highland.
Tempahan Tiket Bas Online
Kalau hendak ke Genting, anda boleh beli tiket di kaunter tiket bas di TBS atau beli tiket online atau datang terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Pilihan beli tiket secara online lebih baik kerana banyak applikasi online menyediakan pembelian tiket sekarang ini.
Antara yang paling popular ialah applikasi tempahan tiket online melalui portal easybook.com
Selain Easybook.com dan catchthatbus.com, redbus.my juga ada menyediakan tempahan tiket bas ke Genting Highland secara online.
Apa Yang Menarik Di Genting Highland
Nanti sampai kat sana apa yang menarik?
Ada banyak aktiviti anda boleh lakukan di sana, ada badget, ada masa terluang tentu anda boleh buat bermacam-macam aktiviti di Genting Highland.
Jangan bimbang kerana pelbagai tarikan pengunjung disediakan.
Antara yang paling popular ialah pengalaman menaiki cable car, indoor theme park dan outdoor theme park.
Agak rugi jika tidak mencuba semua tarikan pelancong yang disediakan di sana. Theme park di Genting Highland adalah yang terbaik di Malaysia setakat ini.
Kalau perlu tahu lebih banyak boleh baca website The Crazy Tourist.
Di sana ada senarai 25 aktiviti menarik yang anda boleh lakukan semasa di Genting Highland. sebenarnya ianya tidaklah terhad kepada 25 aktiviti sahaja.
Ada banyak lagi sebenarnya.
Outdoor Theme Park pada ketika ini sedang dinaik taraf menjadi lebih cantik dan menarik lagi. Nantikan pembukaannya nanti. Pasti ramai yang teruja ingin melawat dan mencubanya.
Genting Highland Theme Park Price
Ramai yang tanya, tidak mahal ke harga masuk dan menggunakan theme park tersebut. Faciliti di Genting adalah bertaraf dunia dan antara yang paling maju di Asia Tenggara.
Sudah tentu ada aktiviti ditawarkan yang mahal tiketnya. Sekali sekala berseronok apa salahnya bukan?
Untuk semakan harga tiket theme park (Genting Highland Theme Park price ticket) yang terbaru anda boleh rujuk website rasmi Genting Highland.
Di sana ada senaraikan harga-harga tiket yang terkini.
Kalau sudah pergi sana sekali tentu akan rasa nak pergi lagi. Boleh baca lebih terperinci di sini untuk maklumat lanjut.