Bas Kuching Ke Sarikei Harga Tiket & Jadual Bas

Bas Kuching ke Sarikei. Sarikei merupakan salah sebuah bandar di Sarawak yang sering menjadi destinasi pelancong. Apa kata cuti nanti pergi jalan-jalan ke Sarikei bersama kawan atau keluarga. Bandar ini tidak akan menghampakan anda.

Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika berada di Sarikei. Antaranya ialah Sarikei Esplanade, Taman Tasik Sarikei, Air Terjun Munsuh Sarikei serta Lumbong Rentap.

Anda boleh baca maklumat lebih terperinci mengenai tempat-tempat menarik ini di laman website rasmi Sarawak Tourism.

Kalau nak ke Sarikei dari Kuching ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Kalau nak sewa kereta juga boleh. Bas ekspres bukan sahaja dianggap murah, malah turut selesa serta selamat.

Book tiket bas secara online >> DI SINI

Untuk kali ini kami nak kongsi sedikit maklumat tentang naik bas ekspress ke bandar tersebut. Mudah-mudahan dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Senarai Bas Ekspress

Beberapa buah operator bas yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Kuching ke Sarikei. Boleh saja check melalui online syarikat-syarikat bas nie.

Antara syarikat bas yang popular untuk ke destinasi tersebut;

  • Syarikat Lanang Express
  • Sungei Merah Express
  • Biaramas Express Sdn Bhd.

Sekarang ini banyak kemudahan yang disediakan dalam koc bas ialah tempat duduk selesa, pendingin hawa, televisyen, wifi serta tempat mengecaj telefon.

Jadual Perjalanan Bas

Semua syarikat bas disenaraikan di atas akan menawarakan servis bas untuk setiap hari. Terpulanglah kepada anda nak ambil bas yang mana satu.

Yang sesuai dengan badget dan jadual perjalanan anda.

Bas pertama dan bas terakhir bagi syarikat Sungei Merah Express beroperasi pada pukul 4.30 petang dan 10 malam.

Syarikat Lanang Express hanya menyediakan servis bas ekspres pada pukul 10 pagi. Harap mereka tambah jumlah trip pada masa akan datang.

Syarikat Biaramas Express Sdn Bhd mula menawarkan bas pertama dan terakhir pada pukul 7.30 pagi dan 10.30 malam. Syarikat ini turut menyediakan sebanyak 9 trip bas bagi laluan perjalanan Kuching- Sarikei.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Sarikei dari Kuching ialah dalam anggaran masa 6 jam 30 minit.

Jumlah masa perjalanan boleh menjada agak lama ketika keadaan trafik teruk dan musim perayaan.

Oleh itu, dinasihatkan para penumpang merancang perjalanan dengan baik agar tidak tersesat dalam trafik.

Harga Tiket Bas

Setiap syarikat bas menawarkan harga tiket bas berlainan bergantung pada kualiti kemudahan disediakan dalam bas.

Kadang-kadang, penumpang boleh menikmati harga tambang yang murah ketika musim promosi dan diskaun.

Di samping itu, harga tambang menjadi mahal sedikit daripada harga biasa ketika musim cuti dan perayaan.

Oleh itu, dinasihakan agar penumpang sentiasa menyemak harga tiket dari masa ke masa di laman menempah tiket.

Berikut merupakan harga tiket bas bagi syarikat berlainan.

  • Biaramas Express Sdn Bhd – dari RM 40
  • Lanang Express – dari RM 46
  • Sungei Merah Express – dari RM 46

Cara Book Tiket Online

Tiket bas boleh dibeli secara terus dari terminal bas kuching. Satu lagi kaedah efektif yang boleh digunakan ialah dengan menempah atas talian di laman web penempahan tiket.

Kaedah ini bukan sahaja mudah, namun amat menjimatkan masa dan tenaga penumpang.

Selain itu, penumpang turut boleh berpeluang untuk merancang perjalanan dengan memilih tarikh perjalanan sesuai, tempat duduk, masa perjalanan dan syarikat bas mengikut kesesuaian masing- masing.

Opsyen ini mungkin agak terhad jika anda membeli tiket terus dari terminal bas.

Penempahan tiket boleh dilakukan di laman web penempahan tiket. Antara yang sering digunakan ialah BusOnlineTicket.com serta Easybook.com.

Laman web ini, turut menawarkan pelbagai opsyen untuk melakukan pembayaran online. Antaranya ialah dengan menggunakan kad kredit, kad debit, perbankan online melalui FPX, Alipay dan Google Pay.

Ramai penumpang kini pun sudah biasa menggunakan kaedah ini untuk membeli tiket bas.

Setelah berjaya melakukan pembayaran, penumpang akan menerima notifikasi melalui e- mel yang didaftar sebagai tanda konformasi penempahan dan pembelian tiket. Anda boleh mencetak e-tiket dan tunjuk pada operator bas pada hari perjalanan.

Semoga sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Kuching ke Sarikei ini bermanfaat. Marilah bersama menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.