Feri Ke Batam Dari Melaka Untuk Panduan Anda

Nak pergi Batam menaiki feri dari Melaka tapi tak tahu nak mula dari mana? Ramai juga yang tanyakan tentang perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, nak menaiki feri ke Batam memang boleh, tapi anda perlu melalui beberapa transit di Singapura sebelum mendapatkan feri ke Batam.

Sebenarnya ada saja alternatif lain selain feri iaitu menaiki kapal terbang tetapi kos nya lebih mahal daripada pengangkutan lain.

Sebelum ini kami ada kongsi maklumat mengenai cara menaiki feri dari Stulang Laut di Johor ke Batam.

Kalau ada masa boleh baca.

Anda tidak perlu risau tentang bagaimana dan di mana nak tempah tiket feri kerana kali ini kami ingin cerita sedikit maklumat yang anda perlukan untuk ke Batam dari Melaka.

Cara menaiki feri ke Batam dari Melaka

  1. Tempah tiket dengan KKKL Travel & Tours ke Kovan Hub Singapura

Nak tempah tiket agar lebih cepat dan tak perlu beratur panjang di kaunter, anda boleh membuat tempahan melalui atas talian sahaja.

Untuk memudahkan anda, ikuti sahaja panduan berikut untuk membuat pembelian tiket atas talian:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi KKKL Travel & Tours untuk menempah tiket.
  • Di laman web tersebut, anda boleh memilih sama ada nak beli tiket sehala sahaja ataupun tiket pulang dan balik. Pilih sahaja tempat Departure Melaka manakala Arrive Kovan Hub.
  • Pilih tarikh anda nak mulakan perjalanan.
  • Selepas anda menekan butang Search pada skrin anda, anda akan melihat beberapa pilihan tiket bas yang ditawarkan mengikut masa yang tersedia.
  • Kemudian, anda perlu memilih tempat duduk sendiri di dalam bas tersebut barulah boleh membuat pembayaran. Masa yang diambil untuk sampai dari Melaka ke Kovan Hub Singapura adalah kira-kira 3 jam 39 minit.

2. Tempah tiket SMRT dari Kovan ke Harbourfront

Sebelum mendapatkan feri untuk ke Batam, anda perlu transit di Kovan Hub kemudian menaiki MRT dari Kovan-MRT ke Harbourfront Singapore.

Masa perjalanan yang diambil adalah kira-kira 24 minit sahaja.

3. Setelah tiba di Harbourfront Singapore, anda boleh berjalan kaki dari tempat tersebut ke Singapore Harbour Front untuk menaiki feri ke Batam.

Jarak Harbourfront ke Singapore Harbour Front adalah kira-kira 600 meter.

4. Setelah tiba di Singapore Harbour Front Port, anda boleh membeli tiket feri di kaunter tiket ataupun beli secara atas talian.

Masa perjalanan yang diambil dengan menaiki feri adalah lebih kurang 1 jam 10 minit dari Jeti Singapura.

Peringatan sebelum menaiki feri ke Batam

  1. Sebaiknya anda sampai 60 minit awal di terminal feri sebelum waktu feri berlepas. Jika anda mempunyai bagasi untuk didaftar masuk ataupun belum mengambil pas masuk, datang awal lebih baik untuk mengelakkan kelewatan ataupun sebarang masalah terutama pada hujung minggu ataupun cuti umum.
  2. Kaunter daftar masuk juga akan ditutup 20 minit sebelum waktu feri berlepas dan pintu berlepas akan ditutup 15 minit sebelum feri berlayar. Jadi pastikan anda tidak datang lewat pada hari feri berlepas.
  3. Pastikan juga anda membawa passport antarabangsa dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas. Jika passport anda telah tamat tempoh, anda boleh dihalang daripada menaiki feri.
  4. Akhir sekali, peraturan di atas kapal adalah tidak membenarkan membawa haiwan peliharaan.

Kesimpulannya, anda boleh sahaja menaiki feri ke Batam, tetapi anda perlu melalui beberapa transit sekiranya bertolak dari Melaka.

Tiada direct ferry ke Batam dari mana-mana lokasi di Melaka.

Jadi, bagi anda yang nak ke Batam dari Melaka, perlulah merancang perjalanan anda sebaiknya ya kerana boleh tahan juga jauh masa perjalanan yang diambil.