Tiket Bas Ke Temerloh Pahang & Jadual Bas

Tiket bas ke Temerloh Pahang dari RM 12.00 berserta informasi jadual bas ke destinasi tersebut. Tentu ramai yang belum pernah berkunjung ke daerah tersebut.

Temerloh merupakan sebuah daerah terkenal di negeri Pahang dan terletak di tengah-tengah antara bandaraya Kuala Lumpur dan Kuantan.

Sempena cuti-cuti, inilah masanya anda merancang untuk percutian ke sana.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Temerloh sangat terkenal untuk tempat- tempat pelancongan menarik seperti Taman Tema Air Kubang Gajah, Deerland Park, Gunung Senyum dan Pasar Sehari Temerloh.

Senarai tempat menarik di Temerloh Pahang

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk pergi ke Temerloh. Kaedah paling murah, senang dan selamat ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Kali ini kami ingin kongsikan sedikit informasi perjalanan ke Temerloh dari pelbagai destinasi menggunakan perkhidmatan bas ekspres, semoga ianya bermanfaat kepada anda.

Harga Tiket Bas Ke Temerloh Pahang

Terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke Temerloh dari pelbagai destinasi seperti TBS, Dungun, Bahau dan Kuantan.

Antara syarikat popular ialah Transnasional, Jasa Pelangi Express serta Maraliner.

Setiap syarikat menawarkan lebih daripada satu trip bas untuk perjalanan laluan yang sama pada waktu yang berlainan.

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas ke Temerloh, Pahang dari pelbagai destinasi bergantung pada musim serta promosi ditawarkan.

Di bawah adalah anggaran harga tiket bas ke Temerloh dari pelbagai terminal bas. Harga tiket ini boleh berubah mengikut musim.

Jadi, ia lebih selamat jika penumpang menyemak harga tiket bas dari masa ke masa di laman web syarikat tertentu atau di portal applikasi online.

Anggaran senarai tambang bas dari pelbagai destinasi ke Temerloh.

  • Terminal Bersepadu Sentral (TBS) – dari RM 12.00
  • Kuantan – dari RM 12.00
  • Kuala Terengganu – dari RM 31.00
  • Dungun – dari RM 22.10
  • Segamat – dari RM 14.60
  • Kangar, Perlis – dari RM 60.00
  • Bahau – dari RM 7.90

Kami akan kemaskini senarai harga tambang bas ini dari masa ke semasa jika ada apa-apa perubahan terkini.

Walau bagaimanapun anda juga boleh membuat semakan sendiri harga terkini di portal-portal applikasi online yang ada sekarang ini.

Jadual Bas

Jadual bas ke Temerloh bergantung pada syarikat bas masing-masing. Perjalanan bas ke sesuatu destinasi biasanya bergantung pada situasi seperti lalu lintas dan keadaan cuaca Malaysia.

Di bawah kami kongsikan sedikit informasin mengenai jadual perjalanan bas ke Temerloh dari pelbagai destinasi.

Servis bas ini ditawarkan pada setiap hari. Penumpang boleh memilih waktu perjalanan yang sesuai ketika membuat proses penempahan tiket.

TBS ke Temerloh

Antara syarikat terkenal yang mengendalikan perjalanan dari TBS ke Temerloh ialah Transnasional, Maralier dan LA Holidays Travel & Tour Sdn. Bhd.

Bas pertama ditawarkan pada pukul 8.45 pagi manakala bas terakhir bergerak ke Temerloh pada pukul 11 malam.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke Temerloh ialah dalam anggaran 2 jam.

Kuantan ke Temerloh

Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres dari Terminal Kuantan Sentral ke Temerloh ialah Transnasional, Maraliner dan Jasa Pelangi Ekspres.

Masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam masa 2 jam. Bas pertama bergerak pada pukul 8.30 pagi manakala bas terakhir bergerak pada pukul 9 malam.

Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 119 km.

Kuala Terengganu ke Temerloh

Jasa Pelangi Ekspress, Transnasional dan TransMalaya Ekspres menawarkan perkhidmatan bas untuk laluan Kuala Terengganu- Temerloh.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke Temerloh ialah dalam 4 jam lebih.

