Bas Kuching Ke Sri Aman Jadual Bas & Harga Tiket Terkini

Bas Kuching ke Sri Aman. Pernah anda melancong ke Sri Aman? Sri Aman merupakan sebuah daerah di negeri Sarawak yang mempunyai pelbagai jenis tempat menarik.

Antara lokasi pelancongan yang popular ialah Rumah Windston Mupit Anak Juna, Gunung Lesong National Park, Air Terjun Balau dan Kubu Alice.

Kalau nak baca lebih terperinci mengenai tarikan pelancongan di Sri Aman nie, boleh lawat laman website rasmi Tourism Sarawak.

Untuk pergi ke Sri Aman dari Kuching anda boleh memandu sendiri atau yang paling jimat ialah dengan menaiki bas ekspres.

Anda boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Cara ini bukan sahaja mudah, malah dianggap berpatutan dan kurang memenatkan penumpang. Naik bas anda hanya perlu duduk dan santai sepanjang perjalanan, ada driver.

Penumpang boleh menikmati pemandangan yang indah ketika dalam perjalanan dalam bas. Perjalanan anda nanti tidaklah memenatkan atau membosankan sangat.

Senarai Bas Ekspress Ke Sri Aman

Sebenarnya ada banyak syarikat bas yang biasanya menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Kuching ke Sri Aman.

Antaranya yang agak popular dan sering menjadi pilihan ramai ialah;

  • Bintang Jaya Express Sdn Bhd
  • City Public Link
  • Lanang Express
  • Sungei Merah Express.

Kesemua syarikat bas ini terkenal untuk perkhidmatan bas ekspres yang berkualiti. Terpulanglah kepada anda untuk pilih bas mana satu yang sesuai dengan masa perjalanan dan badget anda.

Jadual Bas

Semua servis bas daripada syarikat bas disenaraikan di atas beroperasi pada setiap hari. Maksudnya setiap hari adalah bas. Tidak perlu risau.

Bas pertama dan terakhir bagi syarikat Sungei Merah Express beroperasi pada pukul 4.30 petang dan 10 malam.

Manakala, servis bas bagi syarikat City Public Link hanya beroperasi pada pukul 1 tengah hari.

Syarikat Lanang Expres turut menawarkan perkhidmatan bas pada pukul 10 pagi.

Bas pertama dan terkahir bagi syarikat Bintang Jaya Express Sdn Bhd pula mula bergerak dari terminal bas pada pukul 7 pagi dan 10 malam.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Sri Aman dari Kuching menggunakan bas ekspres ialah dalam anggaran 4 jam.

Tempoh masa perjalanan menjadi agak lama ketika musim trafik teruk. Anggaran jumlah jarak perjalanan antara Kuching dan Sri Aman ialah dalam 192 km.

Harga Tiket Bas

Berikut merupakan senarai harga tambang bas ditawarkan oleh keempat-empat syarikat bas ekspres.

Harga tiket bas boleh berubah ketika musim perayaan dan musim promosi. Oleh itu, anda disarankan untuk menyemak tambang bas dari masa ke masa di laman web penempahan tiket agar tidak melepaskan sebarang diskaun harga tiket.

  • City Public Link – RM 13
  • Lanang Express – RM 25
  • Sungei Merah Express – RM 25
  • Bintang Jaya Express Sdn Bhd – RM 18.75

Cara Book Tiket Bas Secara Online

Tiket bas boleh dibeli melalui dua kaedah, sama ade dengan membeli secara manual dari terminal bas Kuching ataupun dengan menempah atas talian.

Kaedah menempah tiket atas talian merupakan pilihan yang gemar digunakan oleh ramai penumpang. Kaedah ini dianggap amat efektif, mudah serta menjimatkan masa dan tenaga penumpang.

Tedapat beberapa laman web penempahan tiket yang boleh digunakan untuk menempah tiket. Yang sangat popular ialah Easybook.com dan BusOnlineTicket.com.

Penumpang bukan sahaja berpeluang untuk merancang perjalanan dengan memilih waktu perjalanan, tempat duduk dalam bas serta jenis operator bas mengikut kesesuaian masing- masing.

Setelah berjaya melakukan penempahan tiket, anda boleh melakukan pembayaran di atas talian.

Terdapat pelbagai banyak jenis opsyen ditawarkan untuk memudahkan penumpang. Antaranya ialah menggunakan kad debit, kad kredit, perbankan online (melalui FPX), Alipay, Google pay serta Paypal.

Penumpang akan menerima satu notifikasi melaui email yang didaftar sebagai tanda konformasi penempahan berjaya.

Anda boleh mencetak e-tiket yang turut diterima melalui emel dan tunjukkan pada operator bas pada hari perjalanan.

Semoga sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual bas ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.