Bas Ke Pasir Puteh Dari TBS Harga Tiket & Jadual Bas

Bas ke Pasir Puteh Kelantan dari Kuala Lumpur (KL) harga tiket dari RM 34.00 dan info jadual perjalanan bas. Anda pernah melawat daerah Pasir Puteh? Pasir Puteh terkenal dengan tempat menarik seperti Tok Bali, Pantai Bisikan, Pusat Rekreasi Taman Rehlah dan Jeram Linang. Biasanya antara cara mudah dan murah untuk ke destinasi tersebut dari pelbagai destinasi ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Perkhidmatan bas express di Malaysia sekarang ini semakin berkembang maju di mana syarikat-syarikat bas berlumba-lumba dan berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penumpangnya.

Jika anda belum pernah jalan-jalan ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, sempena cuti-cuti ini anda boleh pilih destinasi ini untuk percutian bersama keluarga.

Senarai Harga Tiket Bas Ke Pasir Puteh

Berikut merupakan harga tiket bas ekspres untuk ke destinasi tersebut dari pelbagai destinasi. Harga tiket biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keputusan syarikat bas itu sendiri , jarak perjalanan serta musim-musim tertentu seperti perayaan dan cuti-cuti sekolah.

Sesetengah syarikat bas menawarkan kemudahan tambahan untuk keselesaan penumpang. Oleh sebab itu, tambang bas menjadi agak mahal sedikit berbanding syarikat lain.

Segala maklumat mengenai harga tiket bas boleh dirujuk di laman web Easybook.com. Satu kelebihan applikasi ini ialah anda boleh memilih (filter) syarikat bas berasaskan kemudahan yang disediakan seperti kerusi berurut, kemudahan WiFi, kemudahan mengecas USB dan sebagainya.

Contohnya rujuk gambar di bawah.

Senarai pilihan kemudahan dalam bas melalui applikasi easybook.com

Berikut anggaran tambang bas ke daerah tersebut dari pelbagai destinasi.

  • Melaka – dari RM 50.10
  • Johor Bahru – dari RM 64.10
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – dari RM 34.00
  • Sungai Petani – dari RM 40.60
  • Kuantan – dari RM 30.00
  • Ipoh – dari RM 39.80

Tambang bas ini boleh berubah dari masa ke semasa. Untuk memudahkan penumpang boleh semak tambang bas express yang terkini menggunakan portal-portal online yang ada banyak disediakan ketika ini.

Penumpang juga boleh menghubungi syarikat bas express pilihan anda secara langsung untuk tujuan tersebut.

Jadual Perjalanan Bas

Terdapat beberapa syarikat bas ekspres menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke daerah tersebut pada setiap hari. Berikut merupakan jadual perjalanan bas ekspres ke sana dari pelbagai destinasi seperti Melaka, Kuantan dan Johor Bahru.

Maklumat seperti waktu bas pertama beroperasi bagi syarikat tertentu, jumlah trip disediakan serta masa perjalanan turut disertakan. Walau bagaimana pun perlu diingat, boleh berlaku perubahan dari masa ke semasa, bergantung kepada keputusan bas express masing-masing.

Melaka Sentral

Syarikat Cepat Express dan Perdana Express menawarkan perkhidmatan bas ekspres dari Melaka destinasi ini.

Bas pertama bagi syarikat Cepat Express dan Perdana Express mula beroperasi pada pukul 8 malam setiap hari.

Jumlah trip bas disediakan bagi perjalanan ini ialah sabanyak 3 trip. Anggaran jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 578 km dengan masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi menaiki bas ialah sekitar 8 jam.

Johor Bahru

Antara syarikat bas popular yang menyediakan servis bas ekspres bagi laluan Johor Bahru – Pasir Puteh ialah Adik Beradik Express, Cepat Express, UBT Group dan Transnasional.

Bas pertama syarikat Adik Beradik Express dan Cepat Express beroperasi 9.30 malam dan 8.00 malam. Manakala, syarikat UBT Group dan Transnasional menawarkan bas pertama pada pukul 9.45 malam dan 9.00 pagi.

Sejumlah 17 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini. Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke Pasir Puteh ialah dalam 10 jam dengan jarak perjalanan lebih kurang 648km.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan servis bas eskpres dari TBS ke Pasir Puteh. Antaranya ialah syarikat Konsortium E- Mutiara, Perdana Express, Queen Express dan Sani Express.

Bas pertama yang disediakan oleh syarikat Konsortium E- Mutiara, Queen Express dan Sani Express mula beroperasi pada pukul 9.30 pagi.

Manakala, syarikat Perdana Express mengendalikan bas pertama pada pukul 9.45 pagi.

Sebanyak 20 trip bas dikendalikan bagi laluan perjalanan ini dan jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 224 km dengan anggaran masa perjalanan lebih kurang 7 jam.

Sungai Petani

Laluan pantai timur ke pantai barat Semananjung Malaysia sekarang ini semakin popular. Banyak syarikat bas menawarkan perkhidmatan.

Syarikat Konsortium E- Mutiara dan Perdana Express mengendalikan servis bas ekspres bagi perjalanan Sungai Petani – Pasir Puteh. Bas pertama bagi syarikat Konsortium E- Mutiara dan Perdana Express mula bergerak pada pukul 11.00 pagi dan 11.15 pagi.

Hanya 3 trip bas disediakan bagi laluan ini dan jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 6 jam dengan anggaran jarak perjalanan lebih kurang 298 km.

Kuantan

Syarikat Konsortium E- Mutiara, Perdana Express, Sani Express dan Transnasional merupakan antara syarikat bas terkenal dalam menawarkan servis bas ekspres bagi laluan Kuantan – Pasir Puteh.

Bas pertama syarikat Konsortium E- Mutiara dan Perdana Express disediakan pada pukul 9.30 pagi. Manakala bas pertama bagi syarikat Sani Express dan Transnasional beroperasi pada pukul 8.30 pagi dan 8.45 pagi.

Sebanyak 14 trip perjalanan bas agak kerap sebenarnya disediakan bagi laluan ini dan jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 5 jam dengan jarak perjalanan 325km.

Ipoh

Syarikat Konsortium E- Mutiara dan Perdana Express mengendalikan perkhidmatan bas bagi laluan perjalanan Ipoh – Pasir Puteh.

Bas pertama bagi kedua- dua syarikat ini beroperasi pada pukul 10.30 pagi. Sebanyak 6 trip bas beroperasi bagi laluan ini.

Jumlah jarak perjalanan antara Ipoh dan Pasir Puteh ialah sejauh 336 km yang akan mengambil masa perjalanan sekitar 5 jam.

Cara Beli Tiket

Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas express boleh membuat tempahan tiket di portal online seperti BusOnlineTicket.com, Easybook.com dan redBus.my. Proses booking tiket di atas talian sangat mudah dan hanya memerlukan beberapa langkah sahaja.

Penumpang boleh memilih masa perjalanan, operator bas serta tempat duduk dalam bas sewaktu menempah tiket di portal online.

Bagi mereka yang tidak pernah menempah tiket di online, sila rujuk artikel kami berkaitan cara- cara menempah tiket bas di BusOnlineTicket.com untuk panduan mengenai penempahan tiket secara atas talian.

Maklumat tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di sekitar daerah Pasir Puteh boleh dibaca di laman website rasmi Majlis Daerah Pasir Puteh Kelantan.

Di sana disediakan maklumat lengkap berserta lokasi tarikan pelancong di daerah tersebut. Kebelakangan ini bidang pelancongan menjadi keutamaan untuk dipromosikan di daerah ini.

Semoga sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas ke Pasir Puteh ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam di negara kita.