Harga Tiket & Jadual Feri Menumbok Labuan
Jadual feri Menumbok Labuan dan harga tiket yang terkini. Ada sesiapa yang merancang untuk ke Labuan dari Menumbok atau yang ingin keluar dari Labuan ke Menumbok?
Mesti ramai yang nak pergi ke pulau bebas cukai tersebut terutama semasa cuti hujung minggu dan cuti umum yang panjang.
Book tiket feri online ke MENUMBOK – LABUAN >> DI SINI.
Sini kami kongsikan jadual feri (ferry) Labuan untuk anda, manalah tahu anda perlukannya.
Untuk yang merancang pergi ke Labuan biasanya pada musim cuti panjang atau perayaan (cuti umum) tiket feri biasanya akan habis kena booking dengan cepat (sold out).
Lebih baik booking tiket feri awal sedikit dari biasa rasanya lebih baik. Jika anda perfer menaiki bot laju, harga bot laju Labuan Menumbok ialah RM8 – RM10.
Kebaikan menaiki bot laju, perjalanan lebih laju berbanding menaiki feri.
Perkhidmatan Feri Menumbok – Labuan
Biasanya yang menggunakan feri ini adalah pengguna yang ingin membawa masuk kenderaan ke Labuan atau keluar dari Pulau Labuan.
Terdapat juga penumpang yang menggunakan feri ini untuk menikmati perjalanan atas feri sambil melihat pemandangan matahari terbenam (sunset) pada waktu petang.
Selain perkhidmatan feri terdapat juga perkhidmatan bot laju Menumbok – Labuan atau KK – Labuan untuk pengguna yang ingin cepat atau tidak membawa kenderaan masuk atau keluar dari Labuan.
Buat masa ini terdapat 3 feri yang aktif memberikan perkhidmatan untuk laluan (route) Labuan – Menumbok iaitu feri PUTRAJAYA 1, KIMANIS 1, GOODWILL STAR dan Galaxy Ferry.
Harga tiket feri Labuan – Menumbok ketika ini ialah RM5.00 (Dewasa & Kanak-Kanak).
Cuba rujuk jadual feri atau masa perjalanan feri Menumbok ke Labuan di bawah;
- Masa Bertolak Feri Menumbok ke Labuan
- Masa: 6.00AM, 8.00AM, 9.00AM, 10.30AM, 11.30AM, 1.00PM, 2.30PM, 6.30PM & 8.30PM
- Masa Bertolak Feri Labuan ke Menumbok
- Masa: 6.00AM, 7.30AM, 8.30AM, 10.30AM, 11.30AM, 1.30PM, 3.30PM, 5.30PM, 6.30AM & 7.00PM
Jadual ferry ke Labuan ini boleh berubah dari masa ke semasa.
Jika ragu-ragu ada baiknya untuk berhubung dengan syarikat feri Menumbok-Labuan untuk maklumat lebih terkini dan tepat.
- Galaxy Ferry – facebook.com/galaxyferry/ +6087 580 888
- Putrajaya 1 & Kimanis 1 – facebook.com/ferrybruneilabuanmenumbok/ +6087 443 244 (Labuan office), +6087 831 012 (Menumbok office)
Feri Wawasan Perdana telah dihentikan perkhidmatan untuk Menumbok Labuan. Rujuk petikan akhbar di sini.
Tempahan Tiket Feri
Jika anda bercadang untuk menggunakan feri anda perlu membuat tempahan lebih awal untuk menjamin tempat terutama yang bercadang bawa kenderaan bersama anda.
Jika tidak anda mungkin akan terpaksa dalam kategori waiting-list (senarai menunggu) atau tidak mendapat tempat.
Untuk menjamin anda mendapat tempat sila buat tempahan lebih awal. Anda dinasihatkan booking tiket lebih awal secara online di sini
Untuk membuat tempahan boleh gunakan maklumat perhubungan syarikat feri di bawah;
Ferry Labuan Office (Labuan)
Tel: 087-443244
Fax: 087-423244
Ferry Menumbok Office (Menumbok)
Tel: 087-831079
Fax: 087-831048
Ferry Muara Office (Brunei)
Tel: +673 2772123
Fax: +6732771933
Perkara Menarik Di Labuan Untuk Pengunjung
Sampai ke Labuan hendak buat apa nanti? Tidak ramai yang menyedari Labuan sebenarnya memiliki tarikan yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan pulau-pulau yang lain di Malaysia.
Cuma mungkin promosinya tidak begitu meluas menyebabkan jika pengunjung ke Sabah, mereka sering kali terlepas pandang tentang pulau bebas cukai ini.
Di sini kami kongsikan perkara menarik yang boleh anda lihat, lawat dan lakukan di Labuan.
