Bas Ke Lahad Datu Harga Tiket & Jadual Bas

Bas ke Lahad Datu dari Kota Kinabalu (KK) dari RM 71.00 sahaja. Ada banyak syarikat bas express yang menawarkan perkhidmatan untuk ke destinasi tersebut. Ini kerana destinasi ini adalah antara yang amat terkenal. Sebut sahaja Lahad Datu tentu anda akan terfikir mengenai Lembah Danum sebuah destinasi pelancongan atau peristiwa Tanduo satu ketika dahulu. Tentunya harga tiket antara syarikat bas itu sedikit berbeza antara satu sama lain. Untuk memudahkan anda sekarang ini penumpang sudah ada pilihan untuk membeli tiket bas melalui applikasi online.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >>> DI SINI

Mungkin ramai yang pernah terdengar tentang Lahad Datu bukan? Masakan tidak, banyak peristiwa berlaku di Lahad Datu dan yang masih segar dalam ingatan kita ialah peristiwa pencerobohan Sulu pada tahun 2013 yang mengorbankan para pejuang tanah air kita.

Namun, di sebalik peristiwa hitam itu, Lahad Datu sebenarnya adalah sebuah daerah yang terkenal di Sabah kerana produk pelancongan yang amat popular di Malaysia juga seluruh dunia.

Jangan bimbang kerana Lahad Datu kini adalah destinasi yang selamat untuk dikunjungi. Tahap keselamatan di daerah tersebut telah dipertingkatkan oleh pihak berkuasa.

Terdapat banyak tempat menarik di Lahad Datu. Nama seperti Darvel Bay Shopping Mall, Pantai Damai, Lembah Danum dan Menara Kayangan akan menarik perhatian anda terutamanya yang gemar membeli belah dan gemar meneroka alam sekitar. Tidak peliklah kalau ada pengunjung yang datang ke Sabah sering bertanya tentang cara berkunjung ke sana.

Naik Flight Atau Naik Bas Express?

Sebenarnya ada dua cara boleh pergi ke daerah tersebut, iaitu menaiki pesawat yang sudah tentu kosnya mahal tetapi menjimatkan masa ataupun menaiki bas express dengan kos yang lebih murah tetapi agak memenatkan dan mengambil masa yang agak panjang.

Jika ada badget lebih dan inginkan perjalanan yang lebih cepat ke LD anda boleh check online 12Go Asia untuk lihat tiket flight termurah dari syarikat penerbangan berbeza.

Jika anda tidak kisah untuk duduk lama dalam bas sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan, anda boleh ambil bas dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Tempahan tiket boleh dibuat di kaunter tiket bas express di Terminal Inanam atau yang terbaru sekarang ini ialah melalui applikasi online di Easybook.com

Untuk lebih memudahkan, menjimatkan masa dan wang, tempahan tiket melalui online digalakkan.

Jadual Dan Harga Tiket

Seperti yang disebut tadi, perkara menarik tentang tempahan tiket melalui online ialah, penumpang berpeluang membandingkan harga dan memilih jadual perjalanan bas yang sesuai dengan badget dan masa mereka.

Semua maklumat tersebut akan dipaparkan di screen computer atau smartphone anda dalam satu paparan sahaja. Tinggal pilih sahaja, memang mudah bukan?

Untuk tempahan menggunakan portal easybook.com ini, anda hanya perlu masukkan lokasi awal dan lokasi terakhir terlebih dahulu. Terdapat dua terminal bas ni Kota Kinabalu, Terminal Bas Sandaran dan Terminal Inanam. Pilih salah satu. Pilih tarikh anda bakal pergi, masukkan bilangan penumpang dan terus klik ‘Search’.

Nama syarikat bas dan masa bertolak akan terpapar di situ. Anda perlu pilih bas mana yang ingin anda naiki. Dari situ anda dapat lihat harga tiket bagi setiap penumpang, sama ada dewasa atau kanak kanak. Terdapat lima syarikat bas utama iaitu Sentosa Express, TransTedar Express, Sabariah Express, Sairah Express dan Optisjaya Express.

Bagi mereka yang memilih Sentosa Express dan Sabariah Express, anda perlu membayar tiket sebanyak RM75.00 seorang. Sairah Express mengenakan harga tiket sebanyak RM71.50 seorang. Optisjaya pula mengenakan sebanyak RM70.00 seorang. TransTedar Express mengenakan harga tiket yang jauh lebih murah iaitu sebanyaK RM45.00 seorang.

Anda boleh membayar secara online dengan berbagai cara seperti Visa, Paypal, TnGO, bank online, GrabPay ataupun Boost. Anda perlulah masukkan maklumat peribadi seperti nama, alamat email, nombor telefon dan nombor akaun. Kemudian barulah anda akan dapat tiket anda.

Jadual Bas Express

Dalam paparan, anda boleh lihat senarai syarikat bas yang beroperasi serta maklumat tambahan yang dapat membantu kita. Kita dapat lihat di mana tempoh perjalanan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu adalah sama iaitu selama 8 jam dan 37 minit.

Hampir semua bas ekspress ini beroperasi tujuh hari seminggu melainkan Dyana Line selama empat hari sahaja.

Namun, syarikat bas Dyana Express menawarkan harga yang paling murah iaitu sebanyak RM50.00 seorang. Setiap syarikat bas ini menawarkan dua perkhidmatan bas pada waktu pertama dan waktu terakhir.

Syarikat Dyana Express beroperasi pada dua waktu yang sama iaitu pada pukul 7.00 pm. Begitu juga dengan Optisjaya Express dan Sairah Express, mereka beroperasi pada pukul 8.00 pm.

Sentosa Express pula beroperasi pada pukul 7.30 am. Jika niat anda datang ke Lahad Datu untuk percutian, kami sarankan anda pergi pada pukul 7.30 am kerana anda boleh meluangkan masa yang secukupnya untuk pergi ke tempat tempat menarik.

Perjalanan mengambil masa selama 8 jam, jadi anda perlu bersedia dari awal.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian kami tentang harga tiket dan jadual bas ke LD dari Kota Kinabalu dari ibu negeri Sabah itu. Dengan harga tambang sebanyak itu, anda perlu bersedia dari segi kewangan dan kesihatan yang secukupnya. Jaga diri, jaga duit.

Tempat Menarik Di Lahad Datu

Senarai tempat menarik di Lahad Datu

Tidak tahu apa aktiviti yang boleh dilakukan di daerah tersebut? Sebenarnya ada satu laman website milik Sabah Tourism yang memaparkan semua tarikan pelancong di daerah ini.

Selain itu maklumat tempahan penginapan, dan pakej untuk aktiviti juga di sana. Jika anda punya masa, layari website tersebut dan pilih sahaja aktiviti yang menarik minat anda untuk dibuat dan dikunjungi semasa berada di sana.

Semoga perkongsian sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas ke Lahad Datu ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong dan memperkasakan industri pengangkutan awam di Malaysia.