Bas Kota Bharu Ke Melaka Sentral Jadual & Harga Tiket

Bas Kota Bharu ke Melaka Sentral. Pernah terfikir naik bas dari Kota Bharu ke Melaka? Biasanya penumpang turun di KL dan sambung bas ke Melaka.

Nanti lepas nie bolehlah pertimbangkan pula pilihan naik bas terus jer ke Melaka.

Penggunaan bas ekspres dari Kota Bharu ke Melaka Sentral merupakan salah satu pilihan popular dalam kalangan penumpang yang mengunjungi antara dua lokasi ini.

Memang ramai pergerakan penumbang ke kedua-dua destinasi tersebut.

Ini kerana Melaka sememangnya tumpuan pengunjung sempena cuti-cuti Malaysia.

Book tiket bas online >> DI SINI

Penggunaan bas ekspres sangat selesa, mudah serta menawarkan harga tiket berpatutan. Sebab itu bas ekspress sering menjadi pilihan ramai.

Syarikat Bas Dari Kota Bharu Ke Melaka

Terdapat pelbagai syarikat bas yang menawarkan servis bas ekspres dari Kota Bharu ke Melaka Sentral.

Nama-nama syarikat bas di bawah nie adalah antara yang popular. Banyak lagi sebenarnya yang tawarkan perkhidmatan bas untuk ke destinasi tersebut.

Kalau ada yang baru kami akan tambahlah dari masa ke semasa dalam sini. Atau anda tulis infonya di ruangan komen.

Kelantan Ke Melaka Berapa Jam Perjalanan?

Mesti nak tau soal nie, ramai yang tak rela duduk lama-lama dalam bas yer tak? Sudah tentu, tetapi tiada pilihan lain.

Kalau nak lebih cepat mungkin naik flight yer tak? Tapi tambangnya pula mahal. Kalau sorang mungkin masih OK, kalau satu family tentu rabak poket.

So, berbalik kepada persoalan asal, berapa jam masa perjalanan antara kedua-dua destinasi nie?

Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah 621KM manakala jumlah masa perjalanan ialah dalam 6 jam 30 minit atau lebih.

Bergantung kepada situasi lalulintas semasa.

Jadual Bas

Biasanya sejumlah 10 trip bas ditawarkan bagi laluan perjalanan Kota Bharu – Melaka Sentral setiap hari.

Bergantung kepada permintaan ada masanya mereka tambah jumlah trip.

Syarikat bas ekspress KKKL SDN BHD, Maraliner, Mayang Sari Express, Perdana Express serta Queen Express hanya menawarkan satu trip bas sahaja per hari.

Bas pertama bagi syarikat Maraliner, Mayang Sari Express, Perdana Express serta Queen Express mula beroperasi pada pukul 8.30 malam.

Manakala bas pertama bagi syarikat KKKL SDN BHD (Terus Nanti) hanya bergerak pada pukul 8.01 malam.

Selain itu, syarikat Konsortium E-Mutiara menyediakan 2 trip bas per hari bagi laluan perjalanan ini di mana bas pertama dan terakhir beroperasi pada pukul 8.30 malam dan 9 malam.

Di samping itu, syarikat Sani Express menyediakan sebanyak 3 trip bas bagi laluan Kota Bharu- Melaka Sentral. Bas pertama dan terkahir syarikat ini beroperasi pada pukul 9.30 pagi dan 9.30 malam.

Disebabkan perjalanan yang lama, operator bas akan berhenti bagi penumpang pergi tandas dan berehat di pusat perhentian R&R.

Dalam bas juga anda boleh tidur atau layan internet atau social media. Tidak perlu risaulah, perjalanan jauh tu tak akan terasa boring.

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas bagi perjalanan Kota Bharu – Melaka Sentral bergantung pada jenis syarikat bas ekspres dipilih.

Berikut ada sedikit info mengenai harga tiket bas ditawarkan oleh syarikat-syarikat bas ini.

Untuk makluman penumpang, sila pastikan anda menyemak harga tiket dari masa ke masa disebabkan harga ini boleh berubah ketikan musim promosi dan perayaan.

  • KKKL SDN BHD (Terus Nanti) – RM 57
  • Konsortium E- Mutiara – RM 56.90
  • Maraliner – RM 58.90
  • Mayang Sari Express – RM 50
  • Perdana Express – RM 57
  • Queen Express – RM 59
  • Sani Express – RM 60

Sebelum beli tu baik semak dulu hargi tiket antara syarikat-syarikat bas tersebut. Manalah tahu ada yang bagi promosi diskaun atau murah sedikit berbanding yang lain.

Cara Book Tiket

Tiket bas boleh dibeli secara terus dari Terminal bas Kota Bharu. Untuk menyenangkan para penumpang, kini sudah ada servis penempahan tiket secara online di laman web penempahan tiket.

Kaedah ini dianggap lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna bas ekspres.

Antara laman web penempahan tiket yang sering digunakan ialah Easybook.com dan BusOnlineTicket.com.

Anda boleh menempah tiket pada bila bila masa dari mana- mana sahaja.

Yang paling seronok ialah, anda mempunyai peluang untuk merancang perjalanan dengan memilih jenis syarikat, masa perjalanan sesuai dan tiket dalam bas ketika membuat penempahan tiket.

Perancangan awal sangat digalakkan untuk mengelakkan tempat dalam bas penuh.

Setelah melakukan penempahan tiket, anda boleh melakukan pembayaran atas talian menggunakan mana- mana opsyen sahaja.

Antara pilihan pembayaran yang ditawarkan ialah perbankan online, kad kredit, kad debit, Alipay, e-wallet dan PayPal.

Setelah berjaya melakukan pembayaran, anda akan menerima notifikasi di email dalam kadar segera.

Harap sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual bas Kota Bharu ke Melaka Sentral ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita sokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.