Syarat & Cara Mohon PTPTN Kali Kedua

Cara permohonan PTPTN kali kedua

Pasti ramai yang tertanya-tanya bolehkah memohon pinjaman PTPTN kali kedua? Jawapannya boleh dengan syarat-syarat tertentu yang harus dipenuhi.

Ramai yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat diploma ataupun ijazah.

Mungkin sebelum ini anda telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah, dan kini mahu menyambung ke peringkat Sarjana pula.

READAdakah Sijil Kolej Vokasional (KV) Diiktiraf & Setaraf Dengan SPM?

Permohonan pinjaman PTPTN kali kedua perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Telah membuat bayaran ansuran pinjaman PTPTN sebelum ini.
  2. Telah tamat pengajian semasa atau sedang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.

Untuk memohon pinjaman PTPTN kali kedua, anda boleh mengikuti kaedah berikut:

  1. Pastikan anda telah mendaftar akaun SSPN-i secara online di laman web myPTPTN. Anda juga boleh membuka akaun melalui Maybank, Agrobank, Bank Rakyat, atau pun RHB Bank.
  2. Beli nombor PIN RM5 secara dalam talian atau di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional. Pastikan anda menerima resit pembayaran.
  3. Mohon pinjaman kali kedua melalui myPTPTN dengan melog masuk ke akaun PTPTN anda.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan yang anda daftarkan semasa membeli nombor PIN PTPTN dengan betul dan TEPAT.
  5. Masukkan kata laluan yang betul kemudia klik Log Masuk.
  6. Daftar permohonan baru online.
  7. Untuk memulakan permohonan pinjaman PTPTN, sila klik pada Senarai Pendaftaran Belum Lengkap untuk mengisi maklumat peribadi anda.
  8. Pastikan segala maklumat peribadi yang anda masukkan adalah betul dan tepat sebelum anda membuat pengesahan permohonan.
  9. Sila cetak maklumat peribadi anda untuk rujukan pada masa akan datang.
  10. Tunggu proses permohonan anda diluluskan.

Demikian adalah serba sedikit maklumat yang mungkin boleh membantu anda untuk membuat permohonan PTPTN kali kedua.

Walau bagaimana pun, syarat dan cara permohonan boleh sahaja berubah dari semasa ke semasa.

Oleh itu, sekiranya anda ingin maklumat terkini dan terperinci mengenai permohonan pinjaman PTPTN kali kedua, anda boleh melawat ke laman rasmi PTPTN, atau email eaduan.ptptn.gov.my atau hubungi 03 – 2193 3000.