Cara Buat Aduan Scammer Jika Anda Telah Kena Scam

Cara buat aduan terhadap scammer

Perkataan ‘Scammer’ pada masa kini memang tidak asing lagi daripada menjadi topik perbualan orang ramai.

Scammer ini adalah golongan yang melakukan penipuan terhadap masyarakat semata-mata untuk mendapatkan keuntungan secara haram.

Scammer akan memanipulasi dengan pellbagai tipu daya sama ada melalui panggilan telefon, email, pesanan teks, atau platform online lainnya.

READCara Buat Aduan Pejabat Buruh Terhadap Majikan Anda

Walau bagaimana pun, kita sebagai manusia biasa mungkin boleh sahaja terpedaya pada bila-bila masa oleh scammer ini.

Berikut adalah tindakan yang anda boleh lakukan sekiranya menjadi mangsa scammer:

1) Apabila anda telah sedar dalam masa 24 jam bahawa diri anda telah pun di scam, segera hubungi bank anda atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk menyekat pengeluaran bank anda.

2) Buat Laporan Polis

Anda boleh melaporkan tentang penipuan yang berlaku di mana-mana balai polis berhampiran anda.

Sebelum hendak membuat laporan di balas polis, pastikan anda sediakan dahulu beberapa perkara berikut:

  • Screenshot bukti perbualan anda berurusan dengan scammer tersebut, dan print out siap-siap di atas kertas untuk diserah kepada pegawai penyiasat yang akan menerima laporan anda.
  • Dokumen lain termasuklah bukti pembayaran.
  • Buat laporan tentang kronologi kejadian. Anda perlu ceritakan dari A-Z bagaimana anda boleh terjebak dalam penipuan scammer tersebut.

Sebagai contoh, “Saya melayari sebuah laman web di internet kemudian terpapar satu notifikasi pada laman web tersebut yang menyatakan saya telah berjaya memenangi sebuah iPhone 15. Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan daripada sekian sekian, dan seterusnya.

Ceritakan segala kejadian yang berlaku ke atas diri anda dan scammer tersebut dengan lengkap dan jelas.

Luahkan segala-galanya, dan sebetul-betulnya tentang apa yang berlaku dalam laporan tersebut.

Setelah selesai membuat laporan, anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang siasatan anda melalui pegawai penyiasat polis yang ditugaskan untuk membantu anda.

Kesimpulannya, scammer akan sentiasa mencari idea baharu untuk memperdayakan orang ramai dan mencuri hak peribadi anda seperti akaun media sosial, wang, data peribadi, dan sebagainya.

Oleh itu anda dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan apa-apa perkara yang mencurigakan, lebih-lebih lagi yang melibatkan harta benda anda.