Jadual & Harga Tiket Bas Ke Seremban
Harga tiket bas ke Seremban dari RM 6.00 dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan juga info jadual perjalanan bas ke destinasi tersebut dari pelbagai destinasi terpilih.
Penumpang yang ingin ke Seremban juga boleh check trip dan beli bus ticket online melalui pelbagai applikasi online di Malaysia.
Antaranya ialah redbus.my, busonlineticket.com, catchthatbus.com dan juga Easybook.com.
Penumpang boleh Book tiket bas melalui applikasi online >>> DI SINI.
Kebanyakan penumpang menuju ke Seremban menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Ada juga yang ambil bas dari Pudu Sentral ke Seremban. Mana-mana pun OK, terpulang kepada keselesaan anda.
Dicadangkan anda beli tiket lebih awal untuk elak habis tiket bas.
Kami sering gunakan applikasi yang dibangunkan oleh Easybook.com untuk semua tempahan tiket bas dan ferry.
Senarai Harga Tiket Bas Ke Seremban
Senarai harga tiket bas ke Seremban di bawah ini adalah seperti mana yang dipaparkan di laman portal online Easybook.com.
Harga ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan pihak pengusahan bas itu sendiri.
Di bawah kami kongsikan senarai tambang bas ke Seremban ketika ini.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Seremban – dari RM 6.00
- Melaka Sentral ke Seremban – dari RM 12.00
- Johor Bahru (Terminal Bas Larkin) ke Seremban – dari RM 25.00
- Batu Pahat ke Seremban – dari RM 19.00
- Kuantan ke Seremban – dari RM 30.00
- Muar ke Seremban – dari RM 14.00
- Kota Bharu ke Seremban – dari RM 45.00
- Ipoh ke Seremban – dari RM 29.00
Nota: Harga tambang di atas boleh berubah dari masa ke semasa. Anda dinasihatkan menyemak harga tiket bas terkini melalui applikasi online atau berhubung terus dengan syarikat-syarikat bas berkenaan.
Ada yang tanya tempoh perjalanan dari TBS ke Seremban berapa jam?
Tempoh perjalanan adalah dalam lebih kurang 30 minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan semasa lalulintas.
Cara Beli Tiket Bas Secara Online
Mungkin panduan ini bermanfaat kepada anda. Di sini kami kongsikan dengan anda cara atau proses beli tiket secara online.
Jika ini adalah yang pertama kali anda beli tiket melalui applikasi online anda bolehlah baca post kami yang terdahulu mengenai Panduan Beli Tiket Bas Online.
Sebenarnya senang sahaja. Yang paling penting ialah anda memilik alamat email yang masih aktif sebab tiket online anda akan dihantar ke email (inbox) anda nanti.
Online banking juga penting untuk tujuan ini agak urusan lebih mudah dan pantas.
Jika anda sudah memiliki online banking, ianya lebih memudahkan anda membuat pembayaran tiket bas anda secara atas talian.
Naik KTM Komuter Ke Seremban
Salah satu lagi cara untuk berkunjung ke Seremban dengan mudah ialah menaiki KTM Komuter dari KL Sentral ke Seremban.
Train pertama menuju ke Seremban berlepas dari KL sentral pada pukul 5.38 pagi dan yang terakhir ialah pukul 10.50 malam. Sepanjang hari ada KTM ke Seremban.
Jika anda tidak mahu menaiki bas express, pilihan terbaik ialah menaiki KTM Komuter. Yang pasti anda bebas dari mengalami masalah kesesakan jalan raya.
Anda dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai cara booking tiket KTM Komuter dan jadual perjalanan train ke Seremban melalui website rasmi KTM Berhad.
Tarikan Pengunjung Di Seremban
Jika anda berkunjung ke Seremban dan memiliki sedikit masa, anda tidak patut melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di bandar tersebut.
Bandar ini memiliki tarikan yang tidak kurang hebatnya. Sekarang ini semakin banyak yang boleh anda lakukan termasukkan mencuba makanan tempatan di bandar tersebut.
Tidak tahu apa yang hendak dibuat (to do things) di Seremban?
Tidak perlu bimbang, tempat tarikan pengunjung seperti Gunung Angsi, Bukit Kepayang, Bukit Melati, Gunung Berembun, Taman Eko Rimba, muzium dan pusat membeli belah adalah antara perkara yang boleh anda buat di Seremban.
Pastikan anda memperuntukan berberapa hari untuk melawat tempat-tempat menarik tersebut.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai senarai tarikan pelancongan di Seremban anda boleh layari laman website rasmi Majlis Bandaraya Seremban.
Informasi Berkaitan
Harga tambang bas dari KL ke Seremban ialah dari RM 6.00. Harga berbeza-beza antara syarikat bas yang berlainan.
Jadual bas dari TBS ke Seremban boleh anda semak menggunakan portal atau applikasi online yang banyak terdapat sekarang ini. Antara yang boleh anda gunakan ialah easybook.com, busonlineticket.com dan redbus.my. Anda juga boleh semak terus dengan syarikat bas express pilihan anda.
Semasa anda tempah tiket bas anda boleh tanyakan terus jika ada perkhidmatan pick up & drop point di Pasar Seni. Mengikut semakan kami di applikasi online easybook.com tidak ada informasi bas bertolak dari Pasar Seni.