Bas Ke Sungai Petani Harga Tiket & Jadual Bas

Bas ke Sungai Petani dari Kuala Lumpur harga tiket dari RM 37.00. Tengah mencari destinasi menarik untuk bercuti? Sungai Petani atau lebih dikenali sebagai SP merupakan tempat yang sesuai untuk dikunjungi bersama dengan kelaurga. Cara paling murah untuk ke destinasi ini ialah menggunakan perkhidmatan KTM atau bas express. Yang baiknya, penumpang sekarang ini boleh beli tiket bas menggunakan applikasi online sahaja.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Berkunjung ke SP tidaklah lengkap jika tidak meluangkan masa mengunjungi tempat-tempat menarik di daerah tersebut.

Antara tempat menarik yang menjadi pusat pelancongan di sini ialah The Carnivall Waterpark, Damai Park Resort, Semeling Street Art serta Pantai Merdeka. Pelancong boleh pergi ke Sungai Petani dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Kali ini ingin kongsikan sedikit informasi umum berkaitan perjalanan ke destinasi tersebut dari pelbagai destinasi menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Perkhidmatan bas ekspres bukan sahaja menjimatkan masa pengguna malah turut dianggap kurang meletihkan serta selamat. Tambahan pula bas express sekarang ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini disediakan untuk kegunaan para penumpang mereka.

Harga Tiket & Jadual Bas Ke Sungai Petani

Terdapat beberapa operator bas yang terkenal menawarkan servis bas ekspres dari pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia ke SP, Kedah termasuklah dari kawasan pantai timur.

Antara yang amat popular ialah Transnasional, Cepat Express, Adik Beradik Express dan KPB Express. Operator bas ini menawarkan perkhidmatan yang berkualiti untuk para penumpang dengan tawaran tambang bas yang berpatutan.

Memang terdapat sedikit perbezaan harga antara syarikat bas. Untuk memilik jadual dan harga tambang yang sesuai dengan masa dan badget anda kami syorkan anda gunakan applikasi EasyBook.com.

Harga Tiket

Di bawah ada senarai harga tiket bas ke destinasi ini dari pelbagai destinasi. Harga tiket bas bergantung pada jenis operator bas dipilih serta kualiti perkhidmatan ditawarkan.

Harga ini boleh berubah mengikut musim. Oleh itu, sebagai pengguna bijak, anda boleh menyemak di laman web Easybook.com untuk mendapatkan info harga tiket yang tepat.

  • Seremban – dari RM 38.25
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – dari RM37.00
  • Johor Bahru – dari RM 70.00
  • Kuala Terengganu – dari RM 46.00
  • Shah Alam – dari RM 45.00
  • Kota Bahru – dari RM 32.50
  • Melaka Sentral – dari RM 47.00

Jadual Bas

Berikut merupakan jadual perjalanan bas ekspres ke SP dari pelbagai destinasi. Penumpang dinasihatkan agar mengambil perhatian terhadap waktu bas pertama beroperasi serta jumlah trip bas ditawarkan bagi laluan perjalanan tersebut.

Dari Seremban

Antara syarikat yang mengendalikan perjalanan bas dari Seremban ke SP ialah Restu Hijayu Enterprise, Trans MVS Express Sdn Bhd, Cepat Express dan Cosmic Express.

Bas pertama ditawarkan oleh syarikat Restu Hijayu Enterprise dan Trans MVS Express Sdn Bhd ialah pada pukul 11.00 malam dan 9.00 pagi.

Manakala, bas syarikat Cepat Express dan Cosmic Express mula beroperasi pada pukul 10.30 malam dan 9.55 pagi.

Jumlah trip ditawarkan bagi laluan ini ialah sebanyak 24 trip. Selain itu, jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 6 jam 25 minit. Jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 447 km.

Dari Johor Bahru

Syarikat Sin Yong Express, KPB Express, Starmart Express dan Supernice Grassland merupakan antara syarikat bas popular yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Johor Bahru ke destinasi ini.

