Harga Tiket KTM Alor Setar Ke Kuala Lumpur Terkini

Harga tiket KTM Alor Setar ke Kuala Lumpur (KL) yang terkini untuk penumpang yang berminat atau ingin memilih KTM untuk perjalanan ke Kuala Lumpur. Selain menggunakan bas express untuk ke KL dari Alor Setar, pilihan terbaik lebih jimat dan menarik ialah menggunakan perkhidmatan KTM.

Sebelum ini kami ada buat sedikit perkongsian informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas Express untuk perjalanan ke KL dari Alor Setar.

Anda boleh membacanya jika menggunakan bas express sebagai satu pilihan alternatif anda.

Beli tiket bas & KTM secara online >> DI SINI

Ramai yang tanya, apa kebaikannya menaiki KTM?

Kami pernah menggunakan perkhidmatan KTM dari Johor Bahru ke Alor Setar sebelum ini. Apa yang menariknya ialah, anda berpeluang menikmati pemandangan menarik sepanjang perjalanan.

Selain harganya yang lebih menjimatkan, perjalanan menggunakan KTM juga memberi anda kelebihan dari segi kebebasan bergerak semasa dalam perjalanan.

Jika KTM tidak penuh dengan penumpang, anda tidak perlu bersesak-sesak duduk, malah boleh bersantai sepanjang perjalanan.

Untuk perjalanan yang tidak perlu tergesa-gesa dan santai menggunakan KTM adalah pilihan terbaik anda.Anda juga tidak akan terlibat dengan kesesakan jalan raya.

Tentunya ini adalah salah satu kelebihan menggunakan ETS untuk ke KL dari Alor Setar.

Jadual & Harga Tiket KTM Alor Setar Ke KL

Booking tiket KTM sudah semakin mudah sekarang ini. Anda boleh book guna online di laman website rasmi KTM atau menggunakan applikasi online seperti easybook.com dan busonlineticket.com.

Jadual dan harga tiket yang terkini juga boleh anda semak melalui website KTM. Maknanya ada tidak perlulah berkunjung ke mana-mana stesen KTM untuk beli tiket dan bertanyakan jadual perjalanan.

Buka komputer, laptop atau smartphone anda dan beli tiket melalui e e-ticketing platform atau mobile application

Harga tiket KTM ETS menghubungkan kedua-dua destinasi ini boleh anda semak secara online. Rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

Book tiket ETS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur online

Perjalanan menggunakan ETS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 5 jam 02 minit sahaja.

Dari segi harga, ada dua pilihan kategori tiket yang boleh anda beli iaitu Platinum dan Gold.

Harga tiket ETS dari Alor Setar ke KL untuk Platinum ialah dari RM 96.00 manakala Gold pula berharga RM 73.00.

Terpulanglah kepada anda untuk pilih yang mana, mengikut kesesuaian badget dan jadual perjalanan anda.

Perjalanan menggunakan KTM ETS sebenarnya lebih baik kerana ianya lebih laju dan anda bebas menikmati panorama sepanjang perjalanan.

Di dalam KTM itu ada disediakan bar / cafe untuk anda membeli makanan dan minuman sambil bersantai sepanjang perjalanan.

Sebab itu ianya menjadi semakin popular ini dan sering fully book. Untuk menjamin tempat, beli tiket secara online berberapa hari sebelum perjalanan adalah amat digalakkan.

Semoga sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket KTM Alor Setar Ke Kuala Lumpur ini dapat menarik minat dan membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.