Tiket Feri Ke Batam: Harga Tiket Stulang Laut – Batam
Tiket feri ke Batam harga booking tiket dari jeti Stulang Laut ke Batam dari RM72.00 untuk dewasa dan RM48.00 untuk kanak-kanak. Mungkin ramai yang sedang merancang untuk bercuti apa kata ke Batam pula kali ini.
Selepas PKPP ini mungkin akan ramai yang merancang untuk bercuti ke Batam. Batam adalah destinasi yang amat popular untuk rakyat Malaysia dan Singapore untuk bercuti.
Mungkin kerana harga barang lebih murah dengan tarikan pelancong yang banyak.
Penumpang boleh book tiket ferry secara online >> DI SINI
Kalau tengok di media sosial seperti FB page Backpackers Malaysia ramai yang share info travel ke Batam, Indonesia.
Sebenarnya ada begitu banyak tarikan pengunjung di pulau tersebut.
Di sini kami kongsikan sedikit info penting untuk ke Batam, iaitu mengenai booking tiket, harga tiket dan jadual perjalanan feri dari jeti Stulang Laut ke Batam.
Sebenarnya terdapat berberapa cara untuk ke Batam, Indonesia. Antaranya menggunakan flight (jalan udara) dan juga jalan laut (feri).
Yang paling menjadi pilihan ramai ialah menggunakan feri, munkin kerana selesa dan juga lebih murah.
Jika anda mempunyai masa dan inginkan sedikit cabaran, menaiki feri ke sana adalah pilihan yang baik. Sepanjang perjalanan anda boleh nikmati pemandangan yang cantik.
Baca juga: Jadual Perjalanan Ferry ke Tanjung Balai dari Kukup Johor
Harga Tiket Feri Ke Batam
Harga tiket untuk ke Batam tidak lah mahal sangat. Mungkin harga akan ada perubahan dari masa ke semasa tetapi kita tidak jangkakan peningkatan yang tinggi dan mendadak.
Harga tiket feri sehala dari Stulang Laut ke Batam pada ketika ini bermula dari RM72.00 / sehala (dewasa) atau RM48.00 / sehala (kanak-kanak) jika tempahan pergi-balik serentak untuk operator feri yang sama termasuk cukai.

Selain ambil feri dari Stulang Laut ke Batam, pengunjung yang hendak melakukan perjalanan ke Batam boleh juga ambil feri dari terminal feri Pasir Gudang dan juga Puteri Harbour.
Di bawah sedikit maklumat mengenai feri untuk ke destinasi ini;
- Pasir Gudang Ferry Terminal ke Batam – dari RM49.00 / pax
- Puteri Harbour Ferry Terminal ke Batam – dari RM75.00 / pax
Ada juga yang tanya sama ada perkhidmatan feri dari Tanjung Pengelih dan Tanjung Belungkor terus ke Batam. Rasanya memang ada feri dari destinasi tersebut.
Kami akan kemaskini maklumat lanjut mengenainya pada masa akan datang.
Lebih menguntungkan jika beli tiket pergi balik (return). Tetapi jika anda belum tetapkan tarikh untuk balik ke Malaysia, boleh sahaja beli tiket kemudian nanti.
Ramai pengunjung yang membuat booking tiket ke Batam melalui easybook.com dan juga BusOnlineTicket.com.
Anda boleh gunakan portal ini jika ingin membuat tempahan tiket lebih awal.
Antara feri operator yang menyediakan perkhidmatan dari Stulang Laut (Berjaya Waterfront) ke Batam Center ialah CITRA INDOMAS dan BISTARI GEMILANG.
Anda juga boleh book tiket dari Pasir Gudang ke Batam dari portal tersebut.
Jadual Perjalanan Feri Stulang Laut – Batam
Sebenarnya untuk hari-hari biasa (bukan semasa musim perayaan) perkhidmatan feri memang mencukupi permintaan kerana jadual perjalanan feri yang kerapp menghubungkan kedua-dua destinasi ini sepanjang hari dan setiap hari.
Ini bermaksud anda tidak perlu risau untuk tidak mendapat tiket feri, pada hari-hari biasa tidak termasuk pada masa musim perayaan dan cuti umum.
Untuk musim perayaan akan berlaku pertambahan penumpang feri akan meningkat secara mendadak anda di nasihatkan beli tiket lebih awal. Kalau nak dapat tiket baik beli tiket lebih awal.
Di bawah adalah jadual perjalanan feri dari Stulang Laut Johor ke Batam.
Masa perjalanan Jeti Stulang Laut – Batam akan mengambil masa 2 jam lebih.
Tempat duduk adalah FREE SEAT bermaksud siapa cepat dia dapat. Kalau mahu dapatkan tempat duduk yang lebih selesa dan boleh meninkmati pemandangan kena duduk tepi tingkap.
Makanan ada dijual di dalam feri, jika anda tidak sempat beli makanan sebelum masuk feri, jangan risau. Boleh beli semasa dalam perjalanan di feri tersebut.
Perkhidmatan money changer juga ada disediakan dalam feri mengikut rate (kadar) pertukaran semasa.
Ada 2 jam lebih dalam feri, cukup masa untuk urusan tersebut. Di Pulau Batam juga ada money changer, tidak perlu risau tentang hal tersebut. Ferinya agak laju jugalah.
Tarikan Pengunjung Di Batam
Pengunjung yang pergi ke Batam berpeluang untuk melakukan dan mengunjungi banyak aktiviti dan tarikan pelancong.
Sekurang-kurangnya 15 ‘must do’ di Batam yang boleh anda masukkan dalam senarai anda sepanjang berada di sana.
Di bawah adalah sedikit perkongsian senarai aktiviti dan tarikan pelancong yang berkunjung ke Batam;
- Menikmati sukan air (Jet Skiing, Wakeboarding, Snorkeling dan bermacam lagi)
- Malawat Maha Vihara Duta Maitreya Temple
- Trip ke Pulau Penyengat
- Menikmati makanan laut (seafood) dengan harga yang murah
- Trip sepanjang Northern Coast
- Santai do Pantai Nongsa
- Melihat sunset di Jambatan Barelang
- Relaxing dan massage. Massage di Batam lebih murah berbanding di Singapore atau Malaysia. Sesuai untuk relaxing dan merehatkan tubuh anda
- Scuba Diving. Walaupun Batam bukanlah destinasi scuba diving yang terkenal tetapi aktiviti ini ada ditawarkan di sana dengan diving site yang menarik dan cantik.
- Main golf kepada yang peminat sukan golf
- Trip ke Pulau Bintan
- Melawat kampung air di Tanjung Uma. Rumah-rumah penduduk didirikan di atas air
- Mengunjungi Taman Ocarina (Ocarina Park)
- Nightlife (Bar dan Kelab Malam). Jika anda pengemar nighlife, Batam boleh menjadi destinasi anda.
- Membeli-belah di Nagoya Hill Shopping Mall. Ambil masa anda mencari barangan kegemaran anda dengan harga yang lebih murah di shopping mall tersebut.
Maklumat yang lebih banyak dan lengkap termasuk booking aktiviti dengan harga lebih murah mengenai ‘things to do’ di Batam boleh anda baca di website Klook.com.
Pengunjung yang akan ke Batam jika ingin melakukan semua aktiviti ini bolehlah peruntukkan berberapa hari.
Selain dari senarai di atas ada banyak lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sana.
Stulang Laut Ferry Terminal: Alamat & Nombor Telefon
Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Terminal Feri Stulang Laut, Johor anda boleh hubungi mereka menggunakan maklumat perhubungan di bawah;
Berjaya Waterfront Sdn Bhd
88, Jalan Ibrahim Sultan,
80300 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Telefon:
+607 221 8000
+607 221 9000
Website: https://berjayawaterfront.com.my/ferry-terminal/
Atau
No. 88, Jalan Ibrahim Sultan Stulang Laut,
Johor, 83000 Johor Bahru
Telefon: 07-221 1677
Info Berkaitan
Terdapat perkhidmatan feri bertolak dari Terminal Feri Pasir Gudang ke Batam. Sebanyak lebih kurang 6 trip setiap hari dengan harga tiket dari RM 55.00 sehala.
Trip pertama feri bertolak pada jam 8.00 pagi dan yang terakhir jam 6.30 petang.
Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit dari Pasir Gudang ke Batam.
Jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki bas expres ke Pasir Gudang untuk dapatkan feri ke destinasi ini.
Harga tiket feri dari Terminal Feri Puteri Harbour ke Batam ialah dari RM75.00 / pax.
Penumpang boleh dapatkan feri dari Terminal Feri Tanjung Belungkor ke Batam Center. Harga tiket feri adalah sekitar RM 77.00.
Penumpang boleh naik teksi, kereta atau Grab ke Terminal Feri Tanjung Belungkor. Jangka masa naik kereta sekitar 40 minit dengan jarak 45.1 KM.
Tiada perkhidmatan feri dari Pork Klang ke Batam buat masa ini. Penumpang boleh baik bas express ke mana-mana terminal feri di Johor untuk ke Batam.
Belum ada perkhidmatan feri untuk laluan dari Melaka ke Batam. Anda boleh dapatkan feri dari terminal feri Pasir Gudang, Puteri Harbour, Stulang Laut dan Tanjung Belungkor. Baca info untuk perkhidmatan bas express dari Melaka ke Johor
Semoga perkongsian info mengenai tiket feri ke Batam ini bermanfaat kepada anda. Bercuti dan melancong itu baik untuk rehatkan minda dan banyak pengalaman.