Electronic MQA Accreditation System (e-MAS) Dilancarkan Akreditasi IPT Malaysia
Electronic MQA Accreditation System (e-MAS) dilancarkan baru-baru ini untuk mempercepatkan proses akreditasi IPT. Melalui sistem ini semua proses akreditasi dijalankan sepenuhnya secara atas talian.
Sistem ini adalah di bawah kendalian Malaysian Qualification Agency (MQA).
Sistem ini diwujudkan selari dengan agenda pendigitalan dan perancangan strategik MQA 2021-2025 menerusi Teras strategik 3 – Penyampaian Efektif Disokong Kemampanan Sumber.
Kelebihan e-MAS
Pada ketika ini sekurang-kurangnya 3 kelebihan penting dan utama sistem e-MAS yang baru dilancarkan ini.
- Sistem ini mengintergrasikan semua modul pengurusan berkaitan akreditasi dan boleh diakses 24 jam.
- Proses akreditasi dapat dilakukan lebih cepat, teratur dan real-time
- e-MAS boleh mempercepatkan proses kelulusan setiap permohonan akreditasi dari mana-mana IPT berbanding sebelum ini yang mengambil tempoh 9 minggu
Walau bagaimanapun sekarang ini e-MAS masih diperingkat percubaan dimana hanya berberapa IPT terlibat buat masa ini.
Kolej Universiti Penerbangan Malaysia (UniCAM), Universiti Antarabangsa Albukhary, Kolej Universiti Islam Perlis, Universiti Selangor (Unisel) dan SEGI University.