Bas pertama ditawarkan pada pukul 9 pagi manakala bas terakhir bergerak pada pukul 10.35 malam.

Jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 337 km.

Dungun ke Temerloh

Bagi yang naik dari Dungun, syarikat seperti Jasa Pelangi Ekspres, TransMalaya Ekspres dan Transnasional (SKMK) mengendalikan perjalanan ke Temerloh.

Bas pertama dan bas terakhir ditawarkan pada pukul 3.35 pagi dan 11.55 malam.

Masa perjalanan diambil ialah dalam anggaran 4 hingga 5 jam untuk sampai ke terminal Temerloh.

Jarak perjalanan Dungun- Temerloh ialah sejauh 252 km.

Segamat ke Temerloh

Syarikat Cepat & Cekap Express menawarkan servis bas ke Temerloh dari Johor terutama dari Segamat.

Bas pertama ditawarkan pada pukul 8.30 pagi manakala bas terakhir disediakan pada pukul 7.30 malam. Masa perjalanan diambil sekitar 3 jam sahaja.

Jarak perjalanan Segamat- Temerloh ialah sejauh 345 km.

Kangar ke Temerloh

Syarikat popular seperti Express Kesatuan, Maraliner dan Cosmic Express mengendalikan perkhidmatan bas dari laluan Kangar, Perlis ke Temerloh.

Jarak perjalanan laluan Kangar- Temerloh ialah sejauh 602 km.

Bas pertama dan terahir ditawarkan pada pukul 7.15 pagi dan 9 malam.

Bahau ke Temerloh

Syarikat Cepat & Cekap Express, Jengka Liner dan Transnasional menawarkan servis bas dari Bahau, Negeri Sembilan ke Temerloh, Pahang.

Masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 2 jam lebih. Jumlah jarak perjalanan laluan Bahau- Temerloh ialah 92.6 km.

Bas pertama bergerak pada pukul 1.45 pagi manakala, bas terakhir bergerak pada jam 8.30 malam.

Cara Book Tiket Online

Penumpang boleh menempah tiket di atas talian di portal menempah tiket online seperti Easybook.com, Busonlineticket.com dan CatchThatBus.com.

Kami sering gunakan applikasi EasyBook.com kerana lebih banyak pilihan dan mudah untuk digunakan.

Kaedah ini sangat mudah, menjimatkan masa serta menjamin tiket. Selain itu, syarikat tertentu seperti Maraliner mempunyai laman web sendiri.

Oleh itu, penumpang turut boleh menempah tiket di laman web syarikat jika anda sudah pasti hendak memilih bas syarikat tersebut.

Penumpang turut boleh terus membeli tiket di kaunter terminal bas jika tidak mahu menempah tiket di online.

Kaedah ini agak meletihkan disebabkan penumpang perlu beratur membeli tiket serta masalah tiket habis boleh berlaku.

Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan bas ke Temerloh, Pahang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon diberikan.

Ramai penumpang sering memilih syarikat bas Maraliner dan Transnasional untuk destinasi tersebut.

Jika hendak berhubung dengan mereka bolehlah gunakan maklumat perhubungan di bawah.

Maraliner

Alamat pejabat: Lot 26, Lorong Medan Tuanku 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50300, Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 03 – 2691 5810/ 03 – 2697 9797 atau layari website rasmi Maraliner untuk maklumat berkenaan bas tersebut.

Transnasional

Alamat pejabat: No 38 Jalan Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur. Malaysia atau hubungi mereka menggunakan contact number Transnasional untuk sebarang bantuan berkenaan tempahan tiket atau check trip syarikat bas tersebut ke destinasi ini.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat atau informasi pelancongan di daerah tersebut, anda boleh layari website rasmi Majlis Perbandaran Temerloh.

Di sana terdapat senarai dan informasi lengkap yang boleh anda baca.

Semoga informasin tiket bas ke Temerloh ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada kawan-kawan. Mari bersama-sama sokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam dalam negara kita.