Biasiswa Maxis: Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Biasiswa Maxis syarat kelayakan dan cara memohon untuk pelajar yang layak dan berminat. Adakah anda seorang pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta? Atau bakal menuntut di institusi pengajian tinggi.

Berita baik untuk anda kini anda tidak perlu runsing lagi memikirkan bagaimana untuk menampung kos pengajian anda.

Sebelum ini kami ada menulis informasi mengenai peluang biasiswa yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, Karangkraf dan CIMB Bank.

Anda digalakkan membacanya, mana tahu ianya sesuai untuk anda.

Tahukah anda kini Maxis Kembali lagi dengan program biasiswa yang banyak membantu para pelajar dari pelbagai universiti.

Tidak kisahlah sama ada pelajar yang menuntut di universiti dalam negara ataupun luar negara dan pelajar yang menuntut di universiti secara separuh masa ataupun sepenuh masa.

Jika anda merupakan pelajar yang menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi atau telah menerima tawaran anda boleh mencuba nasib untuk merebut peluang bagi menjadi salah satu penerima biasiswa ini.

Siapa tahu anda mungkin adalah bakal penerima biasiswa tersebut yang seterusnya.

Bagi memudahkan anda, berikut kami kongsikan maklumat berkaitan tajaan pendidikan ini yang anda perlu tahu.

Apa Itu Maxis?

Tahukah anda Maxis adalah merupakan antara syarikat pengendali perkhidmatan telefon bimbit yang maju dan terkemuka di Malaysia. Siapa sahaja yang tidak mengenali Maxis?

Pastinya setiap individu yang terdedah kepada teknologi pernah mendengar tentang Maxis.

Tahukah anda Maxis telah merekodkan sehingga 8 Juta pelanggan pada tahun 2006. Apa yang lebih menarik adalah Maxis telahpun mengukuhkan namanya di pasaran dan dikenali ramai sehingga kini.

Maxis juga merupakan syarikat jenis swasta yang diasaskan oleh seorang pengasas yang bernama Ananda Krishnan. Syarikat Maxis juga telah diasaskan pada tahun 1993 dan telah pun disenarai pada umum pada tahun 2002.

Lebih mengagumkan lagi apabila Maxis telah pun memperoleh pendapatan sebanyak RM 6.37 bilion pada seawal tahun 2005. Disenarai pada umum pada tahun 2002 dan berjaya memperoleh pendapatan sehingga RM 6.37 bilion hanya dengan 3 tahun sahaja. Mengagumkan bukan.

Kini Maxis telah mengadakan satu program biasiswa bagi menawarkan bantuan pengajian kepada pelajar yang berkelayakan. Jika anda berminat pastikan anda membaca artikel ini sehingga akhir.

Objektif Biasiswa Maxis

Biasiswa tersebut ini telah ditubuhkan bagi membantu para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini juga bertujuan untuk membantu mereka yang cemerlang dalam pelajaran tapi kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian.

Seperti yang kita sedia maklum, bagi menyambung pelajaran sudah tentu ia memerlukan kos yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, kos yang diperlukan bukanlah kecil.

Oleh itu, biasiswa ini telah ditubuhkan bagi meringankan beban mereka yang berpotensi untuk maju ke hadapan tapi tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Tahap & Bidang Pengajian

Tahukah anda biasiswa dari pihak Maxis ini adalah antara biasiswa yang membuka peluang secara besar-besaran kepada pemohonnya untuk membuat pilihan secara bebas.

Anda boleh membuat permohonan walaupun anda sedang menuntut dalam apa-apa jenis bidang pengajian pilihan anda.

Seterusnya bagi tahap pengajian pula, Biasiswa ini telah menawarkan biasiswanya kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, PhD atau postdoctoral dan pada peringkat diploma.

Siapakah Yang Boleh Memohon?

Permohonan bagi tajaan pelajaran ini dibuka kepada siapa-siapa sahaja yang merupakan pelajar yang menuntut di universiti di Malaysia mahupun luar negara.

Permohonan juga terbuka kepada mereka yang menuntut di universiti secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Pemohon daripada universiti swasta juga di alu-alukan untuk memohon.

Jika anda bukan pelajar universiti anda hendaklah sekurang-kurangnya telah mendapat tawaran daripada mana-mana universiti untuk membuat permohonan dan bagi meningkatkan kemungkinan permohonan anda diluluskan oleh Maxis.

Jangan risau asalkan anda merupakan seorang pelajar, tidak kisahlah dari universiti mana dan bagaimana. Anda tetap boleh mencuba untuk menghantar permohonan anda.

