Book Tiket Bas Online: Harga & Jadual Bas Malaysia
Book tiket bas online ke semua destinasi di seluruh Malaysia. Mungkin ramai masih belum sedar akan kewujudan applikasi online untuk beli tiket bas. Selain tiket bas, penumpang juga boleh buat tempahan tiket ferry dan juga pakej tour secara online menggunakan applikasi yang sama.
Sebenarnya kini anda boleh beli tiket bas ke semua destinasi seluruh negara menggunakan applikasi online yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Kali ini kami kongsikan dengan anda cara beli tiket bas online.
Booking Tiket Bas Online Di Easybook.com
Applikasi online ini berfungsi menyediakan portal tiket atas talian untuk memudahkan penumpang membuat tempahan tiket bas online ke destinasi pilihan mereka.
Applikasi ini menghubungkan penumpang dan syarikat-syarikat bas dan juga tour operators dalam satu paparan atas talian di komputer atau smartphone anda.
Kalau di negara maju, applikasi online seperti ini tidak asing lagi. Dengan adanya perkhidmatan ini, penumpang bas atau ferry boleh buat tempahan tiket bas online pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada.
Tidak perlu lagi bersesak-sesak di kaunter tiket bas seperti sebelum ini kerana kebanyakan bas ekspress telah menjalin usaha sama dengan portal easybook.com.
Bas-bas express ini juga ada menyediakan portal mereka sendiri bertujuan memudahkan pembelian tiket dengan lebih mudah.
Melalui laman portal ini anda boleh buat booking untuk kesemua jenis bas express dan ferry ke mana-mana destinasi di seluruh negara.
Untuk lebih memudahkan anda di sini kami kongsikan dengan anda cara book tiket bas online di portal yang terkenal iaitu applikasi easybook.com.
Sebenarnya banyak applikasi online yang menyediakan perkhidmatan tersebut di Malaysia seperti redbus.my, catchthatbus.com dan busonlineticket.com.
Walau bagaimanapun antara semua applikasi tersebut easybook.com adalah antara yang terkenal, mudah digunakan dan boleh dipercayaai.
Boleh sahaja pilih portal yang anda rasa yakin dan sesuai dengan anda. Mereka juga menyediakan perkhidmatan yang sama seperti yang disediakan oleh portal tersebut.
Cara Book Tiket Bas Online
Untuk beli tiket bas manggunakan applikasi online anda boleh gunakan easybook.com. Untuk perkongsian kali ini kami akan kongsikan cara nak book tiket bas online menggunakan applikasi di portal tersebut.
Di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh buy bus tickets online dengan applikasi tersebut melalui komputer atau smartphone. Anda hanya perlu ikut 5 langkah mudah seperti yang ditujukkan di bawah. Ianya mudah dan cepat.
Baca juga: Jadual Feri Kuala Perlis – Langkawi
Langkah 1 – Layari Portal Easybook.com
Layari portal easybook.com dan isikan maklumat perjalanan anda di ruangan seperti yang ditunjukan di bawah di ruangan ‘From‘, ‘To‘, ‘Departure Time‘, ‘Return Date‘, dan ‘No of Pax‘ selepas itu klik ‘Search for Bus‘.
Seterusnya anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya seperti dalam Langkah 2.
Langkah 2 – Book Tiket Bas Online
Masukkan info di ruangan FROM / TO / DEPARTURE DATE / RETURN DATE / NO OF PAX dan klik ‘SEARCH FOR BUS‘.
Paparan seperti di bawah akan keluar di screen komputer anda.
Dalam paparan ini anda akan melihat item / senarai ‘Bus Operator (nama syarikat bus)’, ‘First Bus’, ‘Last Bus’, ‘Duration’, ‘ Departure Day’ dan ‘Fare Start From’.
Anda akan diberikan banyak pilihan. Bolehlah pilih syarikat bas mana, masa bertolak dan juga harga tambang bas.