Bas pertama bagi syarikat Sin Yong Express dan KPB Express mula bergerak dari 11.15 pagi dan 8.45 malam. Manakala, bas pertama bagi syarikat Starmart Express dan Supernice Grassland beroperasi pada pukul 10.00 malam dan 9.30 malam.

Jumlah trip ditawarkan bagi laluan ini ialah sebanyak 33. Purata masa diambil untuk sampai ke Sungai Petani ialah dalam 9 jam 45 minit. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 710 km.

Dari Kuala Terengganu

Syarikat Adik Beradik Express, Jasa Pelangi Express, Sani Express dan SP Bumi merupakan antara operator bas yang menawarkan servis bas ekspres dari Kuala Terengganu.

Hanya 4 trip bas disediakan bagi laluan ini. Bas pertama syarikat Adik Beradik Express dan Sani Express mula beroperasi pada pukul 9.30 malam.

Manakala, bas syarikat Jasa Pelangi Express dan SP Bumi mula beroperasi pada jam 8.30 pagi dan 9.00 malam.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Sungai Petani dari Kuala Terengganu ialah dalam 8 jam 30 minit. Jumlah jarak perjalanan antara Kuala Terengganu dan Sungai Petani ini ialah sejauh 409 km.

Dari Shah Alam

Syarikat City Holidays Express, Jasmine Express, KPB Express serta Transnasional menawarkan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan perjalanan Shah Alam. Sebanyak 53 trip disediakan bagi laluan perjalanan ini.

Bas pertama bagi syarikat City Holidays Express, Jasmine Express, KPB Express serta Transnasional beroperasi pada pukul 9.30 pagi, 10.05 pagi, 5.45 petang dan 10.00 pagi.

Jumlah masa diambil bagi perjalanan ini ialah dalam 5 jam 30 minit. Manakala, jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 381 km.

Dari Kota Bharu

Syarikat Konsortium E- Mutiara serta Perdana Express menyediakan servis bas ekspres bagi laluan ini. Hanya 5 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini.

Bas pertama bagi syarikat Konsortium E- Mutiara serta Perdana Express beroperasi pada pukul 9.30 pagi dan 10.00 pagi. Purata masa perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 7 jam.

Manakala, jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 310 km.

Dari Melaka Sentral

Syarikat Cepat Express, Kejora Masyur Sdn Bhd, Mega Star Transportation serta Transnasional mengendalikan perjalanan bas ekspres dari Melaka Sentral. Sebanyak 12 trip bas dikendalikan dari Melaka Sentral ke destinasi tersebut.

Bas pertama syarikat Cepat Express, Kejora Masyur Sdn Bhd, Mega Star Transportation serta Transnasional mula beroperasi pada pukul 11.30 pagi, 9.00 pagi, 7.45 pagi serta 8.30 pagi.

Tempoh masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 7 jam lebih. Manakala, jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 528 km.

Cara Book Tiket Bas

Penumpang boleh menempah tiket bas dengan mudah di atas talian di pelbagai portal penempahan tiket.

Antara portal online yang popular dalam kalangan penumpang ialah Easybook.com, redBus.my serta CatchThatBus.com.

Sebenarnya book tiket secara online ini lebih menjimatkan wang dan masa anda. Ianya boleh juga mengelak perkara seperti kehabisan tiket bas.

Kini anda tidak perlu bergegas ke terminal bas untuk tujuan beli tiket untuk diri sendiri atau orang lain kerana tiket boleh dibeli secara online dari rumah sahaja.

Tarikan Pelancong Di Sungai Petani

Senarai tarikan pelancong di daerah Sungai Petani

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai tarikan pelancong di Sungai Petani, anda boleh layari web rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani. Mereka ada buat senarai yang lengkap untuk memudahkan pengunjung ke daerah tersebut.

Sememangnya daerah Sungai Petani kini semakin berkembang dan dibangunkan dengan pelbagai produk pelancongan untuk pengunjung dan juga bertujuan meningkatkan ekonomi setempat di kawasan tersebut.

Semoga informasi mengenai bas express ke Sungai Petani ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.