Tiket Bas Ke Pasir Gudang: Harga Tiket & Jadual Bas

Tiket bas ke Pasir Gudang harga tiket dari RM 29.00 dari Kuala Lumpur dan juga informasi jadual bas ke destinasi tersebut.  Pasir Gudang merupakan sebuah bandar perindustrian terletak di Plentong, Johor. Walaupun, bandar ini dianggap sangat sibuk, namun ia mempunyai keunikan tersendiri. Pasir Gudang kaya dengan alam semulajadi yang indah seperti pantai dan taman pertanian.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Antara tempat menarik yang berbaloi untuk dikunjungi ialah Taman Pertanian Kong Kong, Pantai Pasir Layar dan TS Wonderland Indoor Water Theme Park. Anda boleh baca 10 tarikan pelancong terbaik wajib lawat di sekitar Pasir Gudang sebagai panduan anda.

Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi ke sini, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres yang disediakan oleh pelbagai syarikat bas dari Kuala Lumpur atau dari mana-mana lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Perjalanan dalam bas ekspres sangat selamat, murah serta menjimatkan tenaga.

Bas Express Ke Pasir Gudang

Pasir Gudang juga memiliki terminal feri ke Batam, mungkin ini juga yang menyebabkan banyak bas express menyediakan perkhidmatan ke destinasi tersebut. Berikut merupakan anggaran harga tiket bas ke Pasir Gudang dari pelbagai destinasi.

Harga bas turut bergantung pada jenis syarikat dipilih serta musim perjalanan. Sesetengah operator bas menaikkan sedikit harga tiket ketika musim perayaan.

Manakala, terdapat sesetengah syarikat yang menawarkan promosi serta diskaun untuk penumpang mereka.

Oleh itu, penumpang perlu teliti terhadap perubahan harga supaya tidak melepaskan peluang untuk memperoleh tiket bas murah.

Anda boleh semak harga tiket bas ditawarkan oleh pelbagai syarikat bas di portal applikasi online yang banyak menyediakan perkhidmatan book tiket bas secara online.

Di bawah adalah senarai harga tambang bas ke Pasir Gudang dari pelbagai destinasi;

  • Ipoh – dari RM 56.40
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – dari RM 29.00
  • Bahau – dari RM 25.50
  • Pasir Mas – dari RM 73.00
  • Kuantan – dari RM 32.00
  • Dungun – dari RM42.40

Selalunya dari masa ke semasa akan berlaku kenaikan harga tambang bas disebabkan oleh berberapa faktor seperti kenaikan harga semasa minyak.

Sebelum beli check dahulu harga semasa tambang bas. Banyak applikasi online yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Antaranya ialah EasyBook.com. Setakat ini portal tersebut adalah yang paling boleh dipercayai dan senang digunakan oleh pengguna.

Jadual Bas

Berikut merupakan jadual perjalan bas ke Pasir Gudang, Johor dari pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

Pastikan anda mengambil perhatian terhadap waktu bas pertama dan bas terakhir setiap syarikat beroperasi serta jumlah trip bas ditawarkan untuk laluan tertentu.

Jumlah masa perjalanan berubah mengikut operator bas. Sesetengah syarikat akan berhenti di pusat R& R bagi setiap 1- 2 jam perjalanan untuk berehat.

Masa perjalanan boleh menjadi agak lama ketika musim perayaan dan trafik jalan.

Ipoh ke Pasir Gudang

Syarikat City Holidays Express, KPB Express dan Maju Express menawarkan perkhidmatan bas ekspres dari Ipoh ke Pasir Gudang.

Bas pertama bergerak dari Ipoh pada pukul 9.30 pagi manakala bas terakhir beroperasi pada jam 9.15 malam. Bas pertama bagi syarikat Maju Express dan City Holiday Express beroperasi pada pukul 9.30 pagi. Manakala, bas pertama syarikat KPB Express disediakan pada waktu malam (8.15 malam).

Sebanyak 6 trip bas disediakan bagi laluan ini. Jumlah masa diambil untuk sampai ke Pasir Gudang ialah dalam 6 jam.

Jumlah jarak perjalanan antara Ipoh dan Pasir Gudnag ialah sejauh 394 km.

TBS ke Pasir Gudang

Antara syarikat popular yang menyediakan perkhidmatan bas bagi laluan TBS – Pasir Gudang ialah Billion Stars, City Holiday Express, GJG Express Sdn Bnd dan Maju Express.

Sebanyak 71 trip bas ditawarkan bagi laluan perjalanan ini. Bas pertama disediakan bagi syarikat Billion Stars dan City Holiday Express pada pukul 12.30 pagi.

Manakala, bas syarikat GJG Express Sdn Bhd dan Maju Express mula beroperasi pada 5 petang dan 12.30 pagi.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 5 jam. Jarak perjalanan antara laluan TBS- Pasir Gudang ialah 244 km.

Bahau ke Pasir Gudang

Syarikat Jengka Liner merupakan antara syarikat berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan bas berkualiti bagi laluan Bahau – Pasir Gudang.

Syarikat ini menyediakan 2 trip bas bagi laluan ini. Bas pertama disediakan pada pukul 12 tengah hari. Manakala, bas terakhir beroperasi pada pukul 11.59 malam.

Jumlah masa diambil bagi trip ini ialah 4 jam. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan Bahau- Pasir Gudang ialah 471 km.

Pasir Mas ke Pasir Gudang

Syarikat terkenal seperti Adik Beradik Express, Konsortium E-Mutiara, Perdana Express dan Transnasional mengendalikan perkhidmatan bas dari Pasir Mas, Kelantan ke Pasir Gudang, Johor.

Sebanyak 7 trip bas disediakan bagi laluan ini. Secara keseluruhan, bas pertama dan bas terakhir beroperasi pada pukul 10 pagi dan 8 malam.

Bas pertama bagi syarikat Adik Beradik Express, Konsortium E- Mutiara dan Perdana Express beroperasi pada pukul 8 malam.

Manakala, bas syarikat Transnasional mula beroperasi dair pukul 10 pagi setiap hari. Purata masa bagi perjalanan ini ialah dalam 9 jam.

Jarak perjalanan antara Pasir Mas dan Pasir Gudang ialah dalam 716 km.

Kuantan ke Pasir Gudang

Antara syarikat bas yang mengendalikan trip bas bagi laluan Kuantan- Pasir Gudang ialah Konsortium E- Mutiara, Maju Express, Prisma Express dan Transnasional.

Sebanyak 9 trip bas disediakan bagi laluan ini. Bas pertama bagi syarikat Konsortium E- Mutiara dan Maju Express mula beroperasi pada pukul 1.15 tengah hari dan 9 pagi.

Manakala, bas syarikat Prisma Express dan Transnasional mula bergerak dari Kuantan pada pukul 1.15 pagi dan 12.30 tengah hari.

Purata masa perjalanan bagi trip dari Kuantan ke Pasir Gudang ialah dalam 6 jam. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah 328 km.

Dungun ke Pasir Gudang

Syarikat Transnasional, UBT Group, Prisma Express dan Adik Beradik Express merupakan antara syarikat terkenal untuk menyediakan servis bas ekspres dari Dungun ke Pasir Gudang.

Sebanyak 20 trip bas disediakan bagi laluan ini. Bas pertama bagi Syarikat Transnasional dan UBT Group beroperasi pada pukul 10.15 pagi dan 11.55 malam.

Manakala, bas pertama syarikat Prisma Express dan Adik Beradik Express dikendalikan pada pukul 10.50 pagi dan 10.40 pagi.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Pasir Gudang dari Dungun menaiki bas ialah dalam 8 jam. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah 488 km.

Cara Beli Tiket Bas Online

Sekarang ini tidak seperti dahulu bila mana kita terpaksa berlari-lari dari satu kaunter tiket bas ke kaunter yang lain untuk check jadual perjalanan dan harga tambang bas. Sekarang ini boleh beli tiket di mana-mana anda berada selagi ada connectivity internet.

Banyak applikasi online seperti Easybook.com, RedBus.my serta CatchThatBus.com boleh digunakan oleh penumpang untuk menempah tiket bas atas talian.

Cara ini amat mudah, murah serta menjimatkan masa penumpang. Penumpang turut boleh mengetahui jenis syarikat, jadual bas beroperasi serta maklumat lain melalui portal ini.

Ramai juga tanya, apa yang bestnya di Pasir Gudang? Sebenarnya banyak, baca cari maklumat banyak info mengenai tarikan pelancong di daerah ini. Banyak website ada menulis mengenai tempat menarik di Pasir Gudang.

Sebaiknya peruntukan masa yang cukup untuk melawat dan menikmati semua tarikan pelancong di sekitar daerah tersebut, anda pasti akan menyukainya.

Informasi lebih lengkap boleh di baca di website rasmi Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Banyak informasi di sana.

Semoga informasi mengenai jadual bas dan harga tiket bas ke Pasir Gudang ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita menyokong dan memperkasakan industri pelancongan tempatan dan pengangkutan awam di negara kita. Selamat bercuti!