Cara Buat Aduan Cop Parking Terus Kepada JPJ

Cara buat aduan kes cop parking

Pernah tak anda alami, tengah struggle cari parking dan ternampak satu parking kosong tetapi telah “di cop”.

Memang boleh naik berang dibuatnya!

Kebiasaannya tindakan ‘cop parking dilakukan dengan cara berdiri atau meletak objek di dalam kotak parking.

READ: Cara Buat Aduan Scammer Jika Anda Telah Kena Scam

Tahukah anda, ‘cop parking’ merupakan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara. Ia merupakan kesalahan di bawah Section 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan.

Berdasarkan undang-undang, individu yang melakukan cop parking boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM2,000.

Jika anda melihat kejadian cop parking ini berlaku, segera buat aduan tau!

Berikut adalah langkah untuk membuat aduan cop parking:

1. Kumpulkan Bukti

Pastikan anda mempunyai bukti yang cukup mengenai kejadian cop parking tersebut. Antara bahan yang boleh dijadikan bukti ialah gambar dan video yang menunjukkan pelanggaran peraturan parking yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, anda juga boleh mencatat waktu dan lokasi kejadian.

2. Laporkan Ke Pihak Berkuasa

Aduan boleh dibuat kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) melalui email aduantrafik@jpj.gov.my.

Selain JPJ, aduan boleh dibuat berdasarkan lokasi tertentu sebagai contoh di premis perniagaan kedai makan yang meletakkan kerusi dan meja makan di kawasan parkinga awam.

Aduan boleh dilakukan kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran yang bertanggungjawab untuk mengawal ruang awam dan memastikan perniagaan mematuhi peraturan.

3. Sampaikan Aduan Dengan Maklumat Yang Jelas

Ketika membuat aduan, pastikan anda telah mempunyai bukti yang cukup dan maklumat yang jelas untuk diberikan kepada pihak berkuasa.

Berikan semua maklumat yang relevan termasuk bukti yang anda kumpulkan.

4. Ikuti Prosedur yang Ditetapkan

Semasa membuat aduan, pihak berkuasa mungkin memerlukan anda untuk mengisi beberapa maklumat peribadi anda seperti nama penuh, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon.

Masalah cop parking boleh diserahkan kepada pihak berkuasa berhampiran untuk penyelesaian yang lebih bijak dan selamat.

Anda mungkin pernah ingin bertindak untuk memandu perlahan-lahan ke petak parking untuk menghalau orang yang cop parking atau mengambil video dan memviralkan mereka.

Tetapi tindakan anda itu tidak digalakkan kerana tindakan anda tersebut pula boleh melanggar undang-undang lain.

Jadi, selepas ini anda mungkin boleh memberitahu orang yang melakukan cop parking tentang tindakan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas mereka sebagai peringatan awal.