Mungkin ini adalah peluang anda dalam menjejakkan Langkah ke masa hadapan yang lebih cerah.

Syarat & Kriteria Permohonan

Berikut merupakan kriteria yang anda perlu tepati bagi melayakkan anda memohon biasiswa tersebut:

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon tidak boleh terikat kepada mana-mana bentuk bantuan atau agensi dan organisasi yang lain.
  • Pemohon telah menerima tawaran daripada mana-mana universiti yang dikhtiraf.
  • Pemohon hendaklah mempunyai tahap kepimpinan yang baik.
  • Pemohon hendaklah mempunyai rekod pencapaian kokurikulum yang baik.
  • Pemohon hendaklah mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik.

Jika anda menepati kriteria di atas anda digalakkan untuk menghantar permohonan anda dengan segera. Jangan lepaskan peluang anda.

Panduan Serta Tatacara Memohon

Untuk memohon biasiswa ini anda hanya perlu mengikuti panduan dan tatacara yang ringkas dan mudah seperti berikut :

  1. Pastikan anda telah memahami segala maklumat berkaitan biasiswa tersebut.
  2. Pastikan anda menepati setiap kriteria dan syarat yang melayakkan anda untuk memohon.
  3. Seterusnya, anda hanya perlu melayari portal rasmi Maxis pada pautan berikut : (https://maxis.hirevue.com/signup/FqMkLRSMGVHy7QfAce3WxQ/)
  4. “Log masuk” dengan mengisi semua butiran-butiran yang diminta.
  5. Ikut setiap arahan yang diberikan.
  6. Permohonan anda akan diproses.

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi biasiswa ini dibuka pada setiap tahun dan anda perlulah menghantar permohonan anda sebelum bulan Oktober.

Anda boleh melayari portal rasmi Maxis pada pautan :
https://maxis.hirevue.com/signup/FqMkLRSMGVHy7QfAce3WxQ/

Mengapa Biasiswa Ini Baik Untuk Anda

Tahukah anda terdapat pelbagai sebab yang kukuh mengapa anda perlu menjadikan Maxis sebagai pilihan biasiswa anda dan antaranya ialah:

  • Biasiswa tersebut sangat mudah untuk dipohon.
  • Syarat kelayakan yang tidak begitu ketat.
  • Permohonan yang berjaya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang yang diingini.
  • Permohonan yang berjaya berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
  • Peluang kerjaya yang bernilai kepada penerima biasiswa.

Kelebihan Biasiswa Ini

Jika anda telah berjaya ditawarkan untuk menjadi penerima kepada biasiswa ini, Pelbagai kelebihan dan manfaat yang bakal anda perolehi dan antaranya ialah:

  • Dapat meringankan beban penerima dalam membiayai kos pengajian yang tinggi.
  • Penerima dapat melanjutkan pelajaran tanpa perlu berfikir dan risau mengenai kos pengajian.
  • Biasiswa ini dapat membantu penerima untuk mengakses kepada peluang pekerjaan yang bernilai.
  • Biasiswa ini sangat mudah untuk dipohon.
  • Syarat kelayakan yang tidak begitu ketat.
  • Permohonan yang berjaya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang yang diingini.
  • Permohonan yang berjaya berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
  • Peluang kerjaya yang bernilai kepada penerima biasiswa.

Sebelum ini pasti terdapat individu yang telah membuat permohonan tapi tidak berjaya ditawarkan sebagai penerima biasiswa. Terdapat juga pemohon yang ingin mengetahui apakah sebab-sebab yang menyebabkan kemungkinan permohonan mereka ditolak oleh Maxis.

Jadi, apakah punca permohonan yang sudah dihantar tapi ditolak?

Berikut merupakan sebab-sebab permohonan biasiswa tidak diluluskan yang anda perlu tahu.

  • Pemohon tidak memahami sepenuhnya maklumat berkaitan dengan biasiswa yang dipohon sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon tidak membaca garis panduan permohonan dengan lebih terperinci.
  • Pemohon tidak menepati kriteria dan syarat kelayakan untuk memohon biasiswa.
  • Pemohon tidak mengisi permohonan dengan lengkap.
  • Pemohon mengisi maklumat yang salah.
  • Pemohon belum menerima apa-apa tawaran ke mana-mana universiti.

Apabila membuat permohonan dan bagi memastikan permohonan anda diterima anda perlu lah berhati-hati dalam mengisi maklumat permohonan dan pastikan anda memahami maklumat berkaitan biasiswa yang anda bakal mohon.

Apa yang paling penting adalah anda mengelakkan setiap sebab-sebab yang berkemungkinan menyebabkan permohonan anda di tolak seperti yang telah disenaraikan di atas.

Penerima Biasiswa Maxis Yang Telah Berjaya

Biasiswa ini telah ditubuhkan sejak beberapa tahun yang lalu lagi dan ramai pelajar yang telah memperoleh faedah daripada biasiswa tersebut.

Tahukah anda pada tahun 2013 sahaja seramai 226 penerima biasiswa telah terpilih sebagai penerima biasiswa.

Dikatakan anggaran jumlah yang telah dikeluarkan oleh Maxis bagi menampung kos pengajian penerima biasiswa adalah sehingga 41 Juta.

Berikut kami kongsikan kepada anda sedikit pengalaman dan kata-kata daripada penerima biasiswa dari Maxis yang telah berjaya sebelum ini.

1.Nur Farhanah Mohamad Noor

Tahukah anda Nur Farhanah Mohamad Noor adalah merupakan seorang pelajar universiti yang bercita-cita untuk menjadi seorang ahli kimia semasa menerima biasiswa tersebut.

Nur Farhanah Mohamad Noor sangat gembira apabila pengajiannya ditaja oleh pihak Maxis, ringanlah sedikit beban yang bakal ditampungnya. Berikut merupakan kata-kata daripada Nur Farhanah Mohamad Noor.

“Ahli panel temubual telah membuatkan saya berfikir tentang bagaimana untuk saya pastikan saya dapat membangunkan diri sendiri melalui pelbagai cara yang lain,iaitu di luar pengajian saya – contohnya, melalui kelab dan persatuan sahaja tidak cukup untuk mendapat markah yang terbaik, saya perlu menjadi individu yang seimbang dan lengkap. Ini adalah nasihat yang sangat baik yang saya terima daripada profesional berpengalaman.”

2.Ton Yin Li

Ton Yin Li juga merupakan pelajar yang pernah menerima biasiswa daripada Maxis. Beliau merupakan seorang pelajar dalam bidang ekonomi yang menuntut di university Of Warwick semasa menerima biasiswa tersebut.

Ton Yin Li rasa sangat bersyukur apabila terpilih sebagai salah seorang penerima biasiswa pada ketika itu kerana dapat menampung kos pengajiannya yang tinggi.

Berikut merupakan kata-kata daripada Ton Yin Li :

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Maxis kerana telah menjadikan saya penerima biasiswa sehingga saya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara. Saya sangat berterima kasih kepada Maxis yang menawarkan biasiswa berasaskan merit ini.

Biasiswa ini telah memberi sokongan kewangan untuk mendorong  impian dan cita-cita generasi muda kita untuk mencapai masa depan yang lebih cerah.

Ini sudah tentu akan menjadi satu platform yang sangat bermanfaat, selaras dengan impian saya untuk membawa perubahan kepada dunia pendidikan kita.

Saya percaya bahawa dengan daripada bimbingan Maxis, saya akan belajar pelbagai ilmu dan pengetahuan mengenai dunia korporat  dan bagaimana pengalaman untuk berada dalam persekitaran pekerjaan ini apabila saya berkhidmat dengan Maxis selepas tamat ijazah saya.”

Jika anda ingin berjaya seperti mereka, anda boleh menghantar permohonan anda dengan segera. Mungkin anda adalah bakal penerima biasiswa yang seterusnya. Selamat mencuba!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari portal rasmi Maxis pada pautan berikut : http://www.maxis.com.my
Atau hubungi :
Talian : 1 800 82 1123
Email : scholar@maxis.com.my.

Semoga sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan dan cara memohon Biasiswa Maxis ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang ingin mencuba memohon biasiswa ini kami ucapkan All The Best!

Informasi Berkaitan

Bagaimanakah cara untuk menghantar permohonan bagi mendapatkan biasiswa Maxis?

Anda boleh melayari pautan berikut untuk memohon https://maxis.hirevue.com/signup/FqMkLRSMGVHy7QfAce3WxQ/

Bilakah tarikh sebenar permohonan biasiswa Maxis ditutup?

Permohonan biasiswa ini biasanya akan berakhir pada bulan Oktober setiap tahun.

Bolehkah saya memohon biasiswa Maxis jika saya merupakan pelajar dari universiti swasta?

Boleh, Pihak Maxis menerima pemohon daripada pelbagai universiti awam dan swasta.