Bas Ke Machang Dari TBS Tiket & Jadual Bas

Bas ke Machang Kelantan dari TBS Kuala Lumpur dari RM 34.00 sehala. Ketika waktu percutian hampir tiba, kita akan fikirkan berapakah kos untuk pergi ke destinasi yang ditujui. Tidak kiralah sama ada untuk bercuti ataupun ingin menziarahi ahli keluarga. Bukan itu saja, kita akan juga akan pastikan terlebih dahulu jenis kenderaan yang ingin kita naiki dahulu.

Topik kali ini ialah perkongsian perjalanan menggunakan bas express ke daerah Machang di Kelantan, mudah-mudahan ianya boleh membantu anda.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Biasanya kita akan menempah tiket bas di kaunter dan terpaksa beratur jika ramai lagi pembeli. Itu belum lagi pada hari terakhir sebelum bertolak menaiki bas. Dengan adanya internet, tak perlu bersusah payah lagi kerana anda boleh membeli secara online di rumah.

Tiket Bas Online Ke Machang

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda tentang perjalanan menggunakan bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke destinasi tersebut. Kita sedia maklum yang TBS adalah terminal yang berpusat di Kuala Lumpur.

Perjalanan antara kedua dua lokasi adalah kira kira 400 km dan mengambil masa selama hampir lapan jam. Perjalanan yang agak lama tetapi kebanyakan bas express kini dilengkapi dengan kemudahan WiFi. Sebelum beli tiket tanyalah dulu ada WiFi atau tiada. Nanti tidaklah boring sangat semasa perjalanan nanti.

Sebagai persediaan untuk menaiki bas, anda boleh menempah tiket di laman web penempahan online menggunakan applikasi Easybook.com.

Laman ini akan membantu anda dalam memberi maklumat tentang kenderaan yang boleh anda gunakan seperti bas, pesawat, kereta api dan kereta sewa. Pilihan di tangan anda sendiri.

Untuk permulaan, anda perlulah mengisi lokasi pertama iaitu Terminal Bersepadu Selatan dan lokasi destinasi iaitu Machang.

Kemudian klik sama ada . Teruskan dengan memilih tarikh yang tepat untuk pergi ke sana. Pilihlah dengan awal kerana pilihan yang lambat tidak akan membuahkan hasil.

Selepas itu masukkan pula bilangan penumpang, sama ada anda sahaja atau bersama orang lain. Jika sudah selesai, klik “search for bus”.

Paparan nama syarikat bas dan masa bertolak disediakan untuk anda. Anda bebas untuk memilih bas mana yang ingin anda naiki nanti. Anda juga dapat melihat senarai tiket bagi penumpang sama ada dewasa atau kanak kanak. Buat masa ini ada dua syarikat bas sahaja tersedia iaitu Naza Express dan Zaim Express.

Harga tiket bagi kedua dua syarikat bas itu adalah dari RM44.00 seorang. Kedua dua bas itu juga akan tiba pada jam 9.45 AM namun bas terakhir Naza Express akan muncul di stesen pada pukul 10.15 PM manakala bagi Zaim Express pula pada pukul 10.00 PM.

Selepas klik nama bas, jadual bas akan dipaparkan. Cari jadual untuk TBS ke Machang dan terus klik “select date”. Kemudian klik pada tempat duduk anda seterusnya klik “continue”. Sekarang anda perlu masukkan maklumat peribadi anda seperti nama, alamat email, nombor telefon dan jangan lupa untuk klik pada insurans jika anda mahu.

Cara Pembayaran Tiket Bas

Sekarang, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu pilih cara untuk anda untuk membayar harga tiket bas. Apapun maklumat penting dalam tiket bas itu akan tersenarai dan anda tidak perlu risau. Jika anda ada promo code, bolehlah masukkan code itu dapatkan diskaun harga tiket dan klik saja di situ. Kemudian klik “pay now”.

Jika memilih Visa Mastercard, anda perlulah mengisi maklumat penting yang tertera pada kad bank debit anda. Dinasihatkan supaya masukkan maklumat dengan dengan betul dan teliti. Kemudian klik “done”. Apabila sudah selesai, anda akan mendapat tiket online anda di email anda dan mungkin sebarang mesej di telefon anda.

Jadual Bas

Mungkin anda perlukan info ini untuk melihat jadual bas ke destinasi tersebut. Di bawah adalah sedikit maklumat jadual bas bas express yang beroperasi untuk laluan tersebut dari TBS Kuala Lumpur.

Jadual bas express dari TBS ke Machang Kelantan

Jadual ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan syarikat bas masing-masing. Jika perlukan maklumat terkini boleh semak dulu dengan applikasi online seperti Easybook.com dan BusOnlineTiket.com.

Ramai yang tanya, apa yang bestnya di Machang untuk para pelawat atau pelancong? Sebenarnya banyak tarikan pelancong untuk anda di sana.

Tarikan pelancong seperti Hutan Lipur Bukit Bakar, Air Terjun Jeram Linang, Kolam Air Panas, Menara Condong, Jambatan Guillemar dan Lombong Bijih Besi Temangan amat berbaloi untuk dilawati.

Untuk dapatkan maklumat terperinci mengenai tempat-tempat menarik di Machang anda boleh layari website rasmi Majlis Daerah Machang.

Itu saja sedikit perkongsian mengenai perjalanan dari TBS ke Machang dengan menaiki bas. Sebagai penutup, jaga dirilah masing masing ketika dalam perjalanan dan berdoalah agar tiba dengan selamat. Di manapun anda berada, jagalah diri.