Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa TNB Prime Scholarship 2024

Biasiswa TNB untuk pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Asasi di mana-mana IPTA atau di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Tahun ini ada dua (2) jenis biasiswa yang ditawarkan.

  • TNB Prime Scholarship
  • TNB Shine Scholarship

Pelajar yang memohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu syarat kelayakan umum dan akademik.

Syarat Kelayakan Umum

Bagi melayakkan diri untuk memohon biasiswa ini anda perlulah terlebih dahulu memastikan anda menepati syarat kelayakan umum bagi biasiswa tersebut.

Berikut merupakan syarat kelayakan umum yang diperlukan:

  • Pemohon berumur tidak melebihi 19 tahun bagi pelajar SPM dan tidak melebihi 21 tahun bagi pelajar STPM pada Tarikh permohonan.
  • Aktif dalam bidang kokurikulum.
  • Mempunyai gaya kepimpinan dan keperibadian yang tinggi.
  • Tidak mempunyai adik-beradik atau ahli keluarga yang sedang menerima biasiswa dari pihak Tenaga Nasional Berhad.
  • Pemohon telah menerima tawaran ke mana-mana universiti awam.

Kelayakan Akademik

Bagi kelayakan akademik pemohon perlulah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50 bagi pelajar STPM

Atau,

Bagi pelajar Diploma/Matrikulasi/asasi perlulah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50.

Dan lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris,Matematik dan A- bagi 4 subjek berikut mengikut bidang:

Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia

Bukan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu

Dan mana-mana 3 subjek elektif berikut:

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains
  • Teknologi Maklumat
  • Prinsip Akaun
  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Bahasa Arab Tinggi
  • Bahasa Arab (Komunikasi)
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bagi bidang Sains Komputer anda hanya perlu minimum LULUS Matematik Tambahan.

Siapa Yang Tidak Layak Memohon?

Berikut adalah kriteria bagi pelajar yang tidak layak untuk memohon:

  • Pelajar yang mempunyai adik-beradik yang sedang menerima biasiswa yang sama.
  • Pelajar yang tidak menepati syarat kelayakan umum dan syarat kelayakan khas.
  • Pelajar yang belum menerima tawaran ke semester satu di universiti awam Malaysia.

Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kriteria di atas untuk memastikan permohonan anda diterima.

Selain peluang biasiswa dari TNB ini, sebenarnya ada begitu banyak tawaran biasiswa di luar sana yang boleh anda cuba mohon. Antaranya ialah biasiswa Maxis, CIMB, Telekom Malaysia dan Permodalan Nasional Berhad.

Mengenai Biasiswa TNB

TNB atau bukan dengan singkatan iaitu Tenaga Nasional Berhad adalah sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik yang maju di Malaysia.

Tahukah anda, TNB mempunyai aset berjumlah sehingga RM99.03 Bilion. Dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah menjana,menghantar serta membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja, TNB juga menyediakan pendidikan tertinggi dengan universitinya iaitu Universiti Tenaga Nasional UNITEN.

UNITEN adalah universiti milik TNB dengan kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST). Kerjasama ini adalah melalui Institusi pendidikan Kekompetenan Penjaga elektrik di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah.

Jadi kalau dapat tawaran biasiswa ini, mesti belajar di universiti TNB, UNITEN? Sudah tentu tidak, jangan risau pilihan adalah di tangan anda.

TNB menawarkan tajaan biasiswa ke pelbagai jenis universiti termasuk lah universiti awam di Malaysia.

Bidang Pengajian

Antara bidang pengajian yang ditawarkan untuk mendapat tajaan biasiswa daripada TNB adalah seperti berikut :

  • Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Tenaga Elektrik
  • Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Data sains dan analisis
  • Sains Komputer
  • Pengajian Perniagaan

TNB menawarkan biasiswa kepada mana-mana universiti awam Malaysia dan UNITEN dalam bidang yang tersenarai di atas.

Cara Memohon

Berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan untuk memohon:

  1. Baca dan fahami maklumat berkenaan biasiswa yang ingin dimohon.
  2. Layari pautan : https://ytn.tnb.com.my/
  3. Daftar dan aktifkan akaun anda.
  4. Log masuk ke dalam sistem dan ikut arahan yang disediakan.
  5. Pastikan anda kemaskini maklumat yang diperlukan.
  6. Anda boleh terus memohon biasiswa tersebut.

Anda boleh menghantar dokumen sokongan anda kepada alamat berikut:

Pengarah,Yayasan Tenaga Nasional,
Peti surat 70, Pejabat Pos Bandar Baru Bangi,
433560 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan.

Nota penting : Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Jadi pastikan anda mengisi permohonan anda dengan teliti dan tepat sebelum menghantar permohonan.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan anda boleh terus melayari laman web TNB pada pautan berikut :
https://ytn.tnb.com.my/
Atau hubungi,
Talian : 03-89247500

Informasi Berkaitan

Apakah itu biasiswa TNB?

Biasiswa ini adalah bantuan pendidikan yang diberikan oleh syarikat TNB iaitu syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia.

Siapakah yang layak memohon?

Semua individu yang merupakan pelajar dan memenuhi kelayakan adalah layak untuk memohon.

Bolehkah saya memohon biasiswa jika saya mempunyai ahli keluarga yang sedang menerima biasiswa ini?

Tidak, anda tidak layak untuk memohon kerana tidak menepati syarat kelayakan umum biasiswa iaitu pemohon tidak boleh mempunyai adik-beradik yang menerima biasiswa dari pihak TNB.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada permohonan saya telah diterima atau pun tidak?

Anda boleh menyemak keputusan sama ada anda layak untuk dipanggil temuduga biasiswa pada pautan berikut : https://ytn.tnb.com.my/