BSH Bujang Semakan Online Bantuan Sara Hidup Bujang

Semakan BSH Bujang Bantuan Sara Hidup Bujang berjumlah RM100 sahaja tahun ini. Kerajaan selepas berberapa ketika bersetuju dan mengumumkan pembayaran BSH untuk bujang berjumlah RM100. Jika benar, ini adalah berita baik untuk para individu yang masih bujang. Sekurang-kurangnya ada juga bantuan yang diterima semasa kos sara hidup semakin meningkat sekarang ini.

Baca juga: Tarikh Pembayaran BSH

Demikian seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini. Pembayaran untuk kategori ini telah dibayar pada 28 Mac 2019 lepas.

Bantuan Sara Hidup Bujang (BSH Bujang)

Golongan warga bujang yang layak akan mendapat bayaran terus ke akaun bank mereka yang telah didaftarkan semasa memohon.

Pastikan nombor akaun bank anda adalah tepat kerana jika berlaku kesilapan, pembayaran tidak dapat dikreditkan ke akaun anda. Jika anda belum memiliki akaun di mana-mana bank, silalah buka akaun untuk kegunaan menerima BSH anda dan juga kegunaan pada masa akan datang.

Sila ambil perhatian bahawa hanya penerima BSH tahun sebelumnya kategori berikut yang layak menerima bayaran RM100 iaitu:

  • Bujang berumur 59 tahun ke bawah pada 2019
  • Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda yang berumur 59 tahun ke bawah

Semakan Status BSH Online

Untuk mengetahui status permohonan anda, pemohon boleh membuat semakan secara online melalui portal yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sekarang ini hampir kesemua urusan boleh dilakukan melalui online.

Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx

Kategori bujang di bawah diberitakan tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup Bujang. Berikut adalah senarainya. Walau bagaimanapun jika anda rasa layak untuk dipertimbangkan, anda boleh berhubung terus dengan LHDN untuk info lanjut.

  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawa
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Untuk update terkini kita masih menunggu berita dari LHDN mengenai bantuan BSH untuk kategori ini sama ada akan diteruskan pada tahun akan datang atau tidak. Jika ada apa-apa berita terkini kami akan kemaskini di ruangan ini.

Pada ketika ini masih ada kedengaran komen-komen tidak puas hati atas keputusan kerajaan mengurangkan jumlah BSH untuk kategori bujang. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana tidak melupakan golongan yang berstatus bujang.

Semoga perkongsian info mengenai semakan BSH Bujang ini bermanfaat kepada anda semua. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan anda.