Hiking Di Tawau 8 Lokasi Pilihan Yang Terbaik & Menarik

Hiking di Tawau adalah aktiviti yang wajib anda buat jika mengunjungi daerah tersebut. Adakah anda seorang yang minat dengan aktiviti lasak dan mencabar seperti hiking? Jika iya, pastinya anda tahu untuk menjadi seorang pendaki secara konsisten bukanlah semudah yang disangka.

Untuk menjadi seorang pendaki anda perlulah mempunyai minat barulah anda lebih semangat untuk hiking. Tapi bagaimanakah cara untuk menyemangatkan diri?

Sebelum itu jika anda bercadang untuk mengunjungi bandar Tawau dari Kota Kinabalu, kami ada menulis sedikit informasi awam mengenai perkhidmatan bas express ke Tawau. Ianya boleh menjadi panduan anda.

Anda boleh book tiket bas ke Tawau secara online >> DI SINI

Tahukah anda, sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh mendorong anda untuk menjadi pendaki yang konsisten. Antaranya ialah melalui tempat yang akan didaki.

Tempat yang menarik akan menarik dan memupuk semangat dalam diri anda untuk mendaki, lebih-lebih pula apabila anda memilih lokasi yang mempunyai puncak yang indah pastinya anda akan mendaki dengan bersungguh-sungguh hinggah sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan di puncak tersebut.

Lokasi Hiking Di Tawau

Tahukah anda, Tawau adalah salah satu daerah di negeri Sabah yang mempunyai bukit-bukit yang sesuai untuk dijadikan tempat untuk hiking.

Suasana bukit yang dikelilingi dengan hutan-hutan yang terpelihara akan memberi anda pengalaman hiking yang sebenar.

Bolehlah sambil-sambil hiking sambil-sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lebih-lebih lagi bukan satu dua bukit yang sesuai untuk hiking di tawau malah lebih dari yang anda jangka.

Bilangan lokasi hiking yang banyak di Tawau akan membuatkan anda rambang mata untuk memilih lokasi yang pertama untuk didaki.

Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa tempat yang menarik untuk anda daki di Tawau.

Bukit Yang Menarik Untuk Hiking Di Tawau

Ada terdapat berberapa bukit yang menarik dan menjadi pilihan ramai untuk aktiviti hiking di daerah tersebut.

  1. Bukit Akar
Sumber: Facebook.com

Bukit Akar adalah lokasi yang sering menjadi pilihan para pendaki yang menyukai aktiviti yang lasak. Apa tidaknya, laluan untuk sampai ke puncak bukit ini dipenuhi dengan akar-akar seperti di kawasan perhutanan.

Bukit Akar ini sangat sesuai untuk mereka yang menyukai aktiviti lasak dan mencabar. Ditambah pula dengan pemandangan yang indah semakin semangatlah anda untuk mendaki.

Bukit Akar ini berlokasi di Tinagat, iaitu lebih kurang 10 KM dari bandar Tawau, Sabah. Lokasinya yang unik akan memberi anda suasana hiking yang menarik.

Anda terpaksa memandu keluar dari bandar Tawau untuk ke lokasi tersebut.

2. Bukit King Kong

Sumber: Youtube

Dengar nama sahaja pun sudah menarik apa lagi suasananya sudah tentu lebih menarik dari namanya. Bukit King Kong ini juga terletak di Tawau dan sering menjadi pilihan para pendaki.

Tahukah anda nama bukit King Kong ini dipilih kerana rupanya yang dikatakan menyerupai kepala King Kong.

Keunikan nama bukit inilah yang menjadi tarikan kepada peminat-peminat hiking.

Jika anda belum pernah mencuba hiking di Bukit King Kong ini anda patut mencubanya, suasana yang indah dipenuhi dengan kehijauan alam semula jadi bukit ini pasti menambat hati anda.

3. Bukit Cinta

Sumber: unnianje.blogspot.com

Pernahkah anda mendengar tentang bukit cinta yang terletak di Tawau? Mendengar nama sahaja pastinya bukit ini menjadi antara pilihan bukit untuk hiking para pendaki terutamanya bagi mereka yang berpasangan.

Lokasi bukit ini terletak berhadapan dengan laut yang indah. Jika anda hiking di bukit Cinta bolehlah anda mencuci mata melihat keindahan laut dari bukit Cinta tersebut.

Tahukah anda bila anda mendaki bukit Cinta, pada 200 meter pertama anda akan melalui semak samun yang memberikan anda suasana hutan yang sebenar.

Bukit Cinta ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang menyukai suasana hutan serta kehijauan hutan tersebut.

4. Bukit Lipan

Jika anda mendengar nama bukit ini iaitu bukit Lipan pasti anda jangkakan bukit yang sangat mencabar bukan?

Tapi tahukah anda sebenarnya bukit Lipan ini sering menjadi pilihan kepada mereka yang ingin hiking tapi tidak berapa mencabar.

Ini kerana keadaan bukit Lipan itu sendiri yang sememangnya kurang mencabar kerana tingginya yang kurang daripada bukit-bukit hiking lain yang lebih mencabar.

Sesuailah kepada mereka yang ingin menikmati pemandangan indah dari atas bukit tanpa perlu memerah tenaga untuk mendaki bukit yang tinggi.

5. Bukit Gemuk

Sumber: etawau.com

Apa yang menarik tentang bukit Gemuk ini adalah suasana sekelilingnya yang dipenuhi dengan pokok-pokok raksasa yang jarang dilihat dan makhluk-makhluk seperti serangga yang jarang ditemui berkeliaran di bukit ini.

Jika anda adalah seorang pendaki yang suka kepada kelainan, bukit Gemuk adalah pilihan hiking yang tepat untuk anda.

Bukan itu sahaja, pemandangan di bukit Gemuk ini tidak pernah mengecewakan setiap mata yang memandangnya .

Tapi perlulah diingatkan jika anda mendaki bukit ini pastikan anda berpakaian dengan selesa dan minum banyak cecair bagi melancarkan lagi hiking anda.

Gunung Yang Menarik Untuk Hiking Di Tawau

Selain lokasi-lokasi menarik di atas, jika anda adalah peminat hiking yang tegar, memiliki masa dan stamina yang mencukupi anda boleh cuba berberapa buah gunung di Tawau.

1. Gunung Lucia

Keindahan alam semulajadi di Gunung Lucia
Sumber: Twitter.com

Gunung Lucia adalah gunung yang teletak di Taman Bukit Tawau dengan ketinggian 1,189 m.

Seindah namanya, gunung ini juga mempunyai suasana sekeliling yang indah yang membawa ketenangan kepada setiap pendakinya.

Bunyi aliran air ditambah pula dengan bunyi serangga yang terdapat di gunung tersebut menambah lagi ketenangan dengan suasana hutan yang indah.

Anda hiking sahaja tapi rasa seperti meneroka hutan, apa yang lebih menarik adalah anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari khemah kerana ada hostel yang telah disediakan di atas dalam lebih kurang 10 kilometer.

2. Gunung Maria

Gambar dari udara Gunung Maria bekas gunung berapi yang tidak aktif lagi

Pernahkah anda mendengar tentang gunung Maria? Tahukah anda gunung Maria adalah sebuah gunung berapi pendam yang terletak di Taman Bukit Tawau dengan ketinggiannya 1,096 m.

Jika anda mencari tempat hiking yang unik, gunung Maria adalah pilihan yang tepat untuk anda kerana gunung Maria adalah gunung berapi yang tidak aktif dan berusia lebih daripada 12 ribu tahun.

Ramai yang sering teruja untuk hiking ke sana tetapi sebelum pergi anda perlukan perancangan yang rapi untuk trip anda.

Mungkin ianya tidaklah semudah seperti yang anda sangka nanti.

3. Gunung Magdalena

Sumber: mysabah.com

Gunung Magdalena sering menjadi pilihan kepada pendaki yang suka kepada kelainan dan suka meneroka.

Tahukah anda gunung Magdalena sebenarnya terletak berhampiran dengan gunung Lucia dan gunung Maria dengan ketinggiannya 1,331 m.

Jika anda mencari tempat hiking yang mencabar dengan pemandangan yang indah, gunung Magdalena patut menjadi pilihan anda.

Jika anda merancang untuk hiking ke Gunung Lucia dan Maria, apa salahnya jika ada masa dan masih larat anda daki ketiga-tiga gunung ini.

Pastikan anda berbincang dengan local tour guide anda sebelum berbuat demikian. Mereka arif dan lebih tahu tentang lokasi-lokasi hiking tersebut.

Hiking adalah salah satu aktiviti yang sihat dan menarik, aktiviti hiking patut menjadi antara aktiviti yang kerap dilakukan oleh individu yang menginginkan fizikal dan minda yang sihat.

Tapi perlu diingatkan pilihan tempat hiking yang tepat juga perlu diutamakan agar anda memperoleh manfaat dari aktiviti hiking yang anda lakukan. Apa yang paling penting adalah tempat hiking yang anda pilih hendaklah selamat.

Tawau sememangnya mempunyai pelbagai lokasi yang menarik untuk hiking, oleh itu pastikan anda tidak terlepas peluang untuk hiking di tempat-tempat yang menarik ini apabila anda berada di Tawau.

Semoga sedikit informasi mengenai tempat atau lokasi menarik untuk aktiviti hiking di Tawau ini bermanfaat kepada anda.