Biasiswa MAHSA University Family Scholarship

Biasiswa MAHSA University Family scholarship untuk pelajar yang berdaftar dengan IPT tersebut. Jika anda adalah penuntut atau pelajar berdaftar dengan Mahsa University, cuba ambil peluang dapatkan maklumat lanjut cara memohon biasiswa ini.

Sebelum ini kami ada menulis mengenai berberapa peluang biasiswa terkini di Malaysia iaitu biasiswa Hong Leong Bank dan Telekom Malaysia.

Jika anda punya sedikit masa, ambil peluang membaca informasi tersebut, mungkin ianya sesuai dan berguna untuk anda.

MAHSA University Family Scholarship

Berbalik kepada topik kali ini iaitu Mahsa University Family Scholarship, biasiswa ini ditawarkan baru-baru ini oleh pihak IPT tersebut.

Tujuannya untuk membantu meringankan beban para pelajar yang menuntut di IPT tersebut.

Kelayakan untuk memohon biasiswa ini ialah anda mestilah ada kaitan kekeluargaan dengan kakitangan IPT tersebut.

Peluang ini terbuka kepada semua ahli keluarga kakitangan Mahsa University.

Walaupun nilai biasiswanya tidaklah setinggi berbanding biasiswa lain tetapi ianya sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban anda.

Nilai tajaan yang ditawarkan ialah dari RM 4000 kepada pelajar yang layak.

Cara Memohon

Jika anda ingin memohon tajaan ini, bolehlah berhubung dengan pihak Mahsa University.

Anda boleh hantar email ke bursary@mahsa.edu.my untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci dan cara memohon.

Atau layar laman website rasmi MAHSA University.

Sekali lagi tajaan ini adalah terbuka kepada para pelajar yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan kakitangan IPT tersebut.

Ini bermakna jika anda tiada kaitan kekeluargaan dengan mana-mana kakitangan IPT tersebut mungkin anda boleh cuba memohon tajaan untuk kategori yang lain.

Sebenarnya ada banyak peluang biasiswa di luar sana yang boleh anda cuba. Hanya perlu rajin mencari informasi.

Jika ada masa cuba juga baca senarai biasiswa lepasan SPM untuk pelajar Malaysia. Manalah tahu ada antara biasiswa tersebut yang sesuai untuk anda.

Kebanyakan tawaran tajaan itu biasanya memerlukan anda untuk menghadiri temuduga biasiswa.

Untuk persediaan anda digalakkan untuk membaca tips menghadiri temuduga dengan jayanya bagai menyediakan diri anda.

Semoga sedikit informasi mengenai biasiswa Mahsa University Family Scholarship ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.