Bas KL Ke Mentakab Jadual Bas & Harga Tiket

Bas KL ke Mentakab. Mentakab merupakan salah sebuah mukim dan bandar yang terletak di Temerloh, Pahang. Bandar ini turut terkenal dalam kalangan para pelancong untuk tempat-tempat menarik seperti Taman Rekreasi Tasik Chatin Mentakab, Confucius Monument serta Dynaton Casa Hill.

Bebaru ini ada pembaca yang minta info cara untuk ke Mentakab menaiki bas dari Kuala Lumpur. Harap sedikit informasi ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang berminat untuk ke destinasi tersebut.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk sampai ke Mentakab dari Kuala Lumpur.

Salah satu cara yang efektif, murah dan menjadi pilihan ramai ialah dengan menggunakan bas ekspres.

Untuk pengetahuan anda, bas terus dari TBS ke Mentakab sudah tidak beroperasi lagi.

Penumpang boleh mengambil bas ekspres dari TBS ke Temerloh dan kemudian, menggunakan teksi atau grab untuk sampai ke Mentakab.

Kami akan kemaskini jika ada informasi terbaru mengenai bas services ke Mentakab dari KL.

Bas Ekspres Dari TBS Ke Temerloh

Terdapat beberapa syarikat bas terhandal mengendalikan perjalanan bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Temerloh.

Antaranya ialah Airport Express, Billion Stars, KPB Express, LA Holidays, Maraliner serta Transnasional.

Sejumlah 20 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini. Lebih lebih lagi, perkhidmatan bas beroperasi untuk setiap hari bagi laluan ini. Anggaran jarak perjalanan dari KL ke Temerloh ialah dalam 144 km.

Sebelum ini kami ada buat artikel pendek mengenai hal yang sama. Boleh rujuk perkhidmatan bas ke Temerloh.

Jadual Bas Dan Harga Tiket

Jika berhajat untuk ke Temerloh, tak perlulah risau kerana ada begitu banyak syarikat bas yang beri bus services ke sana.

Antaranya, bas pertama bagi syarikat Airport Express, Billion Stars dan KPB Express mula beroperasi dari pukul 5.30 pm, 4.00 pm dan 9.30 pm.

Manakala, syarikat LA Holidays, Maraliner serta Transnasional menawarkan bas pertama pada pukul 10.00 am, 6.30 pm dan 8.45 am.

Masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 2 jam lebih sahaja. Jadual dinyatakan berkemungkinan boleh berubah bergantung pada syarikat bas dan situasi trafik.

Disarankan agar penumpang sentiasa menyemak jadual bas sebelum melakukan sebarang pembelian atau penempahan tiket.

Selain itu, harga tiket bas ditawarkan bagi trip ini sepenuhnya bergantung pada syarikat bas, kemudahan disediakan dalam bas, musim perayaan serta promosi.

Misalnya, harga tiket bas boleh menjadi mahal sedikit ketika musim perayaan. Anda boleh menyemak harga tiket bas dalam laman web penempahan tiket dari masa ke masa.

Berikut merupakan harga tiket bas bagi syarikat- syarikat berlainan.

  • Airport Express- RM 30
  • Billion Stars- RM 24.20
  • KPB Express- RM 19
  • LA Holidays- RM 13
  • Maraliner- RM 11.80
  • Transnasional- RM 9

Cara Book Tiket Bas

Tiket bas boleh dibeli secara manual di kaunter TBS. Namun, penumpang disarankan agar menempah tiket atas talian.

Ada begitu banyak online portal yang menawarkan khidmat book tiket bas online. Antaranya ialah easybook.com dan BusOnlineTicket.com bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Anda boleh menyemak senarai trip disediakan oleh pelbagai operator bas, jadual perjalanan, sekali gus membandingkan harga tiket ditawarkan oleh pelbagai syarikat bas di laman web ini.

Pelbagai kaedah pembayaran boleh digunakan untuk melakukan penempahan tiket. Antaranya adalah dengan menggunakan kad kredit, perbankan online, Alipay, e-Wallet serta Paypal.

Setelah melakukan pembayaran, penumpang akan menerima notifikasi melalui email sebagai tanda kepastian penempahan tiket. Proses ini amat senang, mudah dan menjimatkan masa.

Cara Ke Mentakab Dari Terminal Bas Temerloh

Para penumpang boleh sampai ke Mentakab dengan menggunakan perkhidmatan teksi atau grab. Anggaran jarak perjalanan antara Temerloh dan Mentakab ialah dalam 10.5km.

Harga teksi untuk sampai ke Mentakab bermula dari RM 17- RM 21. Masa perjalanan diambil ialah dalam anggaran 9 minit sahaja.

Mungkin kalau guna grab lebih murah jika kongsi bayar dengan rakan-rakan anda.

Kalau nak tahu mengenai tempat-tempat menarik di Mentakab dengan lebih terperinci boleh baca di laman website rasmi Majlis Perbandaran Temerloh.

Semoga sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual bas KL ke Mentakab ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita sokong industri pengangkutan awam di negara kita.