Bas Kota Bharu Ke Penang: Harga Tiket & Jadual Bas
Bas dari Kota Bharu ke Penang Sentral harga tiket dari RM 41.00 berserta informasi jadual perjalanan bas. Penggunaan perkhidmatan bas ekspres kekal menjadi pilihan ramai orang yang ingin mengunjungi Penang dari Kota Bahru atau dari Penang ke Kota Bharu.
Pilihan perjalanan menggunakan kapal terbang bukan sahaja sangat terhad malah harga tiket yang mahal menyebabkan ramai penumpang memilih servis bas ekspres bagi perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Penang.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Bas Dari Kota Bharu Ke Penang Sentral
Sekarang ini sekurang-kurangnya 3 syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan antara dua destinasi pantai timur dan pantai barat ini.
Antara syarikat bas popular yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan perjalanan Kota Bharu ke Penang ialah Alya Express, Konsortium E- Mutiara dan Perdana Express.
Syarikat Perdana Express dan Konsortium E- Mutiara menawarkan bas dua tingkat untuk para penumpang.
Harga Tiket Bas
Harga tiket dari Kota Bharu ke Penang ada sedikit perbezaan antara syarikat bas express. Bas yang menawarkan kemudahan yang pelbagai kepada penumpang, harga tiketnya tentulah sedikit mahal berbanding yang lain.
Syarikat bas ekspres dinyatakan di atas menawarkan harga tiket bas dari Penang Sentral ke Kota Bharu atau sebaliknya yang berpatutan untuk pelanggan bagi perjalanan menghubungkan antara dua destinasi tersebut.
Berikut merupakan harga tiket bas yang ditawarkan oleh pelbagai operator bas bagi perjalanan ini.
Harga ditawarkan hampir sama dan harga ini mungkin boleh berubah ketika musim perayaan dan promosi.
- Alya Express – dari RM 41.00
- Konsortium E- Mutiara – dari RM 41.70
- Perdana Express – dari RM 41.50
Penumpang boleh semak harga tiket secara online untuk perjalanan dari Penang ke Kota Bharu. Antara portal yang boleh digunakan ialah easybook.com dan busonlineticket.com.
Jadual Bas
Masa perjalanan yang diperlukan bagi perjalanan dari Kota Bahru ke Penang menggunakan bas ekspres ialah dalam 7 jam 15 minit dengan jarak perjalanan sejauh 345 km.
Namun, masa sebenar untuk sampai ke destinasi bergantung pada keadaan trafik jalan pada masa perjalanan.
Biasanya, operator bas akan berhenti sekurang-kurangnya sekali di R&R untuk memberikan peluang kepada penumpang berehat dan pergi ke tandas.
Sebanyak 7 trip bas disediakan setiap hari dan perkhidmatan bas ditawarkan setiap hari untuk para penumpang bagi bagi laluan ini.
Berikut merupakan waktu bas pertama dan bas terakhir bagi setiap syarikat bas beroperasi pada setiap hari.
Penumpang diingatkan untuk mengambil perhatian kepada masa bas terakhir dan pertama bas bergerak agar tidak mengalami masalah ketinggalan bas.
Maklumat ini boleh diperoleh ketika membuat penempahan atas talian di portal online penempahan tiket.
- Alya Express- 10.00 pm
- Konsortium- 10.00 am/ 10.00 pm
- Perdana Express- 10.00 am/ 10.00 pm
Cara Beli Tiket
Tiket bas bagi perjalanan dari Kota Bharu ke Penang boleh ditempah sama ada dengan membeli tiket secara manual di kaunter tiket di terminal bas atau secara atas talian di portal online.
Bagi yang ingin membeli tiket secara manual, anda boleh membeli di kaunter Terminal Bas Kota Bharu. Namun, kelemahan membeli secara manual ialah terdapat risiko tiket bas habis di terminal.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menempah dan membeli tiket di portal online seperti BusTicketOnline.com dan Easybook.com .
Kaedah menempah tiket sangat mudah dan anda boleh membaca artikel kami mengenai panduan penempahan tiket bas untuk maklumat lanjut.
Terminal Bas Kota Bharu
Terminal ini terletak di Kota Bharu, Kelantan di Jalan Ismail. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk pergi ke terminal ini.
Antaranya ialah perkhidmatan bas tempatan serta teksi. Sebagai alternatif, ramai penumpang menggunakan perkhidmatan GrabCar yang merupakan pengangkutan popular pada zaman sekarang.
Antara kemudahan yang disediakan di terminal bas ini ialah kaunter tiket. Penumpang boleh melihat baris kaunter- kaunter tiket pelbagai syarikat bas sewaktu masuk ke dalam bangunan terminal.
Selain itu, terdapat tempat menunggu atau dikenali sebagai pondok menunggu yang luas untuk para penumpang duduk dan berehat ketika menunggu untuk bas.
Kemudahan tandas turut disediakan dan penumpang hanya perlu membayar 30 sen sebagai bayaran masuk ke dalam tandas.
Bagi umat Islam, anda boleh bersolat di bilik solat yang disediakan dalam bangunan terminal.
Di samping itu, terdapat minimart di sekitar terminal untuk memudahkan mereka yang ingin membeli minuman dan makanan ringan sebelum perjalanan.
Dalam usaha kita mempromosikan pelancongan dalam negara, pengunjung yang melawat Penang boleh baca maklumat terperinci senarai dan informasi tarikan pelancong di negeri tersebut.
Anda boleh membacanya di website rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Semoga sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas Kota Bharu ke Penang ini boleh membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama memperkasa dan menyokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam dalam negara kita.