Jadual & Harga Tiket Feri Ke Pulau Redang

Harga tiket feri ke Pulau Redang di Terengganu dari Jeti Merang ialah dari RM55 sehala dan info jadual feri.

Pulau Redang memang sebuah pulau yang terkenal sebagai destinasi percutian yang sangat popular di Pantai Timur.

Pulau ini sememangnya memiliki banyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh anda buat. Pulau ini menjanjikan anda pengalaman indah seperti aktiviti snorkeling dan diving.

Untuk Book Tiket Feri Online >> DI SINI

Ramai yang tanya, bila masa atau waktu paling ideal untuk ke pulau ini?

Kita sedia maklum ada masa-masa tertentu terutama masa musim monsun percutian ke pulau-pulau di Pantai Timur tidak begitu sesuai.

Pulau ini akan mengalami monsoon biasanya dari bulan November hingga Febuari, pada ketika ini melawat tempat ini tidak sesuai kerana tiupan angin kencang dan ombak bergelora.

Banyak resort dan penginapan juga ditutup pada masa tersebut.

Biasanya masa yang paling ideal untuk ke pulau peranginan tersebut ialah dari bulan Mac hingga October kerana cuacanya yang lebih baik dan tenang.

Harga Tiket & Jadual Feri Ke Pulau Redang

Harga tiket feri ke pulau ini memang agak mahal sedikit. Tetapi ianya berbaloi dengan pengalaman yang akan anda perolehi.

Terdapat dua (2) jeti yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau pulau ini iaitu ambil feri dari Jeti Shahbandar atau dari Jeti Merang.

Jeti Shahbandar

Salah satu cara ke Pulau Redang jika anda bercadangĀ  ke sana ialah menaiki feri dari Jeti Shahbandar.

Feri yang memberikan perkhidmatan ke Pulau Redang dijalankan oleh Sejahtera Ferry Services.

Jika anda dari airport anda bolehlah terus ke Jeti Shahbandar guna taxi atau grab yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 20 minit sahaja.

Dari jeti anda bolehlah naik feri terus ke Pulau Redang.

Harga Tiket Feri Jeti Shahbandar Ke Pulau Redang pula terbahagi kepada ‘Dewasa’ dan Kanak-Kanak’.

Sila lihat senarai di bawah.

  • Dewasa RM 110.00 (return)
  • Kanak-Kanak RM 60.00 (return)

Jadual perjalanan feri dari jeti ke Pulau Redang pula ialah mengikut jadual di bawah. Jika anda lambat, terpaksalah menaiki feri pada jadual bertolak yang berikutnya.

Untuk menyenangkan anda rujuk jadual feri di bawah.

  • Jeti Shahbandar ke Pulau Redang: 9.00 am, 10.30 am dan 3.00 pm
  • Pulau Redang ke Jeti Shahbandar: 7.00 am, 11.00 am dan 1.00 pm

Jangka masa perjalanan ialah lebih kuran dari 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Feri ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan sesuai dengan peraturan semasa dan juga insuran perjalanan.

Jeti Merang

Salah satu pilihan cara ke Pulau Redang selain dari Jeti Shahbandar ialah melalui Jeti Merang.

Jeti ini terletak lebih kurang 30 KM dari airport Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan menaiki taxi atau grab selama lebih kurang 45 minit.

Harga tiket dari Jeti Merang ke Pulau Redang ialah sama seperti anda menaiki ferry dari Jeti Shahbandar.

Di bawah kami kongsikan harga tiket bot laju untuk ‘Dewasa’ dan ‘Kanak-Kanak’.

  • Dewasa: RM110.00 (return) / RM 55 (sehala)
  • Kanak-Kanak: RM60 (return)

Jadual perjalanan bot laju dari Jeti Merang ke pulau pula adalah seperti di bawah

  • Jeti Merang ke Pulau Redang: 8.00 am hingga 3.00 pm
  • Pulau Redang ke Jeti Merang: 9.00 am hingga 4.00 pm

Nota: Jadual feri dan harga tiket ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Anda dinasihatkan untuk merujuk atau berhubung terus dengan pengusahan feriĀ  (Sejahtera Ferry Services) atau bot laju (Merang Jetty) untuk maklumat terkini.

Aktiviti Dan Tempat Menarik Di Pulau Redang

Tentu anda sudah buat research apa-apa aktiviti yang boleh anda lakukan di pulau peranginan tersebut.

Di bawah ada berberapa senarai aktiviti yang boleh anda cuba di sana.

Mandi Air Laut

Pulau ini memang terkenal dengan pantainya yang cantik putih bersih dan air laut yang jernih.

Jika anda gemar aktiviti mandi-manda ditepi pantai, atau berjemur anda tempat ini memanglah sangat sesuai untuk anda.

Antara pantai yang boleh menjadi destinasi anda di pulau tersebut ialah Pantai Teluk Kalong, Pantai Teluk Dalam dan Pantai Pasir Panjang.

Scuba Diving

Pengunjung yang gemar menyelam atau aktiviti ‘Scuba Diving’ tentu gembira. Pulau ini memang surga para penyelam.

Ada berberapa tempat menarik (amazing) yang boleh anda pergi untuk aktiviti tersebut seperti Tunnel Point, Tanjung Tokong, Tanjung Gua Kawah, Che Isa dan Mak Cantik.

Anda boleh berhubung dengan resort atau syarikat pelancongan yang menawarkan perkhidmatan scuba diving di pulau tersebut.

Snorkeling

Mungkin Scuba Diving bukan aktiviti anda kerana tidak mempunyai pengalaman atau tidak berminat.

Anda masih boleh menikmati aktiviti melihat hidupan laut yang cantik di Pulau Redang dengan snorkeling.

Antara tempat-tempat yang boleh anda tuju untuk aktiviti snorkeling ialah Tanjung Tengah Redang, Tanjung Mak Cantik dan Taman Laut Redang.

Jungle Trekking

Jangan ingat pulau ini tiada aktiviti Jungle Trekking. Jika anda bukan pengemar aktiviti laut, atau sudah bosan dengan aktiviti scuba diving atau snorkeling, anda boleh cuba pula jungle trekking.

Pulau ini menyajikan anda pengalaman melihat dan mendekati alam flora dan fauna yang unik. Laluan-laluan dan kemudahan untuk jungle trekking disediakan untuk anda di pulau tersebut.

Pakej Percutian Ke Pulau Redang

Pakej percutian ke pulau tersebut biasanya ditawarkan oleh resort-resort yang beroperasi di sana. Ada pelbagai pakej yang ditawarkan.

Antara yang paling popular ialah Pakej Percutian 3 hari 2 malam.

Pakej tersebut dianggap sesuai kerana anda memiliki masa yang secukupnya untuk bersantai dan beraktiviti di sana.

Antara perkara yang termasuk dalam pakej tersebut ialah;

  • Harga tiket boat pergi dan balik sama ada dari Jeti Merang atau Jeti Shahbandar
  • Penginapan 3 hari, 2 malam
  • Minuman ringan sewaktu ketibaan ke resort
  • 2 kali breakfast, 2 kali lunch, 2 kali dinner
  • 3 kali trip snorkling, 2 kali trip ke laut dalam dan 1 kali ke Pulau Redang Marine Park

Harga pakej percutian ini bergantung kepada harga semasa yang ditawarkan oleh resort-resort yang ada di sana.

Sebaiknya anda contact mereka dulu untuk membandingkan harga antara resort sebelum buat keputusan.

Senarai Resort, Hotel, Chalet & Homestay

Senarai hotel resort chalet dan homestay di Pulau Redang

Pasal penginapan anda tidak perlu risau. Berbanding Pulau Kapas, pulau ini menawarkan jauh lebih banyak penginapan untuk pengunjung.

Mungkin kerana saiz pulaunya yang lebih besar.

Senarai resort, hotel, chalet dan homestay ini tidaklah lengkap sangat. Kami akan cuba kemaskini senarai ini dari masa ke semasa. Anda boleh book hotel atau resort melalui pelbagai portal seperti booking.com dan agoda.com

  • Redang Holiday Beach Villa
  • Laguna Redang Island Resort
  • Redang De’Rimba
  • Redang Paradise Resort
  • Delima Redang Resort
  • Redang Island Resort
  • Sari Pacifica Resort & Spa
  • The Taaras Beach & Spa Resort
  • Berjaya Redang Resort
  • Redang Lagoon Chalet

Ada banyak lagi sebenarnya. Pendek kata, hotel dan penginapan bukanlah masalah untuk pergi ke sana.

Terpulang kepada anda hendak pilih yang mana satu.