Bas Sibu Ke Miri Harga Tiket & Jadual Perjalanan Bas

Bas Sibu ke Miri. Sedang merancang untuk bercuti ke Miri? Salah satu cara yang paling efektif untuk pergi ke Miri dari Sibu ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Ramai orang lebih rela dan gemar menggunakan bas ekspres disebabkan harga tiket bas berpatutan dan perjalanan lebih selesa.

Lebih jimat terurama jika anda pergi bersama berberapa orang teman atau satu keluarga. Kalau lebih ramai, naik bas lebih baik.

Tiket bas boleh book secara online >> DI SINI

Senarai Bas Sibu Ke Miri

Ada berberapa bas ekspress yang buat perkhidmatan bas dari Sibu ke bandar Miri. Setakat ini sekurang-kurangnya ada 4 syarikat bas ekspress yang menyediakan perkhidmatan untuk laluan ini.

Maksudnya banyak pilihan untuk anda, harga tiket bas juga ada sedikit berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Antara syarikat yang menyediakan servis bas ekspres dari Sibu ke Miri

  • Freesia Express
  • EVA Express
  • Lanang Express
  • Sungei Merah Express.

Semua syarikat ini menyediakan perkhidmatan yang selesa dan oleh itu ia dapat mengurangkan sebarang ketidakselesaan ketika berada dalam perjalanan yang jauh seperti ini.

Jadual Perjalanan Bas

Perkhidmatan bas ekspres disediakan pada setiap hari bagi laluan perjalanan ini. Bas pertama dan terakhir disediakan oleh syarikat Freesia Express ialah pada pukul 7.45 pagi dan 9.45 pagi.

Selain itu, syarikat EVA Express pulak menawarkan bas pertama dan bas terakhir pada pukul 12.30 pagi dan 8.30 malam.

Manakala, bas pertama dan terakhir syarikat Lanang Express hanya beroperasi pada pukul 8 pagi dan 10.30 pagi.

Bas pertama dan terakhir syarikat Sungei Merah Express pula mula bergerak pada 5.30 pagi dan 11.30 malam.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Miri dari Sibu menaiki bas ekspress ialah dalam 7 jam 25 minit. Mungkin banyak berhenti di setiap pekan dan bandarlah nie.

Manakala, jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah dalam anggaran 400km.

Harga Tiket Bas

Harga tambang bas ditawarkan oleh semua syarikat disenaraikan di atas ialah dalam RM 54 per penumpang.

Mungkin ada persetujuan antara syarikat bas tersebut untuk mengenakan harga tiket bas yang sama untuk laluan tersebut.

Harga tiket ini boleh berubah ketika musim perayaan dan promosi. Pada kebiasaannya, harga tambang bas menjadi mahal sedikit berbanding harga biasa ketika musim perayaan dan menjadi murah ketika mempunyai sebarang promosi.

Untuk makluman penumpang, harga ini turut bergantung pada syarikat bas dipilih.

Ia lebih baik, jika penumpang sentiasa menyemak harga tiket dari masa ke masa dalam laman web penempahan tiket.

Cara Book Tiket Bas

Tiket bas boleh dibeli sama ada secara terus di terminal bas ataupun dengan menempah tiket terlebih dahulu menggunakan laman web penempahan tiket.

Kaedah penempahan tiket atas talian menjadi lebih popular disebabkan ia sangat mudah, jimatkan masa dan efektif.

Penumpang tidak perlu membazir masa beratur berpanjangan di terminal bas hanya untuk membeli tiket bas.

Selain itu, kaedah itu turut membantu penumpang merancang perjalanan dan mengelakkan masalah kehabisan tiket.

Penumpang boleh memilih masa perjalanan, jenis bas dan tempat duduk melalui penempahan atas talian.

Setelah berjaya melakukan penempahan, anda boleh melakukan pembayaran terus menggunakan platform online.

Antara pilihan pembayaran ditawarkan ialah Applepay, perbankan online (melalui FPX), gunakan kad kredit, kad debit serta Paypal.

Platform penempahan tiket amat selamat dan penumpang tidak perlu was was mengenai keselamatan siber sekuriti.

Antara laman tempahan tiket yang popular ialah Easybook.com dan BusOnlineTicket.com .

Terminal Bas Miri

Terminal bas ini terletak dalam 4 km jauh daripada tengah bandar Miri, Sarawak. Penduduk tempatan sering kali merujuk terminal bas ini sebagai “Bas Terminal Pujut”.

Penduduk tempatan biasanya menggunakan perkhidmatan bas yang beroperasi dari terminal ini untuk pergi ke bandar lain.

Namun, perkhidmatan disediakan dalam terminal ini agak terhad. Antaranya ialah tempat menunggu bas serta beberapa gerai makanan sekitar kawasan.

Berkunjung ke Miri jangan risau sebab banyak tarikan pelancong bakal menanti anda. Antaranya ialah Bario, Batu Lawi, Bungai Beach dan banyak lagi.

Anda boleh membaca sendiri secara terperinci setiap tarikan pelancong ini di laman website rasmi Sarawak Tourism Board.

Semoga sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Sibu ke Miri ini dapat mempermudahkan anda. Marilah bersama menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.