- Diving ke 4 lokasi Shipwrecks. Peminat aktiviti diving boleh cuba aktiviti ini di Labuan.
- Membeli belah di duty-free shops
- Luangkan masa santai di tepi pantai menikmati sunset (Pantai Layang-Layangan & Surrender Point)
- Melawat Labuan Botanical Garden
- Melawat Marine Museum – Labuan’s Seafaring Past
- Melawat Labuan Bird Park (Taman Burung Labuan)
- Melawat Labuan Chimney
- Labuan Sikh Temple (Gurdwara Sahib)
- Labuan War Memorial Park
- Pengalaman Menginap di Water Village Labuan (Kampung Air Labuan)
- Labuan Clock Tower (Menara Jam Labuan)
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lakukan di pulau bebas cukai tersebut seperti Ramsey Point, bekas terowong lombong arang batu,Labuan Square dan banyak lagi.
Maklumat lebih terperinci mengenai tarikan pelancong boleh anda baca di https://www.malaysia-traveller.com/top-labuan-attractions.html.
Yang menariknya semua tempat menarik ini tidak berjauhan antara satu sama lain sebab Pulau Labuan hanya berkeluasan lebih kurang 90 km persegi.
Perkhidmatan Bas KK Ke Menumbok
Jika ada tidak mahu menggunakan perkhidmatan feri dari KK ke Labuan, anda boleh juga menaiki bas dari Kota Kinabalu (KK) ke Menumbok dan sebaliknya.
Ini untuk para penumpang yang tidak gemar naik feri lama-lama mungkin faktor cepat mabuk laut.
Terdapat perkhidmatan bas yang agak kerap dari bertolak dari KK terus ke jeti Menumbok di mana anda boleh dapatkan perkhidmatan feri atau bot laju ke Labuan.
Kami ada menulis info mengenai perkhidmatan bas express ke Menumbok dari KK sebelum ini. Boleh baca di sana jika anda punya masa.
Boleh dapatkan bas tersebut dari Terminal Bas KK Sentral.
Tiket Bas boleh dibeli secara online melalui applikasi online seperti easybook.com atau redbus.my atau datang terus ke terminal bas tersebut.
Sistem e-Tiket Labuan
Ini info terbaru untuk para penumpang feri Labuan. Bermula 1 Feb tahun ini LDA Holdings Sdn. Bhd syarikat milik Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) akan memperkenalkan sistem applikasi yang dipanggil ‘LabuanPay‘ ke atas lima feri beroperasi dari Terminal Antarabangsa Labuan.
Applikasi ‘LabuanPay’ ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai pulau tanpa tunai sebagai medium transaksi awam.
Sistem LabuanPay akan dimulakan untuk perkhidmatan feri dari Labuan ke Menumbok (Sabah), Lawas dan Limbang sebelum diperluaskan ke destinasi lain selepas itu.
Laporan penuh mengenai info ini boleh anda baca di Bernama Online.
Kita akan kemaskini info ini apabila sistem applikasi tanpa tunai tersebut telah dilancarkan kelak.
Informasi Berkaitan
Anda boleh dapatkan feri atau sebenarnya speedboat dari jeti Sipitang (sebelah pejabat kastam cawangan Sipitang) ke Labuan. Speedboat bertolak 2 kali sehari ke Labuan iaitu pada pukul 9.00 pagi dan 10.00 pagi.
Buat masa ini tiada perkhidmatan feri dari Miri ke Labuan. Jika anda hendak ke Pulau Labuan bolehlah drive atau naik bas dari Miri ke Limbang dan selepas itu naik feri dari Limbang ke Labuan.
Jika anda dari / berada di negara Brunei dan hendak ke Pulau Labuan anda boleh naik feri atau speedboat dari Muara ke Labuan. Dari Bandar Seri Begawan anda boleh drive atau naik bas bernombor Bas 36 dan 37 ke Muara untuk dapatkan feri atau speedboat ke pulau Labuan.
Buat masa ini belum ada perkhidmatan feri dari Lawas ke Labuan. Anda boleh drive atau naik bas ke Sipitang dari Lawas kemudiannya naik speedboat dari Sipitang ke Labuan.
Anda boleh dapatkan atau baca jadual feri Labuan Limbang dari website rasmi Perbadanan Labuan.
Anda boleh dapatkan jadual feri ke Labuan dari Jesselton Point dari website rasmi Jesselton Point.
Terdapat 2 terminal feri ke Labuan yang menyediakan perkhidmatan Ro-Ro iaitu Terminal Feri Muara di Brunei dan Terminal Feri Menumbok.
Harap perkongsian info mengenai jadual feri Menumbok Labuan 2020 ini bermanfaat kepada anda.