Tiket Bas Larkin Ke Melaka: Harga & Jadual Bas

Tiket bas Larkin ke Melaka berharga dari RM 15.00 infomasi harga tiket dan jadual bas. Nak berkunjung ke Melaka guna bas? Apa salahnya, bas sekarang service makin bagus dan selesa.

Sebenarnya penumpang tidak perlu risau kerana ada banyak syarikat bas express yang memberikan perkhidmatan bas untuk laluan atau route ini.

Tambahan pula sekarang ini proses pembelian tiket dan check trip bas sudah sangat mudah. Hanya perlu guna applikasi online sahaja.

Penumpang boleh book tiket bas online secara online >>> DI SINI.

Sepanjang masa PKP ini mungkin banyak berlaku perubahan jadual waktu perjalanan bas, harga tiket dan sebagainya.

Untuk lebih mudah anda boleh semak informasi tersebut menggunakan applikasi online seperti portal easybook.com, redbus.my dan busonlineticket.com

Balik kepada topik, jarak perjalanan dari Larkin – Melaka Sentral adalah lebih kurang 216 km dan purata masa diambil untuk sampai ke sana dengan menaiki bas ekspress adalah dalam anggaran 3 jam lebih.

Bergantunglah juga dengan keadaan lalulintas semasa.

Musim perayaan ada sesak sedikit. Mungkin akan berlaku kelewatan perjalanan bas dan peningkatan harga tiket bas.

Sebelum ini kami ada buat perkongsian informasi untuk perjalanan dari TBS ke Melaka Sentral menggunakan bas express.

Jadual Dan Harga Tiket Bas Larkin Ke Melaka

Di sini, terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke Melaka Sentral dari Larkin Bus Terminal.

Biasanya, tiket bas boleh dibeli secara online melalui laman web syarikat bas masing-masing ataupun secara manual di kaunter bas tertentu di terminal bas di Larkin di Johor Bahru.

Jadual bas dan harga tiket untuk ke destinasi tersebut dari Larkin boleh dibuat secara online di applikasi  online seperti Easybook.com, Busticketonline.com, CatchThatBus.com dan RedBus.my.

Check jadual dan harga tiket bas Larkin ke Melaka online
Gambar: Contoh Paparan Online Carian Jadual Bas Dan Harga Tiket Dari Larkin Ke Melaka Guna Easybook.com

Di sana anda akan boleh melihat semua maklumat tersebut dalam satu paparan, juga boleh memilih bas yang sesuai dengan badget anda.

Senarai Bas Express

Sebenarnya banyak syarikat bas express yang tawarkan perkhidmatan. Sebab laluan atau route ini agak popular.

Tiga bas express di bawah adalah antara yang paling popular selain Delima Express.

1. Causeway Link

Causeway Link merupakan salah satu syarikat bas ekspres yang menjadi pilihan ramai penumpang untuk ke Melaka.

Syarikat ini menawarkan harga tiket yang berpatutan untuk laluan perjalanan dari Larkin, Johor ke Melaka Sentral dengan harga bermula dari RM 21.00 sahaja.

Tiket boleh dibeli secara manual di kaunter syarikat tersebut di terminal bas di Larkin atau secara online di laman web di bawah.

Bas pertama akan bertolak agak lambat sedikit iaitu pada pukul 12.30 tengah hari dan bagi sesiapa yang mempunyai masalah untuk bangun pagi, perkhidmatan ini sesuai untuk anda.

Manakala bas terakhir bertolak pada pukul 8.30 pm. Jika anda ingin mencuba perkhidmatan ini, maklumat untuk menghubungi syarikat berserta dengan laman web diberikan di bawah.

Laman web: laman web https://www.causewaylink.com.my/
Talian: +607-360 2244
Alamat Ofis: No. 23, Jalan Firma 2, Kawasan Perindustrian Tebrau IV, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

2. City Express

Perlukan perkhidmatan bas untuk sampai ke destinasi perjalanan (Melaka Sentral) lebih awal, City Express akan menjadi pilihan terbaik.

City Express bukan sahaja terkenal untuk perkhidmatan baik malah, merupakan antara syarikat bas yang bertolak lebih awal ke Melaka Sentral iaitu pada pukul 7.30 am.

Syarikat ini menawarkan bas terakhir pada pukul 5.45 pm.

Selain itu, syarikat ini turut menawarkan harga tiket yang berpatutan iaitu dari RM 20.00 sahaja serta para penumpang boleh menempah tiket di laman web khas syarikat ini.

Bagi yang berminat dengan perkhidmatan syarikat City Express, anda boleh merujuk info di bawah.

Laman web: http://cityexpress.com.my/
Talian: 016-2383599.
Alamat Ofis: 264-9, Batu 1, Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor Darul Takzim.

3. Mayang Sari Express

Satu lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke Melaka Sentral dari Larkin ialah Mayang Sari Express.

