Bas Kuching Ke Bintulu Jadual & Harga Tiket Terkini

Bas dari Kuching ke Bintulu. Ada sesiapa yang sedang merancang perjalanan dari bandaraya Kuching ke Bintulu? Sememangnya satu perjalanan jarak jauh. Perjalanan menaiki bas ekspres merupakan pilihan ramai orang disebabkan ia mudah, selesa serta lebih murah.

Bintulu bukan sahaja terkenal untuk industri gas dan minyak , namun turut terkenal untuk pelbagai tempat menarik.

Antaranya destinasi- destinasi yang wajib dikunjungi ketika beradi di Bintulu ialah Pantai Temasya Tanjung Batu, Taman Tumbina Bintulu, Taman Negara Similajau serta Park City Mall.

Anda boleh membaca lanjut maklumat tempat-tempat menarik di sini melalui website rasmi Pentadbiran Bahagian Bintulu.

Tidak rugi untuk melancong atau jalan-jalan di Bintulu. Perjalanan dari Kuching ke bandar Bintulu juga menarik kerana sepanjang jalan anda disajikan dengan pemandangan kiri kanan jalan yang menarik.

Senarai Bas

Hanya beberapa buah syarikat bas sahaja yang menawarkan servis bas ekspres bagi laluan perjalanan Kuching – Bintulu.

Kalau tidak silap kami dan jika anda semak di portal online seperti redbus.my, easybook.com dan busonlineticket.com ada 3 bas ekspress yang tawarkan perkhidmatan menghubungkan kedua bandaru utama ini.

Antaranya ialah syarikat

  • Biaramas Express Sdn Bhd
  • EVA Express
  • Sungei Merah Express.

Mungkin ada yang lain lagi kami akan kemaskini dari masa ke semasa untuk anda.

Jadual Bas

Servis bas ekspres disediakan untuk setiap hari bagi destinasi ini. Syarikat EVA Express menawarkan bas pertama dan terakhir pada pukul 10.30 pagi dan 9 malam.

Manakala, bas pertama dan terakhir bagi syarikat Sungei Merah Express mula beroperasi pada pukul 10.30 pagi dan 10 malam.

Selain itu, bas pertama dan terakhir bagi syarikat Biaramas Express Sdn Bhd pulak mula bergerak pada jam 7.30 pagi dan 10 malam.

Jumlah masa perjalanan bagi laluan ini ialah dalam anggaran 11 jam 30 minit. Untuk pengetahuan anda, jumlah masa perjalanan boleh menjadi lama ketika keadaan trafik dan cuaca teruk serta sewaktu musim perayaan.

Disebabkan ini merupakan perjalanan yang jauh dan lama, operator bas akan berhenti di tempat R&R agar penumpang dapat pergi ke tandas dan berehat.

Manakala, jumlah jarak antara Kuching dan Bintulu ialah dalam 519 km.

Jumlah trip yang ditawarkan bagi laluan ini agak terhad. Oleh itu, para penumpang dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal serta pastikan menempah tiket dengan awal.

Harga Tiket Bas

Harga bas ditawarkan berbeza bagi syarikat berlainan. Biasanya, harga tiket boleh menjadi mahal ketika musim perayaan dan menjadi murah jika terdapat sebarang promosi dan diskaun.

Harga tiket tidak banyak berbeza antara bas untuk destinasi yang sama. Bas yang menawarkan kemudahan yang lebih banyak dan baik untuk penumpang biasanya harga tiketnya lebih mahal.

Berikut merupakan harga tiket bas bagi setiap syarikat dinyatakan di atas.

  • Biaramas Express Sdn Bhd – dari RM 70
  • EVA Express – dari RM 83
  • Sungei Merah Express – dari RM 84

Cara Book Tiket Bas

Para penumpang boleh membeli tiket secara terus di Terminal Bas Kuching Sentral, Sarawak. Namun, kini ramai yang lebih suka menggunakan kaedah penempahan tiket secara talian.

Kaedah ini sangat mudah, cepat serta menjimatkan masa dan tenaga. Lebih- lebih lagi, penumpang diberi peluang untuk merancang dan memilih trip bas mengikut kesenangan masing- masing.

Antara laman web penempahan tiket yang popular ialah Easybook.com dan BusOnlineTicket.com.
Setelah berjaya menempah tiket, penumpang perlu membuat bayaran atas talian.

Terdapat pelbagai pilihan pembayaran ditawarkan. Untuk makluman penumpang, kaedah pembayaran online disediakan adalah selamat dan mesra pengguna.

Antaranya ialah perbankan online melalui FPX, kad debit, kad kredit, Alipay, Applepay dan Paypal. Notifikasi akan dihantar ke email anda setelah pembayaran berjaya dilakukan.

Terminal Bas Kuching Sentral

Terminal bas ini terletak di Jalan Kuching Ranger Deport, Kota Sentosa. Terminal ini merupakan salah satu hab pengangkutan utama di negeri Sarawarak.

Para penumpang boleh mengunjungi ke terminal ini dari Kuching International Airport dalam masa 5 minit sahaja.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di terminal ini khas bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas.

Antaranya ialah kaunter tiket, tempat letak bagasi, restoran, pusat beli belah dan sebagainya. Selain itu, bagunan terminal ini dilengkapi dengan pendingin hawa.

H&L Supercentre, sebuah pasar raya terbesar di kawasan Kuching terletak di bangunan terminal ini. Para penumpang yang ingin membeli barangan keperluan, boleh mengunjungi pasar raya ini.

Semoga sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Kuching ke Bintulu ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam dan pelacongan tempatan di negara kita.