Syarat Kelayakan Biasiswa The STAR Education Fund 2024

Biasiswa The Star Education Fund Scholarship requirement (syarat kelayakan) ini penting untuk pelajar yang berminat untuk memohon.

Sebelum ini kami ada membuat sedikit perkongsian informasi mengenai berberapa biasiswa terkini seperti biasiswa TNB, Maxis, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Karangkraft.

Anda juga boleh check senarai biasiswa terkini di Malaysia untuk pelajar Malaysia lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Asasi.

Ada masa anda digalakkan untuk membacanya, siapa tahu ada antara biasiswa tersebut yang sesuai dengan keperluan anda.

ISI KANDUNGAN
1. Apakah itu biasiswa The Star?
2. Mengenai The Star
3. Siapakah yang layak memohon?
4. Cara memohon
5. Semakan permohonan
6. Senarai dokumen yang diperlukan
7. Senarai universiti yang ditaja oleh biasiswa The Star
8. Maklumat lanjut

Apakah Itu Biasiswa The Star Education Fund?

Biasiswa The Star Education Fund adalah bantuan pendidikan bagi membantu meringankan beban pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Biasiswa ini ditawarkan di bawah Kerjasama antara Star Media Group dan beberapapa institusi pendidikan terbaik di Malaysia.

Kerjasama ini adalah dengan matlamat anugerah biasiswa yang diberikan dapat membuka peluang pendidikan yang lebih tinggi kepada generasi muda di Malaysia.

Peluang yang terbuka ini adalah khas kepada pelajar SPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke tahap diploma, pra-universiti dan asasi.

Biasiswa ini juga terbuka kepada pelajar STPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.

Anugerah biasiswa ini akan menampung kos pengajian bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti dan dalam bidang yang disenaraikan oleh The Star.

Mengenai The Star

The Star adalah antara syarikat akhbar harian yang sangat terkenal di Malaysia.

Hampir 290,000 sehingga 300,000 pembaca kepada akhbar harian yang dikeluarkan oleh The Star.

Bahasa akhbar harian yang digunakan juga adalah dalam Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris adalah Bahasa kedua di Malaysia selepas Bahasa Melayu, dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum pastinya akhbar harian yang menggunakan Bahasa Inggeris telah membantu lebih ramai pembaca untuk memahaminya.

Tahukah anda, The Star telah diasaskan sejak 9 September 1971 dan telah menunjukkan kejayaan sehingga kini.

Dengan kejayaan telah dicapai The Star telah menawarkan satu anugerah biasiswa kepada pelajar di Malaysia bagi membuka peluang pendidikan yang lebih tinggi kepada pelajar di Malaysia.

Syarat Kelayakan Memohon / The Star Scholarship Requirements

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan bagi melayakkan anda untuk memohon.

  • Malaysian citizens not more than 25 years of age (except Master’s courses).
  • Excel in extra-curricular activities or active in sports.
  • Not bonded to or in receipt of any financial aid or awards from other educational institutions or organisations.
  • Possess reasonably good results in SPM / UEC or equivalent (for Foundation / Diploma courses).
  • Possess reasonably good results in STPM / UEC or equivalent (for Degree courses).
  • Possess reasonably good results in bachelor’s degree (for Master’s courses).

Jika anda menepati kriteria di atas jangan lepaskan peluang anda, mohon segera mungkin anda adalah bakal penerima anugerah biasiswa The Star yang seterusnya.

Cara Memohon

Berikut adalah langkah mudah yang anda boleh ikuti untuk memohon.

  1. Pastikan anda memahami segala maklumat berkaitan Biasiswa yang anda mohon terlebih dahulu.
  2. Semak kelayakan anda sebelum memohon.
  3. Hantar permohonan secara online di link yang disediakan : https://form.jotform.com/220398924871466
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Hantarkan borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan pada alamat berikut :
    The Star Education Fund
    Star Media Group Berhad
    Menara Star
    15 Jalan 16/11 Section 16
    46350 Petaling Jaya Selangor

Nota penting :

  • Hanya permohonan yang lulus sahaja akan dimaklumkan.
  • Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
  • Borang permohonan dengan maklumat yang salah akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
  • Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
  • Pastikan anda mengisi dan menyemak semula borang dan dokumen sebelum menghantar permohonan anda.

Semakan Permohonan

Untuk pengetahuan anda hanya permohonan yang lulus sahaja akan dihubungi.

Anda juga boleh menghubungi:
The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor
Talian: 0379671388
Email: edufund@thestar.com.my

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu anda sediakan dalam bentuk softcopy sebelum anda mengisi maklumat di borang permohonan.

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang pada kertas bersaiz A4.
    *Nama kan file anda sebagai {nama seperti di kad pengenalan}_photo.pdf
  • Salinan surat lahir.
    *Nama kan file anda sebagai {nama seperti di kad pengenalan}photo.pdf
  • Salinan keputusan SPM.
    *Nama kan file anda sebagai {Nama seperti pada kad pengenalan}_SPM_Result.pdf
  • Salinan keputusan STPM.
    *Nama kan file anda sebagai {Nama seperti pada kad pengenalan}_STPM_Result.pdf
  • Salinan sijil 6 pencapaian terbaik kokurikulum/sijil penyertaan.
    *Nama kan file anda sebagai {Nama seperti pada kad pengenalan}_{Nama ekstra kokurikulum}.pdf
  • Salinan penyata pendapatan 3 bulan ibu bapa/penjaga/Slip gaji.
    Namakan file anda sebagai {Nama seperti pada kad pengenalan}_{Parents}_{jenis dokumen : Slip gaji/pendapatan cukai.}.pdf
  • Salinan terbaru bil elektrik dan bil air.
    Nama kan file anda sebagai {Nama seperti pada kad pengenalan}_{jenis dokumen :Elektrik/air}.pdf
  • Akhir sekali, sertakan penjelasan sebab anda memohon biasiswa ini tidak lebih daripada 500 patah perkataan.

Senarai Universiti Yang Ditaja Biasiswa The Star

Biasiswa ini hanya meliputi institusi-institusi yang disenaraikan seperti berikut sahaja:

  • Brickfields Asia College
  • HELP University
  • Heriot-Watt University Malaysia
  • IACT College
  • Infrastrukcture University Kuala Lumpur
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Malaysian Institute of Art
  • Management & Science University
  • Methodist College Kuala Lumpur
  • Monash University Malaysia
  • Multimedia University (MMU)
  • QUEST International University Perak
  • RCSI & UCD Malaysia Campus
  • Saito University College
  • SEGi University
  • Sentral College Penang
  • Sunway College
  • Sunway College Ipoh
  • Sunway College Johor Bahru
  • Sunway University
  • Taylor’s University
  • UCSI College
  • UCSI University
  • University of Nottingham Malaysia
  • University Tunku Abdul Rahman
  • UOW Malaysia KDU University College
  • UOW Malaysia KDU Penang University College

Kalau nama IPT anda tersenarai cuba berhubung dengan pihak HEP untuk bantuan informasi cara untuk memohon tajaan tersebut.

Senarai IPT ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan penaja. Sentiasalah berhubung dengan pihak penaja sebelum memohon untuk maklumat terkini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan anda boleh melayari portal Biasiswa The Star pada pautan berikut :

https://www.thestar.com.my/edufund
Atau hubungi,
Talian : 03-7967 1388 ext. 1642 / 1643
email : edufund@thestar.com.my