Tawaran Biasiswa PNB 2024 Untuk Pelajar Lepasan SPM

Tawaran Biasiswa PNB untuk pelajar lepasan SPM kini dibuka. Pelajar yang baru mendapat SPM result mereka bolehlah semak syarat kelayakan dan cara memohon biasiswa ini.

Sebelum ini kami ada menulis sedikit maklumat mengenai peluang biasiswa yang ditawarkan oleh pihak Karangkraf, CIMB bank dan Sarawak Energy

Semak syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini di bawah. 

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah kriteria bagi individu yang layak untuk memohon :

  • Pemohon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya 8A dalam keputusan SPM (A+ cemerlang tertinggi) dan (A cemerlang tinggi), (A- tidak dikira sebagai A yang dikehendaki bagi permohonan ini).
  • Pemohon hendaklah memperoleh 2A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 119 (GCE_O) dalam SPM.
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun.
  • Pemohon hendaklah seorang yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
  • Pemohon hendaklah seorang yang mahir dalam berkomunikasi.
  • Pemohon mestilah tidak mempunyai keluarga terdekat yang menerima atau pernah menerima anugerah biasiswa dari pihak penaja.

Syarat Tawaran

Apabila anda telah Berjaya dan ditawarkan sebagai penerima anugerah biasiswa ini, anda dikehendaki untuk mengikuti semua syarat tawaran biasiswa tersebut.

  • Jika anda berjaya ditawarkan sebagai penerima anugerah biasiswa anda hendaklah mengikuti pengajian persediaan di kolej persediaan yang ditetapkan oleh PNB dalam negara iaitu di Malaysia sebelum melanjutkan pengajian pada tahap Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara yang telah ditetapkan. (tertakhluk kepada kelulusan PNB)
  • Penerima yang Berjaya dikehendaki untuk menulis di Bahagian IV dengan penuh ketelitian dengan tiga pilihan program pengajian sahaja. (tidak termasuk perubatan,farmasi,pergigian serta program yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perniagaan teras PNB.
  • Apabila penerima biasiswa telah lulus pengajian peringkat persediaan dan syarat-syarat yang lain yang telah ditetapkan oleh PNB, penerima biasiswa perlu mendapat tempat di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh PNB bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Cara Membuat Permohonan

Bagi pelajar SPM yang berminat untuk memohon anugerah biasiswa ini bolehlah mengikuti langkah-langkah membuat permohonan berikut:

 

  1. Pastikan anda telah menerima keputusan SPM terlebih dahulu.
  2. Pastikan anda memenuhi setiap kriteria kelayakan untuk memohon.
  3. Hantar permohonan biasiswa secara online pada pautan : https://scholarship.pnb.com.my/scholarship/
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan.
  5. Ikut sahaja arahan dalam borang permohonan online sehingga selesai

Sila memohon sebelum tarikh tutup iaitu 7 Jun 2024.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu anda sertakan apabila menghantar borang permohonan anda :

  • Gambar berukuran passport.
  • 1 salinan kad pengenalan pemohon.
  • 1 salinan Slip keputusan SPM 2024.
  • 1 Salinan slip gaji ibu dan bapa atau penjaga (bulan terkini).
    Atau;
  • 1 salinan penyata pendapatan untuk LHDN yang terkini ( pengajian atau perniagaan) ibu dan bapa ataupun penjaga kepada pemohon.
  • 1 salinan kad pesara serta slip penyata bayaran pencen bulanan (terkini).
  • 1 salinan sijil penilaian Kokurikulum
  • Sijil penilaian kokurikulum hendaklah menunjukkan markah purata terkumpul iaitu PNGK.
  • Folio peribadi tidak perlu di sertakan.
  • Salinan sijil kokurikulum yang lain tidak perlu disertakan.
  • 1 salinan sijil berhenti sekolah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat dan keterangan lanjut anda boleh melayari portal rasmi PNB pada pautan : https://www.pnb.com.my/05_5Scholarship_EN.php
atau;
hubungi :
Talian : 603 – 2050 5500
Emel : info@pnb.com.my

Informasi Berkaitan

Bolehkah saya menggunakan biasiswa ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan saya sendiri?

Mengikut syarat tawaran biasiswa ini apabila anda telah berjaya ditawarkan sebagai penerima biasiswa anda dikehendaki untuk:

Mengikuti pengajian persediaan di kolej persediaan yang ditetapkan oleh PNB dalam negara iaitu di Malaysia sebelum melanjutkan pengajian pada tahap Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara yang telah ditetapkan. (tertakhluk kepada kelulusan PNB).

Saya merupakan pelajar lepasan SPM pada tahun 3 tahun lepas, bolehkah saya membuat permohonan?

Maaf, jika anda pelajar lepasan anda tidak menetapi syarat kelayakan biasiswa tersebut.

Salah satu syarat kelayakan PNB adalah pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari.

Bagaimanakah cara untuk menghantar permohonan secara online?

Anda boleh muat turun borang permohonan pada pautan : https://www.pnb.com.my/05_5Scholarship.php

Dan hantar borang permohonan tersebut berserta dengan dokumen yang lengkap pada emel : edd@pnb.com.my

Anda boleh menyemak senarai dokumen yang diperlukan pada senarai dokumen biasiswa PNB.