2 Langkah Cara Permohonan Diesel Bersubsidi & Fleet Card

Cara permohonan Diesel Bersubsidi dan Fleet Card di abwah siste, kawalan diesel bersubsidi SKDS 2.0

Ikuti 2 langkah cara memohon Diesel Bersubsidi dan Fleet Card di bawah.

Langkah 1: Permohonan Diesel Bersubsidi

  1. Mohon menerusi Sistem MySubsidi Diesel secara atas talian di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my
  2. Maklumat diperlukan
    • Butiran maklumat syarikat
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama) antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP
  3. Kelulusan adalah serta merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat
  4. Syarikat akan menerima 2 dokumen
    • Surat kelayakan membeli diesel bersubsidi
    • Senarai kenderaan yang diluluskan

Langkah 2: Permohonan Fleet Card daripada Syarikat Minyak

  1. Mengemukakan 2 dokumen
    • Surat kelayakan membeli diesel bersubsidi
    • Senarai kenderaan yang diluluskan kepada syarikat minyak yang telah dipilih di Sistem MySubsidi Diesel
  2. Proses permohonan fleet card adalah dalam tempoh 2 hingga 4 minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan

2 langkah cara memohon diesel bersubsidi dan fleet card

READ: Senarai Kenderaan Layak Dapat Diesel Bersubsidi SKDS 2.0

Pusat panggilan MySubsidi Diesel KPDN. Hubungi nombor di bawah jika anda perlukan bantuan atau maklumat lebih terperinci.

  • 03-8882 5917
  • 03-8882 5894
  • 03-8882 5893