Bas Kuching Ke Sibu Jadual & Harga Tiket Terkini

Bas Kuching ke Sibu. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk pergi ke Sibu dari Kuching. Cara paling murah, digemari oleh ramai orang serta mudah ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Bandar Sibu adalah antara bandar yang penting dan sibuk di Sarawak. Jika anda ke Sarawak dan tidak melawat Sibu, memang agak rugi.

Book tiket bas online >> DI SINI

Sibu memiliki tarikan pelancong yang agak banyak. Sibu adalah bandar yang didiami ramai kaum berketurunan Cina.

Antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Sibu ialah Sibu Night Market, Sibu Heritage Center, Kuil Tua Pek Kong, Sibu Time Square, Wong Nai Siong Garden, Sibu Central Market, Rejang Esplanade, Taman Rimba Bukit Lima Forest Park, Jade Dragon Temple, Taman Bukit AUP Jubilee Park, Tiger Emperor Temple, Malaysia Culture Village, Hoover Memorial Garden. Lau King Howe Hospital Memorial Museum dan Lin Swan Garden.

Anda boleh baca maklumat lebih terperinci mengenai tempat-tempat menarik di Sibu melalui laman website rasmi kerajaan Sarawak.

Apa kata untuk percutian seterusnya anda jadikan bandar Sibu sebagai destinasi percutian anda.

Senarai Bas

Terdapat beberapa buah syarikat bas yang menawarkan servis bas ekspres dari Kuching ke Sibu.

Maksudnya anda punya banyak pilihan. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan membeli tiket bas lebih awal untuk mengelak kehabisan tiket bas.

Antara bas ekspress yang sering menjadi pilihan ramai ialah;

  • Biaramas Express Sdn Bhd
  • Sungei Merah
  • Eva Express
  • Lanang Express.

Kebanyakan bas-bas ekspress ini menggunakan bas yang baru dan selesa. Anda boleh pilih mana-mana yang sesuai dengan badget dan masa perjalanan anda.

Jadual Bas Ke Sibu

Jadual perjalanan bas ditawarkan bergantung pada syarikat dipilih. Untuk makluman anda, perkhidmatan bas ditawarkan pada setiap hari.

Bas pertama dan terakhir ditawarkan oleh syarikat EVA Express ialah pada pukul 7.45 pagi dan 10 malam.

Manakala, bas pertama dan terakhir bagi syarikat Lanang Express hanya beroperasi pada pukul 10 pagi.

Selain itu, syarikat Sungei Merah Express menyediakan servis bas pertama dan terakhir pada pukul 4.30 petang dan 10 malam.

Syarikat Biaramas Express pulak mengendalikan bas pertama dan terakhir pada jam 7.30 pagi dan 10.30 malam.

Jadual perjalanan bas boleh berubah bergantung pada syarikat ditawarkan. Dinasihatkan agar para penumpang yang menggunakan servis bas ini sentiasa melakukan semakan di laman web tempahan tiket untuk maklumat tepat.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam anggaran 8 jam.

Jumlah masa perjalanan boleh menjadi berpanjangan ketika musim perayaan dan musim cuti sekolah di mana keadaan trafik jalan sangat teruk.

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas ditawarkan bergantung pada jenis operator bas dan kualiti perkhidmatan disediakan dalam bas.

Berikut merupakan senarai harga tiket bas bagi syarikat berlainan. Untuk maklumat penumpang, harga ini boleh berubah.

Biasanya menjadi mahal sedikit ketika musim perayaan. Penumpang beruntung jika membeli tiket ketika syarikat bas menawarkan sebarang promosi atau diskaun.

  • Biaramas Express Sdn Bhd – dari RM 50
  • Eva Express – dari RM 60
  • Lanang Express – dari RM 60
  • Sungei Merah Express – dari RM 60

Cara Book Tiket

Tiket bas boleh dibeli secara terus dari terminal bas. Malah, pilihan yang paling popular dan memudahkan penumpang ialah dengan menempah tiket di atas talian.

Kini pun sudah ada pelbagai platform penempahan tiket yang boleh digunakan oleh para penumpang. Kaedah penempahan tiket secara online dianggap amat mudah, boleh dilakukan dari mana- mana sahaja dan sangat efisien.

Penumpang bukan sahaja boleh menjimatkan masa, malah turut boleh merancang perjalanan dengan memilih slot perjalanan, syarikat bas serta tempat duduk mengikut kesesuaian diri.

Antara laman web penempahan tiket popular ialah BusOnlineTicket.com dan Easybook.com.

Setelah melakukan penempahan tiket, penumpang boleh melakukan pembayaran terus menggunakan opsyen ditawarkan.

Antara pilihan platform pembayaran disediakan ialah menggunakan kad kredit, kad debit, Alipay, Google pay, perbankan online (melalui FPX) dan Applepay.

Notifikasi akan dihantar ke email diberi sebagai bukti pembayaran telah lengkap. Tiket dalam bentuk pdf turut dihantar kepada penumpang.

Terminal Bas Kuching Sentral

Terminal ini terletak di Jalan Kuching Ranger Deport, Kota Sentosa. Terminal ini merupakan terminal utama dan merupakan hab pengangkutan awam bagi negeri Sarawak.

Kebanyakan bas ekspres dan bas tempatan beroperasi dari terminal ini. Penumpang boleh pergi ke terminal ini dari Lapangan Terbang Kuching dalam masa 5 minit sahaja menggunakan servis teksi.

Di samping itu, penumpang turut boleh pergi ke terminal ini dari bandar Kuching dengan menggunakan bas 3A dalam 20 minit.

Semoga sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Kuching ke Sibu ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam dalam negara kita.