Electronic MQA Accreditation System (e-MAS) Dilancarkan Akreditasi IPT Malaysia

Electronic MQA Accreditation System (e-MAS) dilancarkan baru-baru ini untuk mempercepatkan proses akreditasi IPT. Melalui sistem ini semua proses akreditasi dijalankan sepenuhnya secara atas talian.

Pelancaran Electronic MQA Accreditation System (e-MAS)

READ: Senarai IPTA IPTS Terbaik Malaysia QS Ranking

Sistem ini adalah di bawah kendalian Malaysian Qualification Agency (MQA).

Sistem ini diwujudkan selari dengan agenda pendigitalan dan perancangan strategik MQA 2021-2025 menerusi Teras strategik 3 – Penyampaian Efektif Disokong Kemampanan Sumber.

Kelebihan e-MAS

Pada ketika ini sekurang-kurangnya 3 kelebihan penting dan utama sistem e-MAS yang baru dilancarkan ini.

  • Sistem ini mengintergrasikan semua modul pengurusan berkaitan akreditasi dan boleh diakses 24 jam.
  • Proses akreditasi dapat dilakukan lebih cepat, teratur dan real-time
  • e-MAS boleh mempercepatkan proses kelulusan setiap permohonan akreditasi dari mana-mana IPT berbanding sebelum ini yang mengambil tempoh 9 minggu

Walau bagaimanapun sekarang ini e-MAS masih diperingkat percubaan dimana hanya berberapa IPT terlibat buat masa ini.

Kolej Universiti Penerbangan Malaysia (UniCAM), Universiti Antarabangsa Albukhary, Kolej Universiti Islam Perlis, Universiti Selangor (Unisel) dan SEGI University.