Jadual Bot Express Limbang Ke Labuan Pilihan Pengangkutan Paling & Cepat Murah!

Nak pergi ke Labuan dari Limbang, tapi tak tahu nak naik pengangkutan apa yang paling murah dan cepat untuk sampai?

Untuk pengetahuan anda, pengangkutan yang paling murah dan cepat untuk ke Labuan dari Limbang ialah feri.

Nak pergi dengan menaiki kapal terbang pun boleh, tetapi harga tiket sangat mahal dan mengambil masa yang lama untuk sampai.

Masa pelayaran feri yang diambil hanyalah kira-kira 2 jam 15 minit jika dibandingkan dengan pengangkutan kapal terbang.

Harga tambang pun murah! Tak sampai pun RM40, kalau nak dibandingkan dengan harga tiket kapal terbang pasti harganya dalam ratusan ringgit, mahal kan!

READ: Ferry Dari Brunei Ke Labuan

Kalau anda menaiki kapal terbang dari Limbang, anda bukan akan terus sampai ke lapangan terbang Labuan tau!

Tetapi anda perlu transit terlebih dahulu di Lapangan Terbang Miri, barulah kemudian anda akan melanjutkan penerbangan ke Labuan.

Pastinya perjalanan akan mengambil masa yang sangat lama dan sangat memenatkan.

Jadi pilihan yang paling cepat dan murah adalah menaiki feri.

Anda tidak perlu risau tentang bagaimana dan di mana nak tempah tiket feri kerana artikel ini akan membantu anda mendapatkan maklumat yang anda perlukan.

Tempahan Tiket Bot Express Dari Limbang Ke Labuan

Sekarang nak beli tiket feri memang sangat senang! Tak perlu beratur panjang pun di kaunter tiket, anda hanya perlu beli secara atas talian dan yang paling penting jimat masa dan tenaga.

Kalau anda tak tahu bagaimana nak tempah tiket secara atas talian, anda tidak perlu risau kerana panduan berikut akan membantu anda.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pertama sekali, anda perlu layari pautan https://ticket.ferrypay.my/index_ext.php?online untuk menempah tiket secara atas talian.
  2. Di laman web tersebut, anda hanya boleh memilih jenis perjalanan sehala sahaja. Kalau anda nak menaiki feri pergi dan balik, anda beli sahaja tiket secara berasingan.
  3. Pada bahagian lokasi bertolak dan destinasi, anda boleh pilih sama ada dari Limbang ke Lawas, Lawas ke Limbang, ataupun dari Limbang ke Labuan.
  4. Kemudian, bahagian yang paling penting adalah tarikh anda nak bertolak. Pastikan anda tetapkan tarikh, bulan, dan tahun yang betul ya!
  5. Selepas dan tentukan tarikh anda nak bertolak dengan feri, anda perlu pilih bilangan orang yang mahu menaiki feri bersama. Setiap orang akan mempunyai tiket masing-masing.
  6. Seterusnya, tekan pada butang ‘Check Available Trip’ barulah anda boleh lihat sama ada tarikh yang anda pilih ada perkhidmatan feri ataupun tidak.
  7. Sekiranya perkhidmatan feri tersedia pada tarikh yang anda pilih, anda boleh pilih jenis trip yang diberikan sama ada ‘Business class’ ataupun ‘Economy class’. Waktu feri bertolak pun akan dipaparkan sekali.
  8. Langkah seterusnya adalah anda mesti mengisi maklumat anda dan penumpang lain yang anda tempahkan tiket. Seperti biasa isikan maklumat seperti nama penuh, warganegara, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, dan nombor telefon.
  9. Akhir sekali, selepas semua maklumat diisi, barulah anda boleh membuat pembayaran secara atas talian.

Kadar Tambang Bot Express Limbang

Anda pernah beli tiket feri Limbang tak? Mahal atau murah? Sebenarnya tambang feri berbeza-beza mengikut kategori seperti umur, kewarganegaraan, dan kelas feri.

Pastinya tambang bagi warganegara dan kelas ekonomi agak murah berbanding tambang untuk bukan warganegara dan kelas perniagaan.

Kalau anda nak tahu berapa harga tambang feri Limbang ini, anda boleh lihat senarai harga berikut:

Jadual tambang tiket bot express Limbang ke Labuan

Masa Feri Beroperasi Dari Limbang Ke Labuan

Bila ada jadual masa dan tempat feri bertolak, lebih senanglah anda nak rancang perjalanan anda.

