Biasiswa IUKL Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Biasiswa IUKL (IUKL Scholarship) untuk pelajar Malaysia. Tahukah anda, Universiti Infrastrucktur Kuala Lumpur atau dikenali sebagai IUKL menawarkan biasiswa kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian dalam ijazah sarjana muda di IUKL.

Biasanya setiap  tahun pun mereka ada tawarkan. Nak pasti, kenalah berhubung dengan mereka.

Mungkin info ini bermanfaat kepada anda. Jika berminat memohon berhubung terus dengan pihak IUKL.

Syarat Kelayakan

Nak memohon biasiswa nie kenalah memenuhi syarat betul tak. Sebelum memohon semak dahulu syarat-syaratnya.

Biasiswa IUKL adalah terbuka kepada para pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam SPM, STPM, O-Level, A-Level, UEC, Asasi serta diploma.

Biasiswa ini hanya diperuntukkan kepada pelajar Malaysia sahaja.

Berikut merupakan syarat untuk memperoleh biasiswa penuh:

  • SPM/ 0- Level: 8As dan ke atas
  • STPM: CGPA> 3.500
  • A- Level: 3As
  • United Examination Certificate (UEC): 5As
  • SAM/ HSC/ AUSMAT: TER/ UAI 85
  • CPU: 85% (6 subjek terbaik)
  • Asasi/ Diploma : CGPA 3.750 dan ke atas

IUKL turut menawarkan biasiswa separuh kepada pelajarnya.

Berikut merupakan syarat melayakkan diri memperoleh biasiswa separuh (50%).

  • SPM/ 0- Level: 5As dan ke atas
  • STPM: CGPA> 3.000
  • A- Level: 2As
  • United Examination Certificate (UEC): 3As
  • SAM/ HSC/ AUSMAT: TER/ UAI 75
  • CPU: 75% (6 subjek terbaik)
  • Asasi/ Diploma : CGPA 3.500 hingga 3.749

Biasiswa ini hanya ditawarkan kepada pelajar pada semester sahaja.

Bagi semester kedua dan seterusnya, kelayakan adalah berdasarkan Skim Pengecualian Yuran Pengajian.

Pelajar boleh memperoleh pengecualian yuran 50% dengan syarat berjaya mengekalkan CGPA sebanyak 3.75 dan ke atas pada setiap semester pengajian.

Dan syarat ini hanya terhad kepada pelajar melanjutkan pengajian dalam ijazah sarjana muda sahaja.

Sebenarnya tujuan utama skim ini adalah untuk menggalakan lebih ramai pelajar belajar bersungguh- sungguh mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang.

Bidang Pengajian

Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar melanjutkan pengajian di IUKL di mana-mana bidang jurusan.

Yang pentingnya anda ialah pelajar IUKL dan bersungguh-sungguh mengekalkan prestasi yang baik sepanjang pengajian anda.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, terdapat dua cara untuk melakukan permohonan biasiswa sama ada secara manual atau atas talian.

Biasiswa ini boleh dimohon secara terus di IUKL ketika mendaftar untuk pengajian ijazah sarjana muda.

Pastikan pelajar membawa IC, Sijil Keputusan akademik dan sijil berhenti sekolah untuk proses pendaftaran.

Selain itu, para pelajar turut boleh memohon di laman web rasmi IUKL.

Peluang Biasiswa Yang Lain

Selain itu, IUKL turut menawarkan biasiswa lain seperti Biasiswa Dana Pendidikan Media (Media Education Fund Scholarship) dan IUKL Biasiswa Kecemerlangan Sukan untuk pelajar Malaysia.

IUKL telah bekerjasama dengan dua dana pendidikan yang besar iaitu The Star Education Fund serta Sin Chew Education Fund untuk menawarkan peluang kepada para pelajar yang layak menyambung pendidikan peringkat tinggi.

Biasiswa ini ditawarkan untuk para pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma dan sarjana muda dalam mana- mana bidang sahaja di IUKL.

Biasiswa ini merupakan jenis tidak terikat.

Manakala, biasiswa Kecemerlangan Sukan pula ditawarkan kepada para pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang mewakili sukan di peringkat negeri atau kebangsaan untuk 3 tahun beruturt- turut sebelum menyambung pengajian di IUKL.

Para pelajar boleh memperoleh sama ada 100% atau 50% biasiswa bergantung pada kelayakan.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan Infrastructure University Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan mengenai biasiswa boleh dikemukakan di sini.

Nombor telefon: 1800-88-78839/ +603 8926 6993
Alamat emel: inquiry@iukl.edu.my
Laman web: www.iukl.edu.my
Alamat: INFRASTRUCTURE UNIVERSITY KUALA LUMPUR
Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Semoga sedikit informasi umum mengenai biasiswa IUKL (IUKL Scholarship) ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. All the best!