Bas Penang Ke Cameron Highlands Jadual & Harga Tiket

Bas Penang ke Cameron Highlands di Pahang harga tiket dari RM 32.00 sehala. Siapa yang tidak kenal nama Cameron Highlands lokasi percutian hill resorts terkenal di Malaysia.

Tidaklah menghairankan jika ada begitu banyak bas menyediakan services ke tempat ini setiap hari.

Tempat ini terkenal dengan keindahan landskap ladang teh, strawberi dan jungle trekking berserta udara yang nyaman dan sejuk menjadikan ianya tumpuan untuk percutian ideal orang ramai.

Sebelum ini kami ada menulis sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas dari Kuala Lumpur (KL) ke Cameron Highlands untuk pengunjung yang menuju ke destinasi tersebut dari KL.

Penumpang dari Penang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Berberapa hari lepas ada kawan-kawan tanya mengenai perkhidmatan bas menghubungkan Penang dan Cameron Highlands.

Baik juga tulis sedikit informasi umum mengenainya di sini mudah-mudahan bermanfaat kepada kita.

Mahu dapatkan bas untuk ke destinasi hill resort tersebut tidaklah susah kerana banyak bas express yang menyediakan perkhidmatan untuk laluan tersebut.

Berapa jam dari Penang ke Cameron Highlands? Taklah lama sangat, bergantung kepada keadaan cuaca dan aliran trafik perjalanan dijangka mengambil masa 3 jam 30 minit sahaja.

Yang paling bagusnya sekarang anda boleh book tiket melalui banyak portal atau applikasi online seperti easybook.com, busonlineticket.com dan banyak lagi.

Tidak seperti kebiasaan sebelum ini, yang mana kita terpaksa cari kaunter tiket bas tanya tarik dan masa bertolak, semua dihujung jari sekarang ini.

Sistem ini sebenarnya boleh membantu merancang percutian anda nanti.

Senarai Bas Penang Ke Cameron Highlands

Seperti yang sudah disebut tadi ada banyak bas express yang menyediakan perkhidmatan dari Penang ke destinasi tersebut.

Setakat ini ada 6 syarikat bas yang beroperasi, mungkin ada yang lain. Kami akan kemaskini senarai ini dari masa ke semasa.

Di bawah ada senarai bas express yang buat servis laluan menghubungkan dua destinasi paling popular di Malaysia.

  • Billion Star (Penang)
  • C.S Travel & Tours (Amudi Express)
  • GJG Express Sdn Bhd
  • New Asian Travel Komtar
  • Perak Transit Express
  • Unititi Express

Tambang bas untuk ke destinasa tersebut adalah berbeza-beza tetapi tidaklah banyak perbezaan sangat.

Bergantung kepada jenis dan syarikat bas yang anda pilih, tambang bas adalah dari RM 32.00 hingga RM 48.00 sehala.

Antara kesemua syarikat bas tersebut, bas express Billion Stars membuat perjalanan paling kerap iaitu lebih kurang 16 trip setiap hari dari Isnin hingga Ahad.

Penumpang boleh menaiki bas sama ada di Terminal Bas Sungai Nibong atau Terminal Bas Butterworth.

Kesemua bas express tersebut akan menurunkan penumpang di Terminal Bas Tanah Rata di Cameron Highlands.

Walau bagaimanapun baik tanya / maklumkan kepada pemandu bas untuk kepastian.

Dari Terminal Bas tana Rata anda bolehlah ambil teksi atau Grab untuk ke hotel, hostel atau homestay pilihan anda. Biasanya ramai yang lebih prefer naik Grab.

Pada masa-masa tertentu terutama semasa musim cuti, jumlah bas terhad. Jika tidak mahu kehabisan tiket bas, lebih baik book tiket bas lebih awal.

Kami lebih selesa book tiket bas guna applikasi easybook.com kerana sudah lama gunakan perkhidmatan mereka.

Tidaklah bermakna applikasi yang lain seperti busonlineticket.com itu tidak bagus kerana mereka memberikan perkhidmatan yang sama sebenarnya.

Jadual Bas

Bas bertolak setiap hari ke destinasi tersebut. Untuk jadual waktu perjalanan bas, anda boleh contact dengan bas pilihan anda atau semak jadual perjalanan bas melalui applikasi online seperti yang disebut tadi.

Jadual bas dari Pulau Pinang ke Cameron Highlands

Hampir kesemua bas ke Cameron Highlands menyediakan services setiap hari, cuma masa bertolak itu terpulang kepada anda sama ada awal pagi atau sebelah petang.

Tarikan Pelancong

Rasanya topik ini tidak perlu ulasan lagi kerana sememangnya Cameron Highlands memiliki pelbagai tarikan untuk pelancong.

Begitu juga banyak website atau blog yang ada menulis mengenai tarikan pelancong dan pengalaman mereka bercuti di tempat tersebut sebagai panduan anda.

Jika anda ada masa dan perlukan maklumat lanjut atau lebih terperinci anda boleh layari laman website rasmi Majlis Perbandaran Cameron Highlands.

Di sana juga ada senarai dan maklumat terperinci yang boleh dijadikan panduan untuk anda.

Pastinya percutian anda nanti di sini adalah antara yang menarik dalam hidup anda.

Semoga sedkit informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas Penang ke Cameron Highlands ini bermanfaat.

Marilah kita bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.