Walau bagaimana pun, jadual yang mereka tetapkan boleh sahaja berubah pada bila-bila masa tanpa ada notis awal.

Jika anda nak merujuk jadual feri, anda boleh rujuk di pautan Jadual Masa Feri Limbang ke Labuan.

Peringatan Sebelum Menempah Tiket Feri Limbang

Sebelum nak tempah tiket secara atas talian dan sebelum menaiki feri pun ada syarat-syarat yang anda harus patuhi tau!

Anda kenalah ambil tahu tentang perkara ini supaya anda tidak menghadapi sebarang masalah nanti.

Antara syarat-syarat yang anda perlu ingat adalah seperti berikut:

  1. Jika anda tempah tiket secara atas talian, anda tidak boleh tempah lebih awal daripada 24 jam sebelum anda nak bertolak.
  2. Datang ke terminal feri 30 minit lebih awal! Kalau anda tidak berbuat demikian sehingga terlewat, tiket yang anda telah tempah mungkin boleh dibatalkan dan anda tak akan dapat semula bayaran. Boleh rugi kan! Jadi pastikan anda datang ke terminal lebih awal ya!
  3. Jika tiket yang anda tempah telah disahkan, anda memang tidak boleh buat sebarang pertukaran, pembatalan, ataupun menuntut bayaran balik tiket.
  4. Syarikat feri pun tidak bertanggungjawab sekiranya anda menghilangkan tiket anda, kecurian, ataupun rosak. Jadi pastikan anda simpan tiket anda dengan baik dan selamat ya! Kalau tidak anda pasti akan alami kerugian dan tidak dapat menaiki feri!
  5. Pada tiket anda memang ada dinyatakan masa berlepas dan masa ketibaan feri, tetapi waktu tersebut mungkin boleh sahaja ditangguhkan, dibatalkan ataupun dijadualkan semula tanpa notis awal. Jadi pastikan anda sentiasa bersedia setiap masa ya!
  6. Nak naik feri mesti anda akan membawa barang-barang yang banyak kan? Pastikan anda awasi barang-barang anda dengan selamat dan jangan sesekali membawa haiwan dan apa-apa sahaja barang terlarang seperti dadah, senjata api, dan sebagainya.

Peraturan Dan Syarat Menaiki Feri Limbang ke Labuan

Tadi kita berkongsi tentang peraturan sebelum menempah tiket, sekarang anda perlu tahu lagi tentang peraturan yang anda perlu patuhi ketika menaiki feri.

Peraturan yang ditetapkan ini pun bertujuan untuk memudahkan penumpang dan mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah yang tak diingini.

Jadi demi kebaikan bersama, anda kenalah ikut peraturan yang mereka tetapkan tau!

Antara peraturan yang anda perlu tahu adalah seperti berikut:

  1. Untuk mengelakkan anda daripada terlupa maklumat pelepasan feri, anda mesti mencatat nama feri, masa menaiki feri, waktu feri akan berlayar, dan pastikan anda mendaftar masuk 30 minit sebelum berlepas.
  2. Anda perlu ingat bahawa tiket anda tersebut hanyalah sah untuk diri anda sendiri sahaja tau! Anda tak boleh pindah milik dengan orang lain. Tiket anda itu pun hanya boleh digunakan pada tarikh dan masa yang tertera pada tiket sahaja, selain daripada masa tersebut anda tidak boleh menaiki feri.
  3. Jika tiket anda telah disahkan, anda memang tidak boleh membuat pembatalan ataupun meminta bayaran balik.
  4. Merokok di dalam feri adalah dilarang! Mana-mana pengangkutan awam tidak kira sama ada pengangkutan laut, udara, mahupun darat pasti akan melarang perbuatan merokok.

Maklumat Lanjut Feri Limbang

Anda mungkin ingin berurusan secara langsung dengan pihak feri Limbang, jadi segala kemusykilan anda akan lebih cepat terjawab dari pihak mereka sendiri.

Untuk alamat dan lokasi mereka, anda boleh rujuk maklumat berikut:

Lot 1122 Jalan Buangsiol
98700 Limbang,
Sarawak
Nombor telefon: +6085-202929
E-mail: support@ferrypay.my

Jadi kesimpulannya, nak naik feri dari Limbang ke Labuan taklah rumit kan. Tiket feri pun boleh beli dalam talian saja.

Paling penting pengangkutan feri adalah yang paling cepat dan murah berbanding teksi dan kapal terbang. Selepas ini kalau anda nak ke Labuan, bolehlah menaiki feri atau bot express.