Bas Ke Tawau Dari Kota Kinabalu: Harga Tiket & Jadual Bas

Bas ke Tawau dari Kota Kinabalu (KK) dari RM 70.00 dan anda kini boleh beli tiket bas secara online. Pernah mengalami situasi kehabisan tiket bas sebelum ini? Berita baiknya ialah kini anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh beli tiket bas secara online. Ada banyak applikasi online yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Kita akan cerita mengenainya kemudian.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Berberapa hari lepas ada seorang teman tanya, selain bas Sida Express ada berapa syarikat bas lain yang beroperasi ke destinasi tersebut. Sebenarnya ada berberapa syarikat bas yang agak popular untuk dinaiki menuju ke destinasi tersebut.

Tawau merupakan salah sebuah bandar terbesar di Sabah yang terletak di pantai timur selain Kota Kinabalu dan Sandakan. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Tawau ialah Tawau Hills Park, Air Terjun Bukit Gelas serta Taman Bukit Tawau.

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk pergi ke Tawau dari bandar- bandar lain di Sabah. Cara paling selamat dan menjimatkan kos dan tenaga ialah dengan menaiki bas ekspres.

Jika mahukan lebih banyak pilihan untuk perjalanan ke Tawau boleh layari laman website 12Go Asia. Boleh semak senarai harga tiket penerbangan dari Kota Kinabalu be bandar di Pantai Timur Sabah tersebut.

Perkhidmatan Bas Express Ke Tawau

Jika hendak berkunjung ke bandar tersebut seperti yang sudah disebut tadi, menggunakan perkhidmatan bas express adalah pilihan yang lebih murah. Walaupun mungkin lebih memenatkan kerana terpaksa duduk dalam bas lama.

Pelbagai syarikat bas mengendalikan perkhidmatan bas ekspres bagi perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau. Berikut merupakan senarai syarikat popular yang menyediakan servis bas ekspres.

Syarikat-syarikat ini agak popular dalam kalangan rakyat Sabah dan kualiti perkhidmatan bas juga agak baik.

  • Optis Jaya Express
  • Salam Bumimas Express
  • Trans Tedar Express
  • Sairah Express
  • Tung Ma Express

Sebenarnya ada berberapa syarikat bas yang lain juga. Kami akan kemaskini senarai ini dari masa ke semasa.

Harga Tiket

Harga tiket bas dari Kota Kinabalu ke Tawau biasanya bergantung pada operator bas dipilih. Walau bagaimanapun perbezaan harga tidaklah banyak kerana mungkin wujud persefahaman antara syarikat bas dan juga kawalan kerajaan ke atas harga tambang yang dikenakan.

Syarikat berbeza menawarkan harga berlainan sedikit bergantung pada jenis perkhidmatan disediakan untuk penumpang. Untuk memudahkan urusan pembelian tiket bas anda, portal online seperti Easybook.com serta CatchThatBus.com membantu pengguna membandingkan harga tiket ditawarkan oleh pelbagai syarikat bagi destinasi sama dengan mudah dan cepat.

Jika bernasib baik, penumpang boleh memperoleh tiket dengan harga murah daripada harga biasa ketika musim promosi dan diskaun.

Berikut merupakan harga tiket bas ekspres yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat popular bagi laluan perjalanan Kota Kinabalu – Tawau.

  • Optis Jaya Express – dari RM 70.00
  • Trans Tedar Express – dari RM 70.00
  • Salam Bumimas Express – dari RM 71.50
  • Sairah Express- dari RM 71.50

Harga ini boleh berubah dari masa ke semasa atas sebab-sebab tertentu terutamanya kenaikan harga minyak.

Jadual Bas

Bas ekspres pelbagai syarikat akan beroperasi untuk laluan ini pada setiap hari biasanya lebih daripada satu trip. Purata masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 11 jam 8 minit.

Manakala, anggaran jarak perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tawau ialah dalam 470 km.

Berikut merupakan jadual bas pertama dan bas terkahir beroperasi bas yang ditawarkan oleh syarikat bas popular untuk perjalanan ke destinasi tersebut.

Pastikan penumpang mengambil perhatian agar dapat merancang perjalanan denagn bijak untuk mengelakkan masalah ketinggalan bas.

  • Optis Jaya Express- 8.00 malam
  • Trans Tedar Express- 1.00 tengah hari dan 7.30 petang
  • Salam Bumimas Express- 7.00 pagi dan 8.00 malam
  • Sairah Express- 8.00 malam

Cara Beli Tiket Bas

Beli tiket bas ini sebenarnya tidaklah susah sekarang ini. Anda hanya perlu beli online, datang ke terminal bas dan tunjukkan print out tiket anda di kaunter tiket untuk dapatkan tiket sebenar.

Ada banyak applikasi online boleh anda gunakan. Antaranya ialah applikasi online yang disediakan oleh EasyBook.com.

Selain itu ada berberapa lagi applikasi online tetapi kami lebih gemar menggunakan easybook.com kerana ianya senang digunakan dengan paparan senarai basi dan harga tiket yang lengkap dengan jadual bas bertolak.

So mudah nak pilih bas yang sesuai dengan badget kita dan masa bertolak yang kita pilih.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bas ke destinasi ini bertolak dari 2 terminal bas. Bergantung kepada laluan yang diambil oleh syarikat bas tersebut. Bas yang melalui laluan Ranau, Lahad Datu, Kunak Tawau akan bertolak dari terminal Bas Inanam.

Bas yang bertolak melalui laluan Keningau, Kalabakan Tawau akan bertolak dari terminal bas di Bandaran. Selepas beli tiket, penting untuk anda teliti terminal bas yang betul untuk mengelakkan berlaku kesilapan.

Terminal Bas Inanam terletak di pekan Inanam agak jauh dari pusat bandaraya, manakala terminal bas di Bandaran terletak di pusat bandar.

Terminal Bas Dan Kemudahan

Mungkin anda perlukan infomasi ini untuk memudahkan anda.

Terminal Bas Di Kota Kinabalu

Terdapat empat buah terminal bas di Kota Kinabalu. Dua terminal menawarkan servis bas ekspres manakala dua terminal lagi mengendalikan perkhidmatan bas antara bandar di Kota Kinabalu.

Antaranya ialah Terminal Bas Utara Inanam, Terminal Bas Bandaraya Utara serta Terminal Bas Bandaraya Kota Kinabalu (Pusat).

Terminal Bas Utara Inanam merupakan terminal bas terbesar di Kota Kinabalu di mana bas-bas ekspres akan beroperasi dari Kota Kinabalu ke bahagian lain di Sabah seperti Tawau dan Semporna.

Laluan perjalanan ke pelbagai destinasi merupakan jalan pergunungan. Oleh itu, hampir semua operator bas ekspres menggunakan jenis bas scania untuk perjalanan. Bas scania memiliki casis yang kuat serta enjin yang tahan lama (jarang rosak).

Pelbagai kemudahan disediakan di Terminal Bas Utara Inanam untuk penumpang yang bersinggah. Antaranya ialah kemudahan kaunter tiket bas bagi pelbagai syarikat bas ekspres seperti Tung Ma Express.

Penumpang boleh membeli tiket secara manual di sini selain memperoleh maklumat seperti jadual perjalanan dan harga tambang bas.

Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti tandas, bilik solat serta kedai- kedai di bangunan terminal untuk memudahkan urusan penumpang yang menunggu di terminal sebelum perjalanan.

Terminal Bas Tawau

Terminal bas Sri Indah merupakan terminal bas terbesar yang menawarkan servis bas ekspres dari Tawau ke pelbagai destinasi di Sabah.

Terminal ini merupakan terminal bas pertama yang menggunakan sistem penempahan dan pembelian tiket berasaskan online (online centralised ticket) dengan kerjasama easybook.com.

Antara kemudahan disediakan di Terminal bas Sri Indah ialah tandas, kaunter kargo serta bilik solat. Selain itu, terdapat kafeteria di bangunan terminal untuk memudahkan penumpang yang ingin menjamu selera sebelum atau selepas perjalanan.

Perkhidmatan lain seperti parkir kenderaan, teksi serta servis grab turut disediakan di sekitar terminal.

Maklumat Perhubungan Bas Express

Berikut merupakan maklumat perhubungan operator bas yang menawarkan servis bas bagi perjalanan ke destinasi tersebut.

Optimis Jaya
Nombor Telefon: +6089 766 779
Alamat pejabat: Sabindo Square, 91000 Tawau, Sabah.

Trans Tedar Express
Nombor Telefon: 013- 860 3030
Alamat: 17-01, Lot 57, Tingkat pertama, Block H, Mile 6, Jalan Tuaran, Inanam, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Salam Bumimas Express
Nombor Telefon: 088 435878 / 089 769887
Alamat: No, 37, Lot 1122, Jalan Tai Shin Jar Batu 3, 93250 Kuching, Sarawak.

Sairah Express
Nombor ofis: +6089 774 328
Alamat: TB 4452 Blok C, Sabindo Hamdan Street, 91000, Tawau, Sabah.

Tung Ma Express
Nombor Telefon: 088 380 190 / 381190 / 382190

Tarikan Pelancong Di Tawau

Senarai tempat menarik di Tawau

Pengunjung yang ingin ke daerah ini boleh layari laman website rasmi Sabah Tourism untuk informasi tarikan pelancong di daerah tersebut. Sememangnya banyak malah daerah ini adalah antara yang paling banyak menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara setiap tahun.

Semoga informasi umum mengenai bas ke Tawau ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan tempatan dan pengangkutan awam di negara kita.