Langkah 3 – Pilih Hari Dan Masa Bertolak / Harga Tiket / Tempat Duduk
Melalui paparan di atas anda boleh pilih bas mana, masa bertolak dan kos / tambang bas tersebut ke destinasi anda.
Selepas itu anda klik ‘SELECT’ anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah untuk pilih tempat duduk anda.
Pilihlah tempat duduk yang anda rasa berminat dan selesa. Kota berwarna Merah ‘Occupied’ dan kotak berwarna Putih ‘Available’. Untuk pilih tempat duduk click ke mana-mana ruangan dalam kotak putih yang kecil itu.
Jika anda kurang berminat dengan tempat duduk yang masih available, boleh tukar booking ke bas express yang lain. Senang sangat. Boleh check trip dan pilih bas sehingga anda puas hati.
Langkah 4 – Isikan Maklumat Penumpang
Selepas pilih tempat duduk anda, klik ‘continue’ dan anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah.
Isikan semua maklumat yang diperlukan dan scroll ke bawah ke ruangan membayar booking bas anda secara online.
Sila pastikan anda mengisi ruangan maklumat penumpang ini dengan maklumat yang tepat dan betul untuk mengelak sebarang masalah kelak.
Di ruangan ini anda boleh membuat pilihan cara pembayaran sama ada menggunakan kredit kad, debit kad, online banking atau bayar di mana-mana outlet 7Eleven yang terdekat dengan anda.
Kebanyakan bank-bank di Malaysia sekarang ini menyediakan kemudahan online banking kepada para pemegang akaun. Jika belum buka online banking ada baiknya anda buka sekarang bukan hanya untuk kegunaan beli tiket online tetapi untuk bayar elektrik, air dan sebagainya.
Tak perlu lagi bersesak-sesak di kaunter untuk bayar bil-bil utiliti anda.
Online banking lebih memudahkan dalam urusan ini. Sekarang ini tentu ramai yang memilik online banking bukan?
Scroll ke bawah selepas itu dan klik ‘Pay Now’
Langkah 5 – Pembayaran Tiket Online
Selepas itu teruskan proses pembayaran. Maklumat tiket bas akan dihantar ke email anda. Sila print / cetak maklumat tiket anda untuk rujuka semasa naik bas nanti.
Sila pastikan anda tiba sekurang-kurangnya 30 mini lebih awal ke terminal bas untuk proses pengesahan / verification tiket bas anda sebelum menaiki bas.
Nota: Semasa mengisi maklumat, sila pastikan anda isi alamat email yang aktif dan betul di ruangan yang disediakan. Sekali lagi ingin kami ingatkan bahawa, maklumat tiket akan dihantar ke email anda dan seterusnya anda cetak / print untuk ditujukkan di kaunter tiket di terminal bas nanti.
Adakah Selamat Applikasi Online?
Setakat ini kami selalu beli tiket secara online dengan portal easybook.com dan belum menghadapi masalah setakat ini. Malah ianya agak memudahkan kerana semua tempahan boleh dibuat lebih awal.
Applikasi easybook juga mempunyai respon yang agak pantas dalam menyelesaikan pertanyaan pelanggan.
Pastinya ada penumpang yang pernah menghadapi masalah tetapi kebanyakan masalah tersebut biasanya berpunca dari penumpang itu sendiri dan juga pihak syarikat bas. Penting untuk pilih syarikat bas yang boleh dipercayaai dan sudah beroperasi lama.
Kami tidak mengatakan ‘selamat’ atau ‘tidak selamat’ menggunakkan applikasi online tersebut. Terpulang kepada anda untuk cuba menggunakannya atau tidak. Mungkin pengalaman berbeza-beza.
Jika anda kurang yakin boleh cuba book untuk perjalanan sendiri (sorang dahulu), jika tidak menghadapi masalah dan sudah yakin dengan perkhidmatan online tersebut bolehlah gunakan untuk booking tiket bas beramai-ramai selepas itu.
Semoga perkongsian info mengenai tempah tiket bas online dan cara beli tiket bas online ini bermanfaat kepada anda. Sila share info ini kepada kawan-kawan yang sering naik bas.