Bas Plusliner Kuala Lumpur Ke Penang Jadual & Harga Tiket

Bas Plusliner dari Kuala Lumpur ke Penang Siapa sahaja yang tidak suka pergi bercuti? Dengan bercutilah kita dapat melepaskan semua tekanan dari penat bekerja dan daripada aktiviti harian kita. Kali ini kita nak share sedikit info mengenai jadual dan harga tiket bas kegemaran ramai ini Plusliner Express.

Mengapa perlu bercuti? Dengan bercuti juga kita dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Boleh buat aktiviti dan bergembira bersama.

Anda perlu tahu di samping bekerja kita juga patut memberi masa dan ruang untuk diri kita untuk merehatkan diri dengan pergi bercuti.

Anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk pergi bercuti? Jangan risau sebenarnya terdapat banyak tempat bercuti yang berdekatan anda malahan boleh sampai dengan menaiki bas sahaja.

Menarik bukan? Contohnya seperti Penang iaitu antara negeri yang sangat menarik untuk dijadikan lokasi percutian kerana kepelbagaian lokasinya yang unik dan menarik.

Tambahan pula anda boleh sampai ke Penang dengan menggunakan bas sahaja. Bukan sahaja mengambil masa yang singkat tapi juga menjimatkan wang ringgit anda dengan tambang bas yang sangat berpatutan.

Emm..ya sebelum ini kami pernah menulis sedikit info mengenai perkara yang hampir sama perkhidmatan bas express ke Penang, so ini lebih kepada kemaskini untuk artikel terdahulu.

Jadi sudahkah anda merancang percutian anda? Bagi memudahkan anda berikut kami kongsikan beberapa maklumat mengenai perkhidmatan pengangkutan bas dari Kuala Lumpur ke Penang untuk memudahkan anda merancang perjalanan anda.

Jadual Bas Plusliner Ke Penang Dari Kuala Lumpur

Pertama sekali untuk membolehkan anda merancang perjalanan dengan baik, anda perlulah mengetahui terlebih dahulu jadual bas iaitu masa bas tersebut akan bertolak dan tempoh perjalanan yang akan anda ambil.

Bagi memudahkan anda merancangkan perjalanan anda, berikut kami kongsikan kepada anda jadual bas Plusliner dari Kuala Lumpur ke Penang.

Masa perjalananan dari KL ke Penang guna bas tidaklah membosankan sangat kerana kebanyakan bas biasanya ada menyediakan perkhidmatan WiFi.

Anda boleh layan media sosial atau melayari internet sepanjang jalan. Pemandangan juga memang menarik.

Harga Tiket Bas

Tahukah anda pengangkutan bas Plusliner adalah antara pengangkutan yang terbaik dengan harga yang berpatutan untuk pelancongan anda.

Berikut adalah harga tiket bas ke Penang guna bas ekspress Plusliner.

Tiket bas paling murah : MYR 34

Harga ini biasanya kerap berubah-ubah. Sebelum beli tiket tu rajin-rajin check harga tambang terkini.

Ada banyak portal yang tawarkan kemudahan tersebut. Antaranya yang paling popular kat Malaysia sekarang ini ialah Easybook.com dan Busonlineticket.com.

Mereka ada menyediakan himpunan maklumat harga tambang bas semasa bukan untuk Pluslines Express sahaja tetapi hampir semua syarikat bas yang bagi service menghubungkan kedua-dua destinasi utama ini.

Kemungkinan akan berlaku perubahan masa dan tambang bas bergantung dengan keadaan semasa.

Tidak dapat dinafikan harga tiket yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan berbaloi untuk mendapatkan perjalanan yang selesa.

Sesuailah jika anda membawa keluarga anda untuk bersiar-siar ke Penang, anda bukan sahaja dapat meluangkan masa untuk bercuti malahan dapat juga menjimatkan wang anda dari aspek pengangkutan.

Kalau nak baca senarai tarikan pelancong di Penang boleh layari laman website rasmi myPenang.gov.my.

Beli Tiket Bas Plusliner Online

Untuk memudahkan urusan dan menjimatkan masa, anda boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web :

Link: www.plusliner.com.my

Plusliner Sungai Nibong Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda juga boleh menghubungi Plusliner service.

Contact Number for bas Plusliner Sdn Bhd

Address: Mezzanine Floor, Bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad, Jalan Sultan Hishamudin, 50050 Kuala Lumpur
Tel: +603-2272 5105
Fax: +603-2272 5107
Email: charter@parkmayberhad.com

Contact Number for bas Plusliner Nibong Tebal
Address: Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Dua Bukit , Penang, 11900 bayan lepas, Malaysia
Tel: +604- 659 2099

Semoga sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas Plusliner Express Kuala Lumpur ke Penang ini bermanfaat. Marilah bersama kita menyokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.