Syarikat ini bukan sahaja menawarkan harga tiket yang murah iaitu RM 18.00 sahaja malah turut menawarkan 6 bas sehari untuk laluan Larkin- Malaka Sentral.

Bas pertama akan bertolak pada pukul 7.30 pagi dan bas terakhir bertolak pada pukul 9.00 malam.

Bagi sesiapa yang ingin membeli tiket secara manual, anda boleh mengunjungi kaunter Mayang Sari Express di Terminal Larkin. Untuk menempah tiket secara online, boleh merujuk laman web di bawah.

Sila merujuk maklumat di bawah untuk sebarang pertanyaan.

Laman web:http://www.mayangsariexpress.com.my/Main/Main.asp?pageID=4
Talian: +603-7728 4789
Alamat Ofis: Aerosystem Tour & Travel Sdn Bhd Mayang Sari Ekspress 205264-D No 1-7 Simpang, Kg Tengah, Sungai Abong 84000, Muar, Johor Darul Takzim.

Nota: Sebenarnya ada banyak syarikat bas, jika menggunakan applikasi online anda boleh melihat senarai semua bas berserta harga tiket yang ditawarkan dan jadual bertolak ke destinasi tersebut.

Cara Book Tiket Bas Guna Easybook.com

Penat beratur membeli tiket di kaunter? Kenapa tidak menempah tiket secara online di EasyBook.com. Mudah, cepat dan menjimatkan masa.

Bagi sesiapa yang ingin menempah tiket secara online di EasyBook.com, di sini kami berkongsi beberapa langkah untuk anda ikuti untuk menempah tiket bas dengan mudah.

1. Memilih Tempat Destinasi

Layari laman web EasyBook.com dan anda perlu memilih laluan perjalanan (tempat bertolak dan tempat destinasi) dan tarikh, masa serta jumlah penumpang.

Seterusnya, klik pada bahagian “Search Your Trip” untuk memilih trip perjalanan yang sesuai.

2. Pilih Trip Yang Sesuai

Pelbagai pilihan laluan perjalanan (trip) akan dipaparkan dan anda boleh memilih trip perjalanan yang sesuai.

3. Pilih Tempat Duduk

Untuk memilih tempat duduk, anda dikehendaki klik pada bahagian “Choose Seat”.

Senarai tempat duduk dalam perkhidmatan bas dipilih akan dipaparkan. Pilih tempat duduk dan klik “Continue” untuk meneruskan proses menempah tiket.

4. Maklumat Penumpang

Isikan maklumat penumpang seperti nama, nombor telefon dan nombor kad pengenalan dan pastikan anda mempunyai akaun Easybook.com.

Bagi sesiapa yang tidak memiliki akaun ini, anda boleh berdaftar untuk memudahkan urusan pembelian tiket pada masa akan datang.

5. Insurans

Tandakan pada bahagian insurans untuk memastikan perlindungan penumpang dijamin semasa dalam perjalanan.

6. Pilih Cara Pembayaran

Terdapat tiga kaedah pembayaran yang boleh anda pilih. Pilihan yang paling popular dipilih oleh para penumpang ialah online banking.

Tandakan pada bahagian “Agree Ticketing Policy”.

Salah satu syarat penting dinyatakan ialah penumpang dikehendaki datang ke kaunter bas 30 minit sebelum perjalanan dan pastikan anda mematuhi syarat ini.

A) Pilihan pertama: Visa & Mastercard
B) Pilihan kedua: PayPal dan Visa & Mastercard
C) Pilihan ketiga: online banking

7. Masukkan Word Verification Dan Klik “Pay Now” Untuk Membuat Pembayaran

Klik pada bahagian “OK”. Tempat duduk dipilih akan dikunci dalam masa 7 minit dan anda diperlukan untuk melakukan pembayaran dengan segera.

8. Semak Email

Semak email untuk memastikan anda menerima E-tiket yang betul. Pastikan maklumat terkandung dalam E-tiket adalah betul dan jika tiada masalah, E-tiket anda sedia untuk dicetak. Tukar E-tiket di kaunter stesen bas.

Sebenarnya proses beli tiket bas Larkin ke Melaka ini simple sahaja.

Yang pentingnya ialah pastikan maklumat yang diberi adalah tepat dan alamat email yang digunakan juga masih aktif sebab e-tiket anda akan dihantar ke inbox email anda nanti setelah proses pembelian selesai.

Penginapan Dan Tarikan Pelancong

Jika anda perlukan penginapan atau mahu booking hotel berdekatan dengan Terminal Melaka Sentral anda boleh layari laman webportal yang tidak asing lagi kepada para traveller iaitu Trivago, booking.com dan banyak lagi.

Jika anda perlukan informasi mengenai tempat-tempat menarik di Melaka, boleh rujuk dan baca di website rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Di sana ada senarai dan keterangan lengkap setiap tarikan pengunjung di kota penuh bersejarah tersebut.

Semoga perkongsian info tiket bas Larkin ke Melaka ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama membantu memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita.