Cara Buat Aduan Bas Ekspress & Hak Anda Sebagai Penumpang

Ada banyak sebab mengapa kita perlu buat aduan terhadap bas ekspress. Mungkin ramai yang kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan berbanding harga tambang bas, mahupun layanan petugas bas ekspress semasa kita menaikinya.

Sebenarnya ada berberapa garis panduan perkara-perkara yang boleh kita buat aduan mengenai perkhidmatan bas ekspress kepada pihak berwajib SPAD.

Mereka telah menyenaraikan garis panduan dan cara buat aduan terhadap perkhidmatan bas express.

Yang pertamanya jika kita tidak berpuas hati terhadap apa-apa perkara mengenai perkhidmatan mana-mana bas, anda boleh buat aduan terus kepada pihak syarikat pengusaha bas.

Walau bagaimanapun jika syarikat pengusaha bas itu tidak melayan atau mengambil berat dan tindakan terhadap aduan anda maka bolehlah anda buat aduan kepada pihak berwajib untuk siasatan dan tindakan lanjut.

READ: Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM

Ketahui Hak Anda Sebagai Penumpang Bas Ekspress

Mungkin ramai yang tidak sedar akan hak-hak kita sebagai penumpang bas ekspress. Baca maklumat yang ada dalam ilustrasi di bawah.

Ianya dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Cara buat aduan bas ekspress

Ketahuai hak anda sebagai penumpang bas ekspress
Sumber: tbsbts.com.my

Sekiranya anda ingin membuat aduan, berikut adalah maklumat-maklumat yang diperlukan.

Anda boleh terus hubungi hotline SPAD di talian 1 800 88 7723

  • Tarikh dan masa kejadian
  • Lokasi kejadian
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Gambar / Video sebagai bukti

Ada sebarang aduan mengenai pengangkutan awam darat? Bantu kami dengan memberikan kami maklumat dengan pelbagai cara:

1. Melalui internet: http://www.malaysia.gov.my
2. Melalui Twitter: @aduanMOT
3. Melalui emel: aduan@mot.gov.my
4. Melalui telefon: 1-800-88-7723

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Menara Tun Ismail Mohamed Ali (TIMA),
No 25 Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2603 6600 / website: https://www.apad.gov.my/

Baiklah, jika selepas ini anda rasa hak anda sebagai penumpang bas ekspress telah dikhianati, anda bolehlah lapor terus kepada pihak-pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.