Jadual Bas Arwana KL-Lumut & Contact Number

Jadual bas Arwana KL-Lumut dan contact number syarikat bas tersebut. Tentu ramai yang ingin ke sini ke sana kerana sekarang ini sudah boleh rentas negeri.

Apa pun pastikan anda sentiasa berhati-hati dan jaga diri.

Sedikit informasi mengenai jadual perjalanan bas Arwana Express dari Kuala Lumpur ke Lumut ini adalah kemaskini artikel terdahulu mengenai bas ke Pulau Pangkor.

Biasanya penumpang ke Lumut bertujuan untuk ke Pulau Pangkor. Siapa tidak kenal pulau peranginan tercantik di Malaysia ini.

Dari Lumut anda boleh naik ferry ke Pulau Pangkor.

Jadual Bas Arwana KL-Lumut

Penumpang boleh ambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di KL untuk ke Lumut.

Syarikat bas ini menyediakan 5 trip setiap hari dari KL ke destinasi tersebut. Maksudnya cukup bas untuk berkunjung ke sana.

Rujuk jadual bas Arwana Express di bawah.

Arwana Express ini bukan satu-satunya syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan ke destinasi tersebut. Ada banyak bas express lain. Nanti kita cerita mengenainya di bawah nanti.

Tiket Bas Arwana Express Online

Dulu kalau perlu beli tiket bas biasanya kita akan ke kaunter tiket bas membelinya. Sekarang ini semuanya dihujung jari. Jangan susahkan diri.

Syarikat bas tersebut ada menyediakan sistem book tiket bas secara online untuk memudahkan para penumpang buat tempahan tiket.

Penumpang yang ingin beli tiket bas ke Lumut boleh layari link khas di web portal rasmi Arwana Express.

LINK: http://www.arwanaekspres.com.my

Di website syarikat bas tersebut anda boleh beli tiket bas dan juga check trip atau semak jadual bas. Senang dan mudah.

Arwana Express Contact Number KL & Lumut

Jika anda ingin berhubung dengan pihak syarikat bas express tersebut, bolehlah gunakan maklumat perhubungan mereka di bawah.

Kaunter tiket Arwana Express di Lumut dan Kuala Lumpur (TBS).

Hotline TBS: +6 03 9051 2000/2001
Lumut: +6 06 683 6052
Email: helpdesk@eticketing.my

Harga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Lumut biasanya sekitar RM 27 hingga RM 35 untuk perjalanan sehala.

Walau bagaimanapun mungkin ada perubahan dari masa ke semasa. Anda boleh check terus harga tiket semasa di website rasmi mereka atau applikasi online easybook.com.

Pasar Tiket Bas

Kami selalu panggil applikasi online easybook.com sebagai pasar tiket bas express.

Ini kerana anda boleh check trip, semak harga, jadual bas jada jenis perkhidmatan tersedia untuk setiap bas dalam satu paparan sahaja.

Itulah kelebihan applikasi tersebut. Seperti yang sudah di sebut tadi Arwana Express bukanlah satu-satunya syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan ke destinasi tersebut.

Selain syarikat bas ini, bas lain seperti Starmart Express, Express Kesatuan, dan Star Coach Express juga menyediakan perkhidmatan yang sama.

Ini bermaksud kita ada pilihan bergantung kepada kesesuian badget dan masa perjalanan kita.

So, jangan tunggu lama-lama rancang trip anda seterusnya ke Lumut dan Pulau Pangkor.

Semoga sedikit informasi mengenai harga tiket, contact number dan jadual bas Arwana KL-Lumut ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama sokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.