Jadual Feri Brunei Ke Labuan & Harga Tiket Pilihan Pengangkutan Paling Cepat Dan Murah!

Labuan merupakan sebuah Wilayah Persekutuan Malaysia yang menyediakan tempat persinggahan yang sangat baik bagi pelancong yang menyeberang antara Brunei dan Sabah.

Kalau anda dari Brunei nak ke Labuan, anda boleh saja menyeberang menaiki feri.

Sebenarnya, anda anda ada pilihan lain selain menaiki feri, iaitu dengan menaiki kapal terbang.

Tapi mesti anda tahu kan harga tiket kapal terbang dari Brunei ke Labuan sangat mahal! Kalau tak ratusan ringgit, mesti sampai ribuan ringgit!

Lagipun masa yang diambil kalau menaiki terbang memang sangat lama kerana anda mesti transit ke Kuala Lumpur dahulu ataupun Kota Kinabalu. Payah kan?

Jadi pilihan yang terbaik adalah dengan menaiki feri sahaja.

READ: Perkhidmatan Ferry Menumbok Ke Labuan

Jadual feri Brunei ke Labuan terkini

Jika anda masih kurang pasti tentang bagaimana nak ke terminal feri Serasa dan maklumat lain tentang feri dari Brunei ke Labuan, anda tidak perlu risau kerana artikel ini akan memberi info-info yang anda perlu tahu.

Bagaimana Dapatkan Ferry?

Di Brunei, terdapat sebuah terminal feri yang dikenali sebagai Terminal Feri Serasa.

Lokasi terminal ini tidaklah begitu jauh dari pusat Bandar Seri Begawan. Boleh naik bas dari pusat bandar ke terminal feri tersebut.

Di sinilah anda boleh dapatkan feri untuk ke Labuan. Mungkin rumah anda jauh daripada Terminal Feri Serasa kan?

Jadi untuk sampai ke terminal feri, anda boleh menaiki teksi dari pusat bandar ataupun minta saudara-mara terdekat anda untuk hantar ke terminal.

Sekiranya tidak ada teksi ataupun sesiapa yang boleh menghantar anda, anda boleh menaiki bas dari bandar, tetapi mungkin mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke terminal.

Jadual Perjalanan Feri Di Terminal Feri Serasa

Jika anda nak merancang perjalanan anda menaiki feri dari Brunei ke Labuan, feri bertolak dari Terminal Serasa dua kali perjalanan harian iaitu pada jam 1 petang dan 4.30 petang.

Biasanya perjalanan ini akan mengambil masa sehingga 2 jam.

Tetapi walaupun jadual perjalanan yelah ditetapkan, jadual mereka mungkin boleh saja berubah pada bila-bila.

Bergantung juga kepada keadaan cuaca dan ombak. Kalau angin terlalu kuat dan laut bergelora, bahaya untuk melakukan perjalanan.

Dalam situasi tersebut mungkin perjalanan ditunda atau dibatalkan untuk masa tersebut.

Jadi sebaiknya anda semak dulu jadual feri bertolak sebelum pergi ke terminal.

Untuk pengetahuan anda, ada 2 syarikat feri yang menyediakan pengangkutan ini.

Anda boleh lihat jadual berikut sebagai rujukan anda.

Jadual perjalanan ferry Brunei ke Labuan

Cara Dapatkan Tiket Feri Brunei ke Labuan

Kalau anda nak menempah tiket feri, anda perlu tempah tiket anda sehari sebelum anda nak bertolak.

Cara kalau anda nak menempah tiket feri, anda hubungi saja operator syarikat feri mereka masing-masing.

Pastikan anda rancang baik-baik perjalanan anda tau!

Sebaiknya, anda beli tiket feri Brunei ke Labuan lebih awal terutama jika anda nak bertolak pada hujung minggu ataupun semasa musim cuti.

Selain beli secara langsung, anda boleh juga menempah tiket feri secara langsung di pautan tempah melalui easybook.com.

Walau bagaimana pun, pembelian tiket feri secara atas talian nampaknya belum tersedia buat masa ini.

Jadi sebaiknya anda hubungi saja operator syarikat feri secara langsung untuk menempah tiket feri.

Anda juga boleh layari laman Facebook Ferry Labuan untuk maklumat terkini.

Kesimpulannya, anda boleh menaiki feri dari Brunei ke Labuan sekiranya anda tidak mahu menaiki kapal terbang.

Tiket kapal terbang mestilah mahal kan, masa yang diambil untuk sampai sangat lama. Jadi, menaiki feri adalah pilihan yang terbaik kerana lebih murah dan cepat.