Biasiswa Shell: Syarat Kelayakan & Permohonan Online

Biasiswa Shell untuk pelajar Malaysia yang berminat atau memenuhi syarat kelayakan untuk memohon. Di sini dikongsikan sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan dan cara memohon secara online. Manalah tahu ada yang berminat dan layak untuk memohon biasiswa ini.

Ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda atau pra-universiti? Para pelajar yang layak boleh cuba memohon ini.

Selain ini juga mungkin berminat untuk memohon biasiswa yang ditawarkan oleh Petronas, syarikat oil & gas milik negara Malaysia.

Pelajar boleh semak senarai tawaran biasiswa terkini di Malaysia >> DI SINI

Syarikat Shell Malaysia biasanya akan membuka tawaran biasiswa kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian setiap tahun.

Perkara yang menarik dengan tajaan pendidikan dari syarikat ini ialah penerima biasiswa akan berpeluang untuk menjalani latihan industri dan seterusnya berkhidmat dengan syarikat tersebut setelah menamatkan pengajian di unversiti terpilih.

Sudah tentu ramai yang berminat, berkerja dengan pihak Shell menjanjikan peluang perkembangan kerjaya masa depan yang stabil dan berprestij.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Shell

Untuk memohon peluang tajaan pendidikan tersebut, terdapat beberapa kriteria umum dan khas yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

Berikut merupakan senarai kriteria dan syarat am kelayakan untuk permohonan biasiswa ini.

  • Para pemohon perlu berumur melebihi 18 tahun ketika tarikh pendaftaran.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penyertaan aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, kelab dan lain- lain.
  • Tidak memperoleh sebarang pinjaman atau tajaan biasiswa lain.
  • Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Pastikan pemohon layak untuk bekerja di mana- mana negara yang ditawarkan pekerjaan oleh syarikat Shell sebelum membuat permohonan biasiswa ini.

Syarat Kelayakan Akademik

Selain syarat kelayakan am di atas, terdapat juga syarat kelayakan akademik yang perlu anda ada.

Berikut merupakan kelayakan akademik minimum yang perlu dipenuhi oleh para pemohon sebelum melayakkan diri untuk menerima biasiswa ini.

Keputusan atau result SPM anda amat penting di peringkat ini.

  • Minimum 8A (A/ A+) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Memperoleh gred O-level cemerlang di IGCSE (A*/A)

Jenis Bidang Pengajian

Para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian tersenarai di bawah ini, digalakkan untuk memohon biasiswa ini.

Sebelum memohon baik lihat list senarai kursus yang ditawarkan. Senarai yang terkini boleh anda semak di website rasmi pihak penaja iaitu Shell Malaysia.

Kejuruteraan

  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Sivil
  • Jurutera Petroleum
  • Jurutera Elektrikal dan Elektronikal
  • Jurutera Alam sekitar

Sains

  • Geologi
  • Geosains
  • Geofizik
  • Sains Data
  • Geomatik

Komersial

  • Pemasaran digital
  • Perniagaan dan Pengurusan

Cara Memohon

Permohonan untuk biasiswa ini perlu dilakukan atas talian di laman web diberikan yang disediakan oleh pihak Shell.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon biasiswa ini. Keterangan cara memohon yang lebih terperinci boleh anda baca di laman website rasmi Shell Malaysia.

1. Permohonan atas talian

Para pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan atas talian. Permohonan ini sangat mudah dan hanya mengambil masa sebanyak 15 minit.

Jika anda sudah menyediakan semua maklumat dan dokumen, permohonan atas talian dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.

2. Penilaian Atas talian

Setelah selesai melengkapkan permohonan, pemohon dikehendaki untuk melengkapkan 3 penilaian online yang mengambil masa dalam 40 minit.

Pastikan calon melengkapkan penilaian ini dalam 10 hari. Penilaian ini terbahagi kepada 3 bahagian yang merangkumi kemahiran berangka, lisan serta penilaian abstrak.

Calon turut dikehendaki melengkapkan penilaian gaya kerja. Segmen ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkah laku, faktor personaliti utama serta pendekatan calon ketika bekerja.

Segmen ini tidak diberikan had masa dan biasanya calon boleh melengkapkan dalam 15 minit.

Calon digalakkan untuk jujur dengan jawapan diberikan dan menjadi diri sendiri kerana syarikat Shell meraikan dan menghargai kepelbagaian personaliti dan gaya kerja di syarikat mereka.

3. Temuduga Menerusi Video

Calon yang tersenarai pendek akan diminta untuk membuat video interview. Ini merupakan peluang kepada calon untuk berkongsi mengenai diri sendiri, kelayakan akademik, kelebihan calon dan sebagainya.

Calon boleh merakam video temuduga di mana- mana lokasi yang memiliki sumber internet yang stabil.

Untuk setiap soalan, calon akan diberikan 30 saat untuk membuat persediaan dan 3 minit untuk merakamkan jawapan anda. Soalan-soalan tersebut akan ditanya oleh para siswazah Shell.

4. Temuduga

Senarai tips temuduga biasiswa

Ini merupakan temuduga terakhir yang akan dilakukan oleh Lembaga Pengajian Biasiswa. Soalan-soalan temuduga merangkumi senario semasa, pengalaman akademik, kepimpinan calon dan lain- lain.

Maksudnya kenalah bersedia untuk sesi temuduga. Anda digalakkan membaca tips temuduga biasiswa untuk panduan menyediakan diri anda untuk proses scholarship interview tersebut.

Jika dilihat dari proses permohonan di atas, nampak agak mencabar bukan, tetapi janganlah patah semangat benda yang baik ini tentulah perlukan usaha lebih baru dapat. Seperti kata orang bijak pandai, reziki tidak akan salah alamat.

Maklumat Perhubungan

Jika anda perlukan maklumat lebih terkini dan terperinci anda boleh gunakan maklumat perhubungan berikut.

Berikut merupakan maklumat perhubungan shell. Untuk sebarang pertanyaan mengenai biasiswa ini, anda boleh menghubungi nombor di bawah.

Alamat: P.O.Box 11027, Kuala Lumpur, 50732, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Laman web: https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html
Nombor telefon: 03-2091 3719

Semoga perkongsian maklumat mengenai cara memohon dan syarat permohonan biasiswa Shell Malaysia ini bermanfaat kepada anda.