Harga Tiket & Jadual Bas Menumbok Ke KK Terkini

Bas Menumbok ke KK harga tiket dari RM20.00 sahaja dan jadual bas untuk infomasi penumpang yang hendak melakukan perjalanan ke bandaraya Kota Kinabalu yang menggunakan laluan boat atau feri Labuan ke Menumbok.

Ramai pengunjung dari Labuan lebih gemar menggunakan khidmat boat laju atau feri ke Menumbok.

Penumpang boleh book tiket bas online >> DI SINI

Sebenarnya untuk perjalanan ke Kota Kinabalu anda mempunyai 3 pilihan iaitu sama ada melalui speed boat atau feri Labuan ke Menumbok, ferry (direct) dari Labuan ke KK atau menaiki flight dari Labuan International Airport ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA).

Untuk kali ini kami kongsi dengan anda sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual perjalanan bas express dari Terminal Feri Menumbok ke Kota Kinabalu sebagai panduan anda.

Harga Tiket Dan Jadual Bas Menumbok Ke KK

Penumpang feri dan juga bot laju yang tiba dari Labuan ke Menumbok boleh menaiki bas express dari pekan kecil tersebut ke Kota Kinabalu. Ini pilihan yang paling murah untuk anda.

Ada juga yang prefer naik teksi atau yang kereta Toyota Unser, tapi kali ini kita mahu cerita sedikit mengenai perkhidmatan bas.

Jarak perjalanan dari Menumbok ke KK adalah lebih kurang 150 KM dengan tempoh perjalanan bas sekitar 2 hingga 3 jam bergantung kepada situasi lalulintas.

Stesen bas ke Menumbok dari Kota Kinabalu terletak di terminal bas KK Sentral Kota Kinabalu terletak berdekatan dengan Wawasan Plaza dan juga Imago Shopping Mall.

Jika di Menumbok, stesen bas express ke Kota Kinabalu terletak berhampiran jetty Menumbok. Tidak susah mencarinya. Kalau tidak jumpa, boleh tanya siapa-siapa yang anda jumpa di sekitar jeti, mereka akan tunjukkan kepada anda.

Terdapat sekurang-kurangnya 2 syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan Menumbok – KK.

  1. Menumbok Express
  2. Sipitang Express

Perkhidmatan bas express tahun ini agak terganggu kerana masalah kesihatan yang sedang menganggu negara kita dan seluruh dunia.

Sipitang Express

Tiket bas untuk Sipitang Express boleh anda beli melalui applikasi online busonlineticket.com atau terus di website rasmi syarikat bas tersebut.

Di bawah adalah maklumat contact number syarikat bas tersebut, just in case anda perlukannya.

  • Kota Kinabalu: +60168360009 / +60126229722
  • Sipitang: +60168265722 / +6087822722
  • Lawas: +60168326722 / +6085284722
  • Limbang: +60168550222
  • Putatan: +6088773722
  • Brunei: +6737145734 / +6737145735

Bas ini menyediakan perkhidmatan untuk destinasi-destinasi berikut antaranya Lawas, Limbang, Menumbok, Beaufort, Sipitang dan Sindumin

Menumbok Express

Harga tiket bas menumbok ke KK yang terkini

No Telefon: 016-8191 990 (Kota Kinabalu), 014-651 7093 (Labuan) dan 016-845 4548 (Menumbok). Anda juga boleh dapatka maklumat terkini dari FB Page Menumbok Express.

Ada bas express lain yang beroperasi untuk laluan ini seperti Sipitang Express tetapi kami perlu dapatkan maklumat yang terkini dahulu. Kami akan kemaskini di sini jika ada maklumat terbaru.

Jadual Bas Menumbok – KK

Kalau nak naik bas ini boleh check trip bas Menumbok Ekspress di bawah. Ianya kelihatan agak kerap. Walau bagaimanapun ada baiknya anda berhubung terus dengan syarikat bas tersebut untuk jadual perjalanan bas yang terkini.

  • Kota Kinabalu ke Menumbok: 6.40 am, 8.30 am, 10.30 am, 11.30 am, 112.30 pm, 2.30 pm
  • Menumbok Ke Kota Kinabalu: 8.00 am, 8.30 am, 9.00 am, 9.30 am, 10.00 am, 10.30 am, 11.00 am, 11.30 am, 12.00 pm, 12.30 pm, 1.00 pm, 1.30 pm.

Jika terpaksa tunggu bas, anda tidak perlu risau kerana ada banyak gerai makan di sekitar jetty Menumbok yang boleh anda lawati untuk menjamu selera, merehatkan diri sementara menunggu bas bertolak.

Nota: Jadual perjalanan ini boleh berubah dari masa ke semasa. Ada dinasihatkan untuk berhubung (telefon) pengusaha bas untuk maklumat jadual perjalanan terkini.

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas untuk perkhidmatan bas express ke Kota Kinabalu adalah sekitar RM20.00 untuk satu perjalanan.

Anda digalakkan untuk membeli tiket lebih awal untuk mengelak kehabisan tiket terutama semasa musim perayaan dan cuti panjang di mana pergerakan penumpang yang ramai dijangka boleh berlaku.

Untuk memudahkan anda, tiket bas dan juga feri boleh dibeli secara online melalui applikasi online easybook.com, redbus.my atau busonlineticket.com.

Homestay Di Menumbok

Jika anda tiba dari Labuan, dan tidak memilik kenderaan sendiri untuk teruskan perjalanan atau terlepas bas untuk ke Kota Kinabalu, pilihan terbaik ialah duduk atau menginap di homestay di sekitar pekan Menumbok berdekatan dengan jeti.

Kemudahan penginapan atau rumah rehat yang lebih dikenali sebagai homestay ada disediakan.

Antara homestay yang ada ialah Jiwaja Guesthouse (No. Tel: 019-622 7005), Homestay Keluarga (No. Tel: 014-654 3345) dan Manja Homestay (No. Tel: 019-532 6701). Untuk senarai dan maklumat yang lebih lengkap di sini.

Homestay ini juga sesuai untuk pelancong atau pengembara yang tidak tergesa-gesa meneruskan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Semoga bermanfaat.