Biasiswa Petronas: Syarat & Permohonan Online

Biasiswa Petronas untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam dan luar negara. Di sini kami kongsikan sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan dan cara memohon secara online. Syarikat Petronas menyumbang kepada pembangunan bidang pelajaran negara kita dengan menawarkan biasiswa kepada lebih daripada 35 000 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda serta program pra- universiti.

Baca pelbagai tawaran biasiswa di Malaysia untuk pelajar >> DI SINI

Syarikat ini telah pun menyediakan perkhidmatan biasiswa kepada calon yang layak sejak dari tahun 1975.

Para pelajar yang berani mengambil cabaran, memiliki pemikiran berkelas pertama dan memiliki nilai kepimpinan diri tinggi amat digalakkan untuk memohon biasiswa ini.

Para pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau di universiti luar negara boleh memohon biasiswa ini di bawah program Permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).

Syarat Am Biasiswa Petronas

Terdapat beberapa kriteria atau syarat umum yang perlu dipenuhi oleh para pemohon sebelum melayakkan diri mendapatkan biasiswa ini. Terdapat syarat-syarat specifik yang anda perlu ada, untuk permulaan boleh baca dahulu senarai syarat umum di bawah.

Berikut merupakan senarai syarat umum memohon biasiswa tersebut.

  • Calon merupakan warganegara Malaysia.
  • Calon dikehendaki berumur antara 17- 19 tahun.
  • Calon perlu mempunyai penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan memiliki kemahiran kepimpinan tinggi.
  • Mempunyai pencapaian akademik (SPM) yang cemerlang.

Kelayakan Akademik

Calon yang memohon bantuan tajaan Petronas sama ada untuk melanjutkan pelajaran di UTP atau di universiti luar negara, berikut merupakan kelayakan akademik yang perlu dipenuhi.

  • Calon perlu memperoleh minimum 8A- dalam peperiksaan SPM, dengan minimum A- dalam mata pelajaran Kimia, Matematik dan Fizik.

Kursus Pengajian

Berikut merupakan beberapa jenis kursus pengajian yang ditawakan dengan biasiswa ini. Para pemohon yang ingin melanjutkan pengajian bawah kursus- kursus disenaraikan di bawah di UTP layak untuk memohon biasiswa ini.

  • Jurutera Kimia
  • Jurutera Elektrikal dan Elektronik
  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Petroluem
  • Geosains Petroluem
  • Sains Komputer

Bagi mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di universiti luar negara, berikut merupakan beberapa kursus pengajian yang ditawarkan dengan biasiswa ini.

  • Jurutera Kimia
  • Jurutera Elektrikal dan Elektronik
  • Geologi/ Geofizik
  • Jurutera Sains Bahan
  • Jurutera Petroluem
  • Jurutera Software
  • Kimia gunaan
  • Akaun / Perdagangan / Kewangan
  • Sains Aktuari
  • Ekonomi
  • Perundangan

Cara Memohon

Permohonan biasiswa ini perlu dibuat secara atas talian di laman website atau portal petronas. Permohonan boleh dibuat dengan mudah di portal Petronas Pendidikan.

Bagi calon pemohon program UTP, anda diwajibkan untuk melakukan permohonan kemasukan ke UTP melalui laman web http://www.utp.edu.my .

Para pemohon dinasihatkan agar hanya menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Google Chrome untuk melayari laman web permohonan biasiswa.

Calon-calon yang berjaya dipilih sebagai penerima biasiswa tersebut akan diberitahu atau dimaklumkan melalui email, SMS serta di laman web https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS.

Berikut merupakan langkah- langkah untuk memohon biasiswa ini. Anda boleh ikut 6 langkah mudah di bawah.

  1. Klik pada bahagian “Sponsorship Application” untuk meneruskan permohonan baharu.
  2. Klik pada bahagian “Register”untuk meneruskan pendaftaran pengguna baharu.
  3. Masukkan maklumat seperti username, kata laluan, nombor kad pengenalan, alamat email serta keputusan SPM.
  4. Klik pada butang “register” dan pastikan pemohon mengingati kata laluan dan username.
  5. Satu email notifikasi akan dihantar ke email pemohon untuk mengaktifkan akaun permohonan anda.
  6. Terdapat 10 bahagian dalam borang permohonan atas talian dan masukkan segala maklumat pemohon dalam setiap bahagian sebelum menghantar. Pastikan maklumat dimasukkan benar.

Maklumat Perhubungan

Mungkin anda perlukan maklumat terkini dan lebih terperinci, anda boleh berhubung terus dengan bahagian tajaan pendidikan Petronas.

Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi biasiswa ini. Sila hubungi nombor di bawah jika mempunyai sebarang pertanyaan.
Alamat: Tower 1, PETRONAS Twin Towers Kuala Lumpur City Centre 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor telefon: 03-2331 2277 (Hari bekerja: 9.00 pagi – 5.00 petang, Hari minggu: 9:00pg – 03:00ptg)
Laman web: educationsponsorship.petronas.com.my

Semoga perkongsian informasi mengenai syarat kelayakan dan permohonan online Biasiswa Petronas ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda, mungkin mereka layak dan berminat untuk memohon tajaan pendidikan tersebut.