Bas Taiping Ke KL Harga Tiket & Jadual Bas Express

Bas Taiping ke KL atau Kuala Lumpur harga tiket bas dari RM 27.00 sehala. Jika anda bertolak dari Taiping ke Kuala Lumpur menggunakan bas express, informasi umum mengenai harga tiket dan jadual waktu perjalanan bas ini mungkin berguna untuk anda.

Siapa tidak kenal Taiping yang mempunyai banyak tarikan pelancongan. Sebut sahaja Taiping mesti teringat mengenai Night Safari.

Perjalanan ke KL menggunakan bas express tidaklah susah kerana banyak syarikat bas menyediakan perkhidmatan menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.

Penumpang boleh book tiket bas online >> DI SINI

Tahun ini mungkin industri pengangkutan terutama perkhidmatan bas express selalu berubah-ubah terutama jadual bas dan tambang bas kerana kawalan pergerakan.

Harap lepas ini keadaan kembali normal dan kita bolehlah ke sini ke sana tanpa banyak sekatan perjalanan lagi.

Untuk membantu anda, banyak applikasi online di mana anda boleh semak jadual waktu bas dan juga harga tambang.

Mungkin anda biasa dengan applikasi yang ditawarkan oleh easybook.com, busonlineticket.com dan redbus.my.

Kami lebih banyak menggunakan perkhidmatan applikasi easybook.com untuk beli tiket online kerana sudah lama dan biasa menggunakannya.

Senarai Bas Taiping Ke KL

Di bawah adalah antara bas express yang menyediakan perkhidmatan dari Taiping ke KL. Banyak lagi sebenarnya sebab kedua-dua destinasi ini adalah popular dan tumpuan pelancong.

Anda boleh gunakan applikasi online seperti yang disebut tadi untuk semakan bas-bas express yang beroperasi mengikut tarikh dan waktu perjalanan anda.

Lebih mudah dan senang kerana kini semuanya boleh dibuat secara online.

  • Starmart Express
  • Arwana
  • Konsortium Bas Ekspress
  • Seasons Express
  • Transnasional

Mungkin ada bas express lain yang belum tersenarai, kami akan kemaskini informasi ini dari masa ke semasa.

Jarak perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur ialah lebih kurang 264 KM dengan jumlah masa perjalanan yang diambil bergantung kepada situasi semasa lalulintas ialah lebih kurang 3 jam 30 minit.

Tidaklah lama sangat, lagipun kebanyakan bas express ada menyediakan perkhidmatan WiFi percuma dalam bas untuk kemudahan penumpang. Boleh layan FB, IG atau youtube.

Jadual perjalanan bas boleh disemak dan dirujuk dengan mudah melalui applikasi online syarikat-syarikat bas pilihan anda atau gunakan applikasi yang ada disebut di atas.

Pickup & Dropoff Point Di Taiping Dan KL

Jika anda dari Taiping anda boleh tunggu atau naik bas dari 2 tempat di bawah. Pilih mana-mana yang terdekat dan mudah untuk anda.

  • Medan Simpang
  • Kamunting Bus Terminal

Dropoff point di Kuala Lumpur pula anda boleh pilih antara 2 lokas tersebut. Terpulang kepada anda pilih yang mana satu.

  • Hentian Duta
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Dari Hentian Duta atau TBS anda mudah mendapatkan bas atau LRT ke mana-mana destinasi anda di sekitar KL selepas itu.

Ada yang kata boleh arrange dropoff di KL Sentral. Itu anda boleh tanya terus dengan kaunter tiket semasa membeli tiket / menaiki bas nanti.

Mungkin ada antara bas express di atas yang akan menurunkan penumpang di KL Sentral, kena tanya syarikat bas itu.

Tarikan Pelancong Di Taiping

Jika anda ke Taiping dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan, jangan risau kerana Taiping adalah daerah yang sangat kaya dengan tarikan pelancong.

Siapa tidak kenal dengan Taiping Zoo / Night Safari, Perak Museum, Matang Historical Complex, Education Jungle dan banyak lagi.

Senarai yang begitu lengkap dan menarik boleh anda baca di laman website rasmi Majlis Perbandaran Taiping sebagai rujukan dan panduan anda.

Mencari penginapan atau hotel tidaklah susah. Guna sahaja perkhidmatan di portal Agoda atau Traveloka, berlambak senarai accomodation dekat sana.

Semoga informasi ringkas dan umum mengenai jadual dan harga tiket bas Taiping ke KL ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita.