Cara Hilangkan Gatal Pepijat? Cuba Lakukan Kaedah Ini

Sedang cari cara hilangkan Gatal akibat gigitan pepijat? Gigitan pepijat boleh menjadi sangat tidak selesa pada badan. Kesan garu yang melampau boleh menyebabkan bekas dan parut pada badan.

READ: Tanda Tilam Ada Pepijat Dan Cara Mengatasinya

Pasti anda tidak mahu perkara ini merosakkan kulit anda kan? Untuk meredakan gatal akibat gigitan kutu hama ini, anda boleh cuba melakukan beberapa cara berikut:

Cuci Bahagian Gigitan Dengan Air Sejuk

Air sejuk boleh membantu meredakan keradangan dan gatal-gatal yang disebabkan kutu hama.

Sebagai tambahan, anda boleh cuci bersama sabun yang ringan untuk meredakan gatal dengan berkesan.

Tuam Dengan Kain Sejuk

Anda boleh meletakkan kain lembap yang dibasahkan dengan air sejuk kemudian tuam dibahagian anggota badan yang gatal.

Ia boleh meredakan rasa gatal dan memberikan rasa lega pada kulit.

Sapu Krim Anti-Gatal

Krim anti-gatal yang boleh meredakan gatal adalah krim yang mengandungi bahan aktif seperti hidrokortison.

Anda boleh sapu krim pada bahagian yang gatal dengan konsisten supaya boleh sembuh dengan cepat.

Pastikan anda mendapatkan krim gatal ini di farmasi ataupun mana-mana kedai ubat yang sah dan patuhi arahan penggunaan krim dengan betul.

Anda boleh merujuk portal National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) Untuk mengetahui adakah ubat itu berdaftar atau tidak.

Berjumpa Dengan Doktor

Jika gatal-gatal akibat gigitan kutu hama terlalu teruk atau tidak sembuh dalam masa yang lama, anda perlu segera berjumpa dengan doktor.

Doktor akan merawat gigitan pepijat dengan lebih berkesan pada kulit anda dan memberi nasihat kesihatan untuk tindakan anda selanjutnya.

Elakkan Menggaru Dengan Kerap

Menahan diri daripada menggaru kulit yang gatal akibat gigitan kutu hama memang agak sukar.

Tetapi ia lebih baik daripada merosakkan kulit anda sehingga luka kemudian membuat kulit anda terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.

Memakai Pakaian Longgar

Penting untuk memakai pakaian longgar supaya kulit anda yang gatal tidak bergesal dengan pakaian.

Sekiranya kegatalan akibat gigitan kutu hama tetap berlarutan dan semakin teruk, anda perlu secepatnya berjumpa dengan doktor ataupun pakar kulit.

Mereka dapat membantu merawat masalah kegatalan yang anda alami dengan lebih berkesan. Apa pun, sentiasalah jaga kebersihan tempat tidur anda dan pakaian anda supaya tidak diserang